14

14 | Soal Jawab USIM TODAY POLITIK dalam KAMPUS ? PROFIL Pemilihan majlis perwakilan pelajar sesi 2017/2018 masih hangat dibacarakan malah menjadi topik utama dalam isu percakapan semasa oleh mahasiwa mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia(USIM). Kupasan dan bual bicara ini adalah untuk menerangkan dan membincangkan tentang sedikit sebanyak penerangan politk dalam kampus dan juga untuk membuka mata mahasiswa mahasiswi dalam tentang pemahaman dan kepentingan politik dalam kampus. Bagi mendapatkan penerangan yang lebih lanjut politik dalam kampus, saya telah memilih Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar 2017/2018, Khairunnashiriah Binti Mohd. Bersama Khairunnashiriah: SOALAN : Sebagai pemegang timbalan yg dipertua majlis perwakilan pelajar sesi 2017/2018, boleh terangkan sedikit tentang sejauh mana kepentingan politik dalam kampus? JAWAPAN : Menyentuh tentang politik dalam kampus, yang pasti dan terutama sekali ialah sesi pilihan raya dalam memilih tampuk kepimpinan tertinggi iaitu majlis perwakilan pelajar. Menyebut tentang kepentingannya, tidak lain dan tidak bukan ialah untuk timbulkan sifat tanggungjawab pada kita sebagai mahasiswa untuk memilih kepimpinan pada zaman kita ini. Oleh sebab itu, pilihan raya ini dilakukan secara demokrasi bukannya bentuk autoraksi dan sebagainya. Di samping ingin menyedarkan mahasiswa akan kepimpinan yang mereka naikkkan adalah hasil kepercayaan dan sokongan mereka dan bukannya pemilihan itu dilakukan hanya untuk perebutan kuasa sahaja. SOALAN : Apakah kesan politik dalam kampus terhadap mahasiwa? JAWAPAN : Politik dalam kampus itu sendiri lebih kepada persediaan untuk kita berhadapan realiti di luar sana , sebagaiman kita tahu dan sedia maklum memang dalam ketetapan sistem demokrasi dalam negara kita yang mana setiap paling maksimum selama lima tahun akan menukar tampuk kepimpinan melalui pilihan raya sebagai persediaan PRU di luar sana, persediaannya memang tidak dapat tidak bermulanya dari universiti itu sendiri. Kiranya proses ini sama dengan apa yang berlaku di universiti itu dan proses inilah yang akan kita bawa di luar sana. Dari sudut nilai yang dapat kita terap ialah sifat tanggungjawab mahasiswa dalam memilih kepimpinan dan apabila kita sudah keluar dari universiti dimana umur kita sudah menjangkau 21 tahun keatas maka mahasiswa dapat membuat pilihan yang tepat. Kita juga mahu nilai ini diterapkan untuk memilih pemimpim negara bergantung pada sifat tanggungjawab mereka sebagai pengundi. SOALAN: Adakah politik dalam kampus menggalakkan persaingan? JAWAPAN: ya, memang politik dalam kampus menggalakkan persaingan, akan tetapi persaingan yang sihat yang mana lebih kepada ‘grooming’ diri sebagai pemimpin. Sebagai mana sedia maklum calon untuk MPP bukanlah sebarang calon. Calon-calon ini sudah diasah dan ada bakat dan kemampuan dalam menjalan kan tugas. Ini juga satu platform untuk para calon dalm menonjolkan diri dan mengasah bakat pada diri untuk diberi kepercayaan untuk menerajui uni. Menyentuh tentang persaingan, Universiti Sains Islam Malaysia merupakan satu universiti yang mengamalkan persaingan secara sihat dan harmani yang mana tidak berlaku sebarang perbalahan dan lebih menggalakkan untuk berkempen secara aman. SOALAN: Boleh jelaskan, yang dikatakan persaingan yang harmoni dalam proses kempen. JAWAPAN: Harmoni dalam persaingan lebih kepada proses kempen yang mana tidak berlaku perbalahan antara puak dan tidak melibatkan kapisiti kumpulan. USIM sendiri meletakkan peraturan yang mana melarang bertanding atas kapasiti kumpulan . Jika ada disyaki atau didapati bertanding atas dasar kapisiti kumpulan maka akan terus dibatalkan dalam penyertaan calon pilihanraya. Untuk pengetahuan saudari juga, USIM merupakan universiti terbaik dalam membawakan pengurusan pilihanraya kampus malah sistem peratusan mengundi naik sebanyak 1%. SOALAN: Apakah kesan negatif dan positif politik dalam kampus? JAWAPAN: Kesan positif politik dalam kampus ialah lebih kepada melatih diri para pemegang tampuk kepimpinan. Mahasiswa juga mendapat kesannya iaitu dapat bersama menjayakan tampuk pemerintahan dari segi pemberian idea dan pendapat tentang gerak kerja MPP kepada para mahasiswa. Dari sudut kesan negatif yang boleh diambil secara keseluruhan ialah, akan wujud sifat mementingkan kumpulan dan dapat memecah belah pihak dan ini berlaku di university lain. Alhamdulillah USIM masih dalam keadaan harmoni ketika berkempen mahupun pada waktu mengundi. SOALAN: Apakah cabaran dalam politik dalam kampus? JAWAPAN: Dari pengalaman saya, cabaran yang utama ialah kekangan masa. Masa yang diberikan untuk berkempen lebih kurang tiga atau empat hari. Pengurusan masa sangatlah penting di samping menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar. Malahan cara kita untuk meyakinkan pelajar untuk memilih sebagai calon dalam mendokong tanggungjawab sebagai MPP.

15 Publizr Home


You need flash player to view this online publication