13

13 | Mesej USIM TODAY MEMBACA T ahap ilmu manusia merupakan asas dalam kehidupan manusia yang seringkali menjadi persaingan sama ada masyarakat dalam lingkungan komuniti yang kecil mahupun dalam komuniti global. Tahap ilmu manusia lazimnya seringkali dikaitkan dengan aktiviti pembacaan yang berupaya meningkatkan tahap ilmu dalam pelbagai lapangan ilmu. Kepentingan membaca juga dibuktikan melalui perintah pertama yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w iaitu menyuruh baginda membaca. Dengan membaca manusia mampu untuk meneroka ilmu duniawi mahupun dunia akhirat. Membaca bukan sahaja berupaya meningkatkan tahap keilmuan malah memberikan kesedaran kepada kita kebesaran alam pencipta dalam segenap lorong kehidupan kita. Sejarah kegemilangan Islam telah memperlihatkan bahawa tamadun keilmuan telah bertapak dalam sejarah keagungannya. Perkembangan ilmu pengetahuan telah melahirkan tokoh-tokoh cendekiawan terulung antaranya Imam Syafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam al-Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Rusydi. Tokoh-tokoh tersebut telah mewariskan dengan pelbagai bidang keilmuan. Pengetahuan akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa menerusi pelbagai aktiviti yang menghasilkan kepada penciptaan pengetahuan baru. Suatu usaha harus digerakkan untuk menambah dan memperkembangkan ilmu pengetahuan. Cara yang terbaik adalah dengan membudayakan amalan membaca. Manusia berilmu selalunya dikaitkan dengan insan berbudaya membaca. Membaca merupakan asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan. Membaca juga adalah dengan memperhatikan isi sesuatu yang bertulis atau bercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Melalui amalan membaca individu dapat menjadikan dirinya sebagai sumber rujukan sama ada kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain. Membaca merupakan suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda sama ada melalui bahan-bahan bercetak atau media elektronik. Deria dan minda yang dicerna dengan ilmu pengetahuan hasil pembacaan akan menjana kehidupan manusia yang sentiasa inginkan perubahan. Ilmu yang diperolehi akan merangsang minat dan naluri untuk menambah ilmu pengetahuan yang lain seterusnya akan terbentuk satu budaya membaca di kalangan masyarakat. Selain itu, membaca merupakan amalan yang penting dalam hidup manusia kerana pembaca dapat memperoleh maklumat dan ilmu yang dapat di gunakan pada masa hadapan. Dalam proses mendapatkan maklumat, pengetahuan perlu bagi tujuan memahami sesuatu bahan bacaan. Pembaca kadang-kala membaca tanpa berfikir atau memahami sebahagian daripada mesej yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut. Amalan membaca memang telah disedari mengenai kepentingannya oleh semua golongan sama ada pemimpin politik, ibu bapa, pendidik, pentadbir, masyarakat pelajar amnya. Membaca adalah suatu kegiatan yang amat penting dalam kehidupan manusia dan boleh membangunkan sesuatu masyarakat dari segi intelektual serta membentuk pemikiran kreatif dan dinamis. Maka, tidak hairanlah jika ungkapan “Membaca Jambatan Ilmu” sering kali di gunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam mencari ilmu pengetahuan. Napoleon Bonarparte, raja Perancis yang menaiki taktha pada 1799 pernah berkata: “Sesiapa yang membaca dan mengamalkan apaapa yang dibacanya, akan dapat memerintah dunia.” Selain itu, membaca di peringkat universiti memerlukan pembaca menggunakan strategi metakognisi yang merupakan kebolehan menguruskan pembelajarannya sendiri. Pembaca perlu berfikir akan gaya pembelajaran mempunyai interaksi dengan teks yang dibaca sehinggakan strategi yang digunakan dapat membantu pembaca berhadapan dengan cabaran yang JAMBATAN ILMU lebih hebat apabila membaca bahan akademik. Membaca teks akademik atau bahan ilmiah bukanlah proses yang mudah. Untuk membaca dengan lebih baik, pembaca perlu menggunakan strategi membaca yang boleh membantu memudahkan proses membaca. Hal ini adalah kerana teks akademik mementingkan pemahaman aras tinggi maka pembaca sewajarnya sudah dapat mengagak kesukaran yang bakal dihadapinya. Justeru itu, seseorang pembaca itu dapat mengetahui perkara-perkara baru, mendalami sesuatu ilmu, memperjelaskan lagi sesuatu perkara yang kurang difahami dan sebagainya melalui pembacaan. Seterusnya dengan ilmu itu juga pembaca dapat menggunakannya dalam pelbagai aspek kehidupan seperti dalam pembelajaran dan aktiviti harian mereka. Oleh itu, membaca boleh dikatakan sebagai satu amalan yang dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan mematangkan pemikiran seseorang pembaca. Tuntutlah Ilmu Disaat Kamu Miskin, ia akan menjadi hartamu. Disaat Kamu Kaya ia akan menjadi Perhiasanmu - Luqmanul Hakim - Oleh: Nurusshaadah Md Khair usimtoday@gmail.com

14 Publizr Home


You need flash player to view this online publication