15

15 | Soal Jawab USIM TODAY Hadi jadikan kekurangan pembakar semangat Oleh: Balqish Syauqi Syahid Bt. Mohammed usimtoday@gmail.com Nilai: “Orang tidak akan melihat kekurangan diri kita kalau kita berjaya” demikian kata Muhd Hadi Darus, 21. Kata-kata semangat yang diberikan seorang doktor ketika merawatnya, menjadi pembakar semangat orang kelainan upaya (OKU) kudung tangan dan kaki ini untuk belajar bersungguh-sungguh di samping dorongan keluarga, malahan beliau tidak pernah menyerah kalah dengan kekurangan yang dimiliki sebaliknya sentiasa bersikap positif untuk mampu mengecapi kejayaan seperti insan lain. Mahasiswa tahun tiga yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang, dilahirkan dengan mempunyai tangan, tetapi kecil dan tidak boleh digunakan. Kecacatan kedua-dua kaki pula menyebabkannya tidak boleh berdiri atau berjalan. Bagaimanapun, jiwa anak muda yang mesra dengan panggilan Hadi ini, besar. Kecacatan tidak dilihat sebagai kekurangan. Cabaran berlipat ganda Anak kelahiran Gua Musang, Kelantan berkata sebagai golongan kurang upaya (OKU) yang bergantung pada kerusi roda, kepayahan yang ditempuh sudah tentu berlipat kali ganda daripada rakan lain. Ketika orang yang normal boleh menggunakan tangan untuk menulis dan menaip komputer, beliau terpaksa bergantung kepada kaki untuk berbuat demikian. “Banyak cabaran yang perlu ditempuh namun syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan baik dengan sokongan ibu bapa, pensyarah dan rakan-rakan”. “Sebagai OKU, kita perlu yakin dengan kebolehan yang dianugerahkan dan percaya sentiasa ada jalan untuk berjaya. Jika diperhatikan tidak kurang insan seperti kami yang berjaya dalam pengajian dan menyumbang kepakaran dalam bidang masing-masing”, katanya ketika ditemu-ramah baru-baru ini. Lebih suka berdikari “Saya tidak rasa apa-apa. Sejak memasuki tadika pada usia lima tahun, saya sentiasa memotivasikan Berkat kesungguhannya, pelajar tahun 3 dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang juga pernah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 dengan keputusan 11A dalam kategori Calon Berkeperluan Khas (CBK), telah berjaya mendapat Anugerah Dekan untuk beberapa semester. Kejayaan beliau menjejakkan kaki ke universiti menyebabkan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menjadikan beliau sebagai ikon dan sering dijemput menyampaikan ceramah motivasi. Penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun 2012 ini gemar bersemuka dengan diri bahawa diri ini sama seperti orang lain. Apa orang lain boleh buat, saya juga boleh buat,” katanya ketika ditemui di USIM. Anak kedua daripada lima beradik itu mula bertekad untuk berdikari ketika di Tingkatan Tiga apabila Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sungai Tiang di Pendang, mengadakan satu perkhemahan selama dua hari satu malam. Beliau yang sejak kecil hidup dalam zon selesa bersama keluarga, memohon untuk menyertai program itu semata-mata untuk mengetahui sama ada dia boleh hidup sendirian tanpa bantuan keluarga. “Ketika perkhemahan itu, segala-galanya saya lakukan sendiri dengan bantuan kawan. Perkara yang kecil dan mudah bagi orang lain seperti memakai baju adalah amat sukar bagi saya. Alhamdulillah, saya berjaya melalui perkhemahan itu dengan baik,” katanya. Ini menguatkan keyakinan diri Hadi bahawa sudah sampai masa untuknya hidup berdikari dan selepas mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), memohon tinggal di asrama apabila memasuki Tingkatan Empat di SMKA Kedah di Alor Setar. Kejayaan demi kejayaan pelajar dan berkongsikan pengalaman suka duka beliau sepanjang mengharungi kehidupan sebagai seorang mahasiswa. “jika saya sebagai Orang Kelainan Upaya(OKU) boleh berjaya, pelajar lain yang normal juga pasti boleh berjaya.” katanya yang setakat ini telah menyampaikan lebih daripada 20 ceramah motivasi di beberapa buah sekolah dan institusi pengajian awam. Ketika ditanya apakah rahsia kejayaannya? Jawapan beliau yang merupakan Naib Johan I-MAC( (Pertandingan Motivator Muda 2017) itu mudah, iaitu untuk mendapat keberkatan, termasuk ketika menuntut ilmu, perlu menjaga adab terhadap ibu bapa. “Dari segi perbuatan, kita perlu salam ibu bapa, jika tinggal di asrama perlu sentiasa hubungi mereka dan adab bukan hanya dari segi ucapan dan perbuatan, anak perlu mendoakan kebaikan terhadap ibu bapa,” katanya yang tidak pernah lekang dengan senyuman. Prinsip hidup dan idola Anak kedua daripada lima adik-beradik yang menulis menggunakan kaki kiri ini juga berkata salah satu perkara yang memberi inspirasi untuk berjaya adalah ketika di sekolah dahulu, timbul keinginan untuk menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi malahan sebenarnya beliau pernah bercita- cita menjadi seorang pakar sains dan Al-Quran seperti Dr. Danial bin Zainal Abidin. “Tiada perkara yang mustahil” menjadi pegangan dan prinsip hidupnya serta Hadi juga menjadikan tokoh akademik dan ekonomi, Allahyarham Prof Datuk Dr Ismail Md Saleh yang cacat penglihatan sebagai idola.Perjalanan Hadi di USIM masih panjang. Tempoh pengajian selama lima tahun baru bermula, tetapi beliau hendak membuktikan di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jika hendak seribu daya, jika tak hendak, seribu dalih. PROFIL

16 Publizr Home


You need flash player to view this online publication