4

4| Berita Semasa USIM TODAY Rancangan Memajukan Kelantan 2017: Mahasiswa USIM Suarakan Aspirasi Oleh : Nor Azizah Hakimah Binti Abdul Aziz usimtoday@gmail.com NILAI, 19 November - Dialog Khas Rancangan Memajukan Kelantan 2017 memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi USIM untuk menyuarakan aspirasi mereka dalam memajukan Kelantan. Siri jelajah RMK kali ini diadakan buat pertama kalinya di USIM. Ia merupakan program hasil cetusan idea YB Dato’ Sri Mustapha Mohamed anjuran bersama Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) dan giat dijalankan di IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. RMK kali ini dihadiri oleh En. Amran Arifin, Setiausaha Sulit kepada Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dasuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut dihadiri, Dato’ Aizuddin Dato’ Ghazali, Presiden HIMSAK En. Amran(kiri) bersama Dato’ Aizuddin ketika mengulas tentang RMK 2017. Malaysia dan saudari Salsabila, Presiden HIMSAK USIM, merangkap pengarah program RMK USIM. Program ini disertai lebih dari 150 orang peserta yang rata-ratanya adalah anak Kelantan. Program ini juga dirasmikan oleh En. Amran selaku wakil kepada Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam Rancangan Memajukan Kelantan peringkat HIMSAK USIM. “RMK bertujuan menyeru anak- anak Kelantan untuk sama-sama memikirkan rancangan memajukan Kelantan berdasarkan pandangan, persepsi dan idea mahasiswa”, kata En. Amran. “Idea-idea ini akan kita jadikan sebagai manifesto bagi mendapatkan tranformasi pemikiran baharu”, katanya. Beliau menyeru mahasiswa supaya sama–sama berusaha untuk menyokong perjuangan mereka dan sekaligus memikirkan cara bagaimana untuk memajukan Kelantan. Beliau berkata lagi, “Sekiranya tiada perubahan anjakan pemikiran daripada anak-anak muda Kelantan, negeri kita akan kekal begitu sahaja”. Beliau juga menyarankan supaya mahasiswa sedar dan celik dengan hakikat yang dialami sekarang. Idea yang disumbangkan juga bukanlah seharusnya dari kalangan pemimpin sahaja, bahkan dari rakyat juga bagi mencapai kemajuan bersama. Persembahan Kebudayaan Curi Tumpuan Oleh: Shauqi Hadi Mohd Jaais usimtoday@gmail.com PUTRAJAYA,20 Oktober 2017: Kumpulan-kumpulan dari Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (PK USIM) telah mengadakan persembahan kebudayaan di perkarangan Dewan Cempaka Sari, Presint 3, Putrajaya bersempena dengan Pesta Lelong Buku dan Komik 2017. Kumpulan-kumpulan yang dihantar untuk membuat persembahan muzik tradisional), ialah Tabuh Pendeta (Dikir barat), Perkusirama (Kumpulan The Bachelor (Kumpulan Kugiran), Khupas, The Voices (Koir), Interacksee (Nasyid), Pena Emas (Seni lukis) dan Khufi Farisi (Kumpulan seni khat). FAKTA atau AUTA Dalam Konsep Ilmu Falak NILAI, 19 November – Oleh: NurulHuda Izzati Bt Jamaludin usimtoday@gmail.com Satu forum ilmu telah berlangsung yang bertajuk ‘Fakta atau Hoax dalam Astronomi’ yang membariskan dua orang panel iaitu Razlan Ahmad, pensyarah Falak Syarie Islam Universiti Sains Islam Malaysia dan Sharin Ahmad, pengasas web falak online bertempat di Pentas Utama Pesta Konvokesyen USIM kali ke-15. Forum tersebut dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang ilmu falak dengan lebih luas serta impaknya terhadap sesebuah komuniti. Seperti contoh, maslahah penceraian yang menggunakan Kalendar Hijri dalam pengiraan I’dah dan juga zakat yang menggunakan Kalendar Hijri. “Hoax adalah fakta dan auta yang muncul atas sebab kegilaan aktiviti tular atau viral akan sebuah fakta yang tidak soheh terhadap sesuatu berita. Jangan mudah percaya dengan benda yang tular tanpa berfikir akan Menurut pengarah Pusat Kebudayan USIM Encik Ismail Ahmed, penganjur program dan Pusat Kebudayaan USIM bekerjasama merancakkan Razlan Ahmad (kiri) bersama Shahrin Ahmad (tengah) sedang menyampaikan forum sempena Pesta Konvokesyen USIM ke-15 kebenaran sesuatu berita tersebut, walhal berita itu mungkin diubah suai isi kandungannya,” kata Sharin Ahmad, selaku panel pertama. Beliau turut mengambil isu 1 Muharam yang timbul sebelum ini sebagai contoh. Dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh ketua pengarah JAKIM, Tan Sri Dato’ Haji Osman iaitu sukacita JAKIM merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh bahagian kabinet perlembagaan perhubungan antara kerajaan Jabatan Perdana Menteri tentang perkara pindaan tarikh awal Muharram berubah. Tambahnya lagi, perkara ini tidak sepatutnya dimanipulasi kerana perkara ini luar daripada bidang ilmu kita sambil menegaskan bahawa bulan Hijri lain tidak akan ada sebarang perubahan tentang sesetengah perkara yang masih lagi mengikut kalendar Hijri atas sebab bulan Muharam sahaja yang berlaku sedikit khilaf yang tidak keterlihatan anak bulan atau dikenali dengan hilal. Panel pertama iaitu Razlan Ahmad menyatakan bahawa konsep falak sebenarnya sangat dekat dengan kehidupan manusia. Sebagai contoh, ilmu matematik kerana ilmu tesebut merupakan salah satu cabang dalam ilmu astronomi. Beliau turut mengesyorkan agar ahli falak turut hadir ke masjid-masjid atau majlis khas untuk memberikan penerangan kepada orang ramai dengan lebih lanjut mengenai ilmu falak. Forum yang berlangsung selama dua jam ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada panel-panel jemputan serta moderator yang membimbing majlis. Dalam forum tersebut juga, beliau melontarkan pendapat dan mengesyorkan agar Majlis Perwakilan Pelajar USIM untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mewujudkan dan mengadakan sesi atau slot setengah jam hingga sejam untuk menerangkan dan memberi pendedahan arah kiblat dan memfokuskan keterangan ini untuk pelajar yang akan mengadakan lawatan ke luar negara. pesta jualan buku ini dengan menjemput kumpulan- kumpulan kesenian dari Pusat Kebudayaan USIM untuk menarik tumpuan orang ramai ke program ini di samping mengasah bakat pelajar-pelajar dari Pusat Kebudayaan USIM. Dengan persembahan kebudayaan ini, orang ramai akan hadir dan seterusnya ia dapat melarisan jualan buku-buku dan komik-komik. Pesta Lelong Buku dan Komik ini disertai oleh 50 penerbit yang terkenal antaranya ialah Dewan Bahasa dan Pustaka, PTS Publication Sdn Bhd, Telaga Biru, Karangkraft Sdn Bhd dan pelbagai lagi. Lebih 200 judul telah dijual secara “flat rate” dengan harga bermula dari RM1 hingga RM20. Kategori buku yang dilelong adalah kanak – kanak, resepi, remaja, kitab agama, novel sains fiksyen, bisnes & motivasi serta pelancongan. Tujuan program ini dianjurkan untuk menarik masyarakat untuk membaca serta menjadikan hobi membaca sebagai hobi utama dalam kalangan generasi muda di samping menghabiskan jualan buku-buku ini. untuk

5 Publizr Home


You need flash player to view this online publication