14

14 USIM TODAY PERSONALITI EDISI OKT-NOV 2017 da’I musim ke-5: pelajar usim raih kemenangan lagi Oleh : Nik Ahmad Hafiz Permulaan beliau sebelum menceburi program Da’i: Pendakwah Nusantara Musim ke-5 tercetus melalui pencarian pencalonan yang telah diadakan di Fakulti Dakwah dan Pengurusan Islam di USIM yang mana merupakan fakulti beliau sendiri. Selain itu, sokongan daripada ibu bapa meningkatkan lagi semanagat beliau untuk menceburi program tersebut. Namun begitu, beliau terkejut apabila beliau sender terpilih untuk menyertai program tersebut kerana begitu ramai bilangan peserta yang hadir ke pemilihan program pada hari tersebut. Antara cabaran yang beliau hadapi setelah bergelar peserta Da’i: Pendakwah Nusantara adalah pengurusan masa. Memandangkan pada masa yang sama beliau perlu menghadiri kelas di samping agak sibuk dengan aktiviti program tersebut pada setiap hari. Tambahan pula, pada musim ke-5 ini agak berbeza dengan musim-musim yang lalu di mana jadual program lebih padat. Beliau juga turut berkongsi cara-cara untuk memukau para penonton dalam masa lima minit yang diberikan di atas pentas ketika program berlangsung. Beliau menyampaikan tazkirah beliau dengan menyatakan bilangan isi-iss penting yang akan disampaikan supaya penonton tertarik untuk mendengar dan mencatat. Saat beliau bergelar peserta Da’I Pendakwah Nusantara semestinya pernah wujud perasaan untuk berputus asa apabila mula memasuki minggu-minggu suku akhir dan juga separuh akhir Da’i Hakim (tengah) dan Da’i Afiqah (kanan), masing-masing telah dinobatkan sebagai juara dan naib juara Da’i: Pendakwah Nusantara Musim ke-5 disebabkan terpaksa berfikir idea sebagai persediaan sebelum persembahan yang mana perlu luar biasa dan berfikiran luar kotak seperti idea di mana ustaz tidak pernah ajar di masjid berdasarkan apa yang dikatakan oleh Mursyid beliau iaituUstaz Kazim Elias. Setelah beliau bergelar Da’i, beliau bertekad untuk meneruskan bidang dakwah ini dengan menggunakan platform yang berlainan. Pentas Da’I sendiri merupakan platform persediaan untuk menjadi pendakwah. Beliau juga pernah menyampaikan dan menjalankan aktiviti dakwah sebelum menyertai program Da’i lagi. Namun bagi beliau, platform yang sebenarbenarnya adalah tatkala beliau mengakhiri program Da’il di mana cabaran yang dihadapi jauh lebih mencabar dibebankan pula lagi dengan gelaran seorang Da’i. Beliau cuba menggunakan segala ilmu dan penyampaian semasa di atas pentas pertandingan untuk diaplikasikan kepada orang ramai. Beliau juga turut mempelajari dan menguasai Bahasa asing untuk berdakwah kepada masyarakat bukan Islam seperti Bahasa Mandarin yang juga merupakan salah satu kunci untuk berdakwah. Antara cara beliau membahagikan masa untuk waktu pembelajaran dan waktu program adalah dengan cara menerima jemputan mahupun menyertai program pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad supaya tidak menganggu masa pembelajaran kuliah dan kelas di kampus. Beliau sememangnya berasa gembira dan bersyukur apabila dinobatkan sebagai juara program Da’i: Pendakwah Nusantara musim ke-5. Semua perasaan positif turut hadir ketika itu pada masa yang sama beliau akan menghadapi cabaran dan memikul amanah yang lebih berat selepas bergelar juara. Beliau juga turut menerima jemputan-jemputan bukan sahaja dari USIM malah luar USIM. Segala isi yang disampaikan oleh beliau akan disemak oleh mursyid dan murobbi dari segi kesahihan dan susunan hadis sepanjang beliau di dalam program Da’I tersebut. Beliau mengakui bahawa program Da’I tersebut tidaklah kesemuanya mahir dalam agama dan bukanlah semata-mata platform untuk menjadi pakar agama tetapi untuk membuktikan bahawa golongan muda turut Biodata Da’i Hakim Muhamad Luqman Hakim Bin Othman Sabak Bernam, Selangor Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Universiti Sains Islam Malaysia PENCAPAIAN : mampu untuk berdakwah. Dengan menyertai program tersebut, beliau dapat mengetahui kemahiran dan cara-cara untuk menarik orang ramai berdakwah. Beliau juga memikul amanah yang perlu dijaga oleh murobbi iaitu amanah kepada ilmu. Misalnya, jika terdapat soalan atau bab yang tidak diketahui olehnya, beliau akan berterus terang. Selain itu, amanah untuk sentiasa belajar turut juga menjadi keutamaan untuknya. Pada setiap hujung minggu, beliau akan ke majlis ilmu di masjid atau kampus bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan di dalam ilmu agama. Pesanan beliau kepada pelajar di USIM adalah “Sampaikanlah sesuatu mengikut tahap-tahap mereka itu sendiri” yang dipetik melalui satu petikan dari Saidina Ali Dengan kaedah ini barulah dakwah yang dijalankan itu berkesan. Da’i Hakim “Sampaikanlah s e s u a t u mengikut tahaptahap mereka itu sendiri” Johan Dai Pendakwah Nusantara Musim ke-5 Tempat ketiga pidato ikhtifal huffaz peringkat kebangsaan Imam terawikh australia Mewakili kelantan dalam sukan bola tampar peringkat kebangsaan,Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA)

15 Publizr Home


You need flash player to view this online publication