9

9 | Nasional USIM TODAY Rawang Bypass “Jambatan Tertinggi Di Malaysia” Oleh: Muhammad Shauqi Hadi Bin Mohd Jaais usimtoday@gmail.com awang ,1 Disember 2017Jambatan Rawang yang berketinggian 58.2 meter telah dibuka 29 November 2017 pada jam 6 pagi semalam, Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) mencatatkan sejarah sebagai jambatan paling tinggi di Malaysia dan kini mula dibuka kepada orang ramai untuk melaluinya. Pembinaan jalan pintas Rawang Bypass mampu memendekkan waktu perjalanan di waktu puncak dari 2 jam kepada 30 minit, lebuh raya Jalan Pintas Rawang ini direka oleh arkitek tempatan iaitu Tuan Haji Radzali Mokhtar. Jalan Pintas Rawang sepanjang sembilan kilometer adalah sebagai mercu tanda terbaharu Malaysia apabila mempunyai ketinggian 58.2 meter dari aras tanah.Keunikan Jalan Pintas Rawang ialah pembinaan struktur tiangnya yang diiktiraf tertinggi di Malaysia sehingga membolehkan pemandu merasakan seperti membelah kabus terutamanya pada waktu pagi di samping pemandu turut berpeluang menikmati R pemandangan panorama yang cantik di sekitar Rawang. Lebuh raya Jalan Pintas Rawang sepanjang 23 kilometer ini merupakan jalan pintas yang menghubungkan Rawang ke Serendah bagi mengatasi kesesakan melampau di Bandar Rawang.Menurut sumber dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Rawang Bypass dibina secara bengkang-bengkuk bagi mengurangkan impak terhadap ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor. Laluan dengan jambatan paling tinggi ini dibina merentasi kawasan hutan tebal yang merupakan habitat pokok Giam Kanching, sejenis spesis pokok unik yang tidak terdapat di mana-mana hutan di seluruh dunia disebabkan itu, setiap batang pokok ini ialah khazanah negara yang perlu diselamatkan dan dijaga sehabis baik daripada ditebang. Sebenarnya, pembinaan lebuh raya jalan pintas Rawang ini terpaksa ditangguhkan selama 2,132 hari (hampir enam tahun) berikutan prosedur kerja dan proses pihak ketiga yang berada di luar bidang kuasa JKR. Pemandangan Jambatan Rawang ByPass yang siap dibina. Projek Jalan Pintas rawang yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) ini sepatutnya siap dibina pada tahun 2008 ,projek pembinaan lebuh raya empat lorong Jalan Pintas Rawang ini bermula pada 16 Julai 2005 dan dijangka siap pada 12 Januari 2008 dengan kos permulaan RM203.47 juta. Bagaimanapun, beberapa Perjanjian Tambahan ditandatangani termasuk peruntukan khas untuk perubahan harga tenaga kerja kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal telah memanjangkan projek dari 15 Disember 2011 hingga 17 April 2015 dengan kos tambahan sebanyak RM390 juta. Pemanduan di Rawang Bypass bakal memberi pengalaman yang unik kepada pengguna jalan raya apabila berada separas puncak pokok atau lebih tinggi. BNM Keluarkan Duit Baru sempena 60 Tahun Persekutuan Tanah Melayu uala Lumpur ,15 Disember 2017- -Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Wang kertas peringatan ini dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Wang kertas ini memperingati Ulang Tahun ke-60 upacara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Wang kertas peringatan ini merupakan tanda penghormatan terhadap sumbangan Majlis (kemudiannya dikenali sebagai Persidangan) Raja-Raja yang merintis jalan ke arah merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Perjanjian bertarikh 5 Ogos 1957 yang mengisytiharkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani antara pihak Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada K Raja-raja Melayu dari Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu dengan Sir Donald MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, yang mewakili Queen Elizabeth II. Perjanjian ini menjadi bukti perlembagaan yang bersejarah bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Reka bentuk wang kertas peringatan ini berdasarkan tema “Raja Payung Kedaulatan Negara”. Wang kertas peringatan ini adalah yang pertama dicetak oleh Bank Negara Malaysia menggunakan bahan substrat komposit, iaitu gabungan substrat polimer dan kertas yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi dan jangka hayat yang lebih panjang. Wang kertas peringatan ini dicetak lebih besar, mengikut nilai muka wang tersebut. Singgahsana di-Raja dikelilingi potret 15 Yang di-Pertuan Agong yang bertakhta dari tahun 1957 sehingga kini tertera pada bahagian tengah wang kertas, melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan. Reka bentuk hadapan diilhamkan daripada lambang bulan sabit dan bintang pecah 14 Persekutuan yang tersemat pada Tengkolok Diraja. Reka bentuk bahagian belakang wang kertas peringatan ini memaparkan potret sembilan Raja-raja Melayu yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Kesemua wang kertas peringatan ini dihiasi dengan gambar tokoh-tokoh dan ciri-ciri penting yang berkaitan dengan GAMBARAN reka bentuk duit RM60 & RM600 yang dikeluarkan Bank Negara Malaysi. kemerdekaan. Pada bahagian kanan wang kertas ini terdapat bayangan laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan arkitek Kemerdekaan Tanah Melayu dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Terdapat empat mercu tanda penting yang dicetak pada latar belakang wang kertas ini: Istana Negara, Perdana Putra, bangunan Parlimen dan Istana Kehakiman yang masing-masing mencerminkan empat tonggak negara: Institusi Pemerintahan Beraja, Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.

10 Publizr Home


You need flash player to view this online publication