0

OKT-NOV 2017 ISU 7, VOL.1 2017/2018 USIM TO D A Y K n o w le dg e , F a i t h and Go od D e e d s MPP sedia angkat suara Mahasiswa M/S 5 Konvokesyen USIM kali ke-15 catat sejarah M/S 3 usimtoday@gmail.com ISSN 2600-7754 Personaliti: FAZWANIS KONGSI PENGALAMAN DI TURKI M/S 16 Karnival Olahraga Interfakulti 2017 pecah rekod M/S19 Tuanku Muhriz Rasmi Kompleks Islam Universiti Sains Islam Malaysia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bersama isterinya Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tunku Besar Mahmud dan anaknya Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhris (kiri) melihat model binaan Pusat Islam USIM ditemani Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Mohamad bin Haji Hassan (dibelakang), Pengerusi USIM Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak (berbaju biru) dan Naib Canselor USIM Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad (berbaju coklat), Laporan oleh: Norfariha Hanim Bt. Mohd Rosli.

2 | Berita Semasa USIM TODAY Tuanku Muhriz Rasmi Kompleks Islam Usim Oleh: Norfariha Hanim Binti Mohd Rosli usimtoday@gmail.com NILAI, 4 Oktober 2017 – Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berangkat mencemar duli merasmikan serta mengisytiharkan nama rasmi yang baharu iaitu Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM yang telah mula digunakan secara rasminya pada 26 Mei 2017 bersamaan 1 Ramadhan 1438H yang lalu. Baginda diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta anakanda baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tengku Ali Redhauddin, yang turut hadir bersama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad. Kompleks Islam tersebut merupakan antara bangunan utama dalam landskap pembinaan USIM pada tahun 2002 yang tidak dapat kampus induk meneruskan Aiman Banna Bongkar Tips Kenali Diri Oleh: Norfariha Hanim Binti Mohd Rosli usimtoday@gmail.com Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bersama isterinya Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tunku Besar Mahmud dan anaknya Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhris (kiri) melihat model binaan Pusat Islam USIM ditemani Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Mohamad bin Haji Hassan (dibelakang), Pengerusi USIM Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak (berbaju biru) dan Naib Canselor USIM Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad (berbaju coklat), pembinaannya kekangan peruntukan atas faktor kewangan kerajaan pada ketika itu. Walau bagaimanapun, pembinaannya dimulakan semula pada tahun 2014 melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan yang menelan belanja sebanyak RM29 juta di bawah rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) Antara kemudahan yang terdapat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz adalah ruang solat yang luas dan selesa, bilik pengurusan jenazah, pejabat pentadbiran, bilik imam, bilik mesyuarat, kaunter zakat dan beberapa kemudahan lain yang mampu merancakkan lagi aktiviti dan agenda islam di dalam kampus. Kompleks Pusat Islam USIM tersebut yang merupakan sebuah bangunan setinggi dua tingkat dengan keluasan 6,526 meter persegi yang mampu menampung kapasiti Jemaah seramai 4000 orang Golongan OKU Buka Mata Mahasiswa USIM Oleh: Norfariha Hanim Binti Mohd Rosli usimtoday@edu.my NILAI, 8 November: Bertemakan ‘Islamic Education for All’ anjuran mahasiswa tahun 3, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah telah menganjurkan program Simposium Khidmat Quran dan Sunnah yang memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang bagaimana golongan OKU mendapatkan ilmu. dalam bicara Program yang dijalankan bentuk forum itu bual bertujuan untuk berkongsi pengalaman serta memberi pendedahan kepada masyarakat umum dan mahasiswa USIM sendiri khususnya untuk mewujudkan rasa prihatin dalam diri mahasiswa. Melalui forum ini juga, mahasiswa dapat mengetahui serba sedikit pengalaman dan perjalanan hidup golongan OKU yang dikongsikan oleh panel jemputan. Dari kiri Mohd Faqirrul bin Mohd Zailan(moderator), bersama tiga panel iaitu Encik Zamzuri, Prof Madya Dr.Azizan dan Encik Khaidir di Dewan Kuliah Utama(DKU), Fakulti Pengajian Quran Sunnah(FPQS). “Dengan adanya program seperti ini ianya sangat membantu dalam memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai kaedah-kaedah yang digunakan oleh golongan OKU untuk belajar supaya mahasiswa dapat melibatkan diri membantu golongan OKU dari segi penyampaian ilmu dan lain-lain sekaligus dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari,” kata Muhammad Syahmi membariskan Shamsuddin selaku pengarah program tersebut. SiQaH 2017 itu panelis dari NGO luar yang berpengalaman dunia OKU iaitu Khaidir yang pensyarah Kolej atau dalam Encik merupakan Komunti Selayang, Encik Zamzuri, Timbalan Pertis (Persatuan Islam) Yang Dipertua Tunetra lebih dikenali “ akaun Dengan adanya program seperti ini ianya sangat membantu Bin dalam memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai kaedah-kaedah yang Muhammad Syahmi Bin Shamsuddin Pengarah Program sebagai Persatuan Orangorang Buta Islam Malaysia, serta Prof. Madya Dr Azizan pensyarah dalam di Universiti Antarabangsa (UIA). bidang Islam NILAI, 17 NOVEMBER 2017- Seorang blogger dan pendakwah bebas Mujahid Aiman Bin Rumawi atau lebih dikenali sebagai Aiman Banna telah membawa satu bicara santai membongkar tips kenali diri yang bertajuk “Discover Your Hidden Personality” bagi mereka yang ingin mengetahui tentang personaliti atau sifat yang tersembunyi dalam diri masing-masing. Beliau yang turut dikenali dengan gelaran Aiman Banna mengambil inisiatif dengan membawa 3 konsep utama iaitu Iman (EQ), Islam (IQ) dan Ihsan (SQ). Konsep-konsep tersebut digunakan sebagai satu pendekatan agar mereka yang hadir dapat menyedari akan personaliti diri yang dapat mendekatkan diri mereka ke arah keagamaan dan kemasyarakatan. Selain itu, mereka juga dapat memahami sifat yang selama ini tidak mereka ketahui dan dapat memperbaiki sifat keperibadian dengan cara yang lebih baik. Program yang dianjurkan oleh pelajar tahun 2 Pengajian Quran dan Sunnah tersebut telah membawa sedikit kelainan dengan membuat beberapa jenis permainan. Permainan tersebut dilakukan agar mereka yang hadir dapat memahami personaliti mereka dengan lebih jelas di samping dapat menjadikan bicara santai tersebut lebih aktif. Slot tersebut diketuai oleh Ameer Deen serta Rais Yusoff yang merupakan sebahagian daripada pasukan pendakwah muda tersebut. Antara permainan yang dilakukan adalah ujian ketawa, melukis dan sebagainya. Pemuda yang kini berusia 21 tersebut turut menjadi seorang penulis yang terkenal dengan bukunya yang bertajuk “Henshin” dan beberapa buah buku yang lain. Beliau turut mendapat beberapa anugerah dengan buku tersebut yang berjaya mendapat mendapat tempat di hati pembaca.

3 | Berita Semasa USIM TODAY Usim rai graduan sulung FKAB Majlis Konvokesyen Usim ke-15: Oleh: Norfariha Hanim Binti Mohd Rosli usimtoday@gmail.com NILAI, 21 NOVEMBERUSIM meraikan kehadiran kumpulan sulung Kejuruteraan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian di bawah Fakulti dan Seni Bina dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina seramai 21 orang graduan seiring dengan tema yang dibawa pada majlis kali ini iaitu “Teknologi Islam” buat pertama kalinya dalam majlis konvokesyen tersebut. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) merupakan fakulti kesembilan ditubuhkan oleh USIM semenjak ia ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai Universiti Awam Ke-12. Berita gembira penubuhan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina ini diterima oleh Pengurusan Universiti melalui surat rasmi daripada Jabatan Pendidikan Tinggi pada Disember 2015 yang lalu. Pada Majlis seramai graduan Konvokesyen ke-13 yang lalu, menyaksikan orang 10 kumpulan pertama Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan Kepujian menerima ijazah masing-masing. Manakala, graduan sulung program Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Elektronik) pada telah Majlis kali ini. Seramai 2,562 graduan Universiti Sains Islam Malaysia Ijazah sempena Majlis Konvokesyen ke-15 yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor USIM selama tiga hari bermula 21 hingga 23 November sebanyak 5 sidang. Istiadat pembukaan disempurnakan oleh majlis konvokesyen tersebut telah Tuanku Canselor, Y.A.M. Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Keberangkatan baginda bersama Pro Canselor USIM, Tunku Besar Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz selain kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Graduan yang dirai merupakan mahasiswa ambilan sesi akademik 2013/2014 yang telah menamatkan tempoh pengajian mereka selama empat tahun pada bulan Jun yang lalu. Dalam pada itu, Anugerah Pelajar Dira(USIM) menerima diraikan Konvokesyen Dari kiri Noor Shofiyah Aiza Mohd Noor (Pingat Emas Naib Canselor), Khaulah Mohamad Adi (Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang)), Nur Akma Mohd Dali (Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang)), Hamid Abdullah Hamid Al-Balushi (Anugerah Canselor (Siswazah)), Mohd Ikmal Hakim Mohd Azman (Anugerah Canselor), sumber @usimofficial. ja (Pingat Jaya Cemerlang) pada kali ini disandang oleh saudari Khaulah Bt Mohamad Adi dari Fakulti kempimpinan dan Pengurusan dalam bidang Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam dengan Kepujian, dan saudari Nur Akma Bt Mohd Dali dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang dalam bidang Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah dengan Kepujian. Penghargaan an Quran dan Sunnah yang meraih juga diberikan kepada Mohd Ikmal Hakim Mohd Azman dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang meraih Anugerah Canselor, dan Noor Shofiyyah Aiza Mohd Noor dari Fakulti PengajiPingat Emas Naib Canselor. Turut hadir Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Zulkiple Abd. Ghani dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Roshada Hashim. Mahasiswa Cakna Revolusi Perindustrian - Mat Lutfi Oleh: Nor Azizah Hakimah Binti Abdul Aziz usimtoday@gmail.com NILAI, 15 NOVEMBER – ”Mahasiswa perlu cakna terhadap revolusi perindustrian yang melanda negara kita” kata Mat Lutfi baru-baru ini dalam program yang bertajuk “4th Industrial Revolution, Are We Prepared?” sempena pesta Pra Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia ke-15 bersama moderator Muhammad Haiqal Wahid bertempat di Dewan Kuliah Pusat 4, USIM. Muhammad Luthfi Bin Rohime atau dikenali sebagai Mat Luthfi merupakan ‘blogger’ terkenal dijemput untuk mengupas tajuk tentang Revolusi Perindustrian sebagai acara pembuka tirai bagi Pesta Pra Konvokesyen USIM. Dalam forum tersebut, beliau mahasiswa, kita tidak bersedia dalam menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat dari segi mentaliti dan kesannya menghasilkan perbezaan dalam pembangunan ummah”, ujarnya. Kebanyakan rakyat Malaysia Mat Luthfi (kanan) ketika menyampaikan hujahnya kepada mahasiswa USIM. memberi pendedahan tentang realiti dunia semasa dan persediaan untuk menghadapi Revolusi Perindustrian keempat masa kini. “Teknologi merupakan alat yang memberi banyak kebaikan dan pada masa yang sama, ia juga boleh memberi banyak keburukan”, kata Mat Luthfi dalam forum tersebut. Beliau menegaskan bahawa sama ada baik atau buruk kesannya, kita haruslah melihat kepada kandungan isi tersebut bergantung kepada orang yang menggunakannya. “Umumnya dari sudut sekarang mudah terpengaruh dengan isu-isu yang menjadi viral. Dari sudut tersebut, dapat diketahui bahawa sama ada rakyat Malaysia bersedia ataupun tidak dalam menghadapi revolusi perindustrian yang makin berkembang pesat. Mengikut kajian yang telah dibuat baru-baru ini, beliau menyatakan bahawa Revolusi Perindustrian keempat mempunyai sembilan tonggak iaitu robot, integrasi sistem, internet, keselamatan siber, analisis data dan lain-lain. Komputer dan internet menjadi tema utama revolusi ini meskipun dipanggil revolusi perindustrian namun ini ialah revolusi baharu sistem ekonomi maklumat. “Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperkasa satu elemen yang dipanggil 4C iaitu pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah, komunikasi, kerjasama dan kreativiti sebagai persediaan kepada mahasiswa khususnya untuk menghadapi Revolusi Perindustrian ini”, ujar Muhammad Haiqal Wahid. Revolusi Perindustrian sekarang semakin berkembang dengan pesat. Malaysia mungkin masih terbelakang jika melihat dari sudut kemahiran. Namun bukan semua mempunyai kesan negatif kerana perkara ini dapat menyedarkan para mahasiswa agar dapat membuat persediaan dalam menghadapi realiti dunia semasa.

4| Berita Semasa USIM TODAY Rancangan Memajukan Kelantan 2017: Mahasiswa USIM Suarakan Aspirasi Oleh : Nor Azizah Hakimah Binti Abdul Aziz usimtoday@gmail.com NILAI, 19 November - Dialog Khas Rancangan Memajukan Kelantan 2017 memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi USIM untuk menyuarakan aspirasi mereka dalam memajukan Kelantan. Siri jelajah RMK kali ini diadakan buat pertama kalinya di USIM. Ia merupakan program hasil cetusan idea YB Dato’ Sri Mustapha Mohamed anjuran bersama Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) dan giat dijalankan di IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. RMK kali ini dihadiri oleh En. Amran Arifin, Setiausaha Sulit kepada Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dasuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut dihadiri, Dato’ Aizuddin Dato’ Ghazali, Presiden HIMSAK En. Amran(kiri) bersama Dato’ Aizuddin ketika mengulas tentang RMK 2017. Malaysia dan saudari Salsabila, Presiden HIMSAK USIM, merangkap pengarah program RMK USIM. Program ini disertai lebih dari 150 orang peserta yang rata-ratanya adalah anak Kelantan. Program ini juga dirasmikan oleh En. Amran selaku wakil kepada Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam Rancangan Memajukan Kelantan peringkat HIMSAK USIM. “RMK bertujuan menyeru anak- anak Kelantan untuk sama-sama memikirkan rancangan memajukan Kelantan berdasarkan pandangan, persepsi dan idea mahasiswa”, kata En. Amran. “Idea-idea ini akan kita jadikan sebagai manifesto bagi mendapatkan tranformasi pemikiran baharu”, katanya. Beliau menyeru mahasiswa supaya sama–sama berusaha untuk menyokong perjuangan mereka dan sekaligus memikirkan cara bagaimana untuk memajukan Kelantan. Beliau berkata lagi, “Sekiranya tiada perubahan anjakan pemikiran daripada anak-anak muda Kelantan, negeri kita akan kekal begitu sahaja”. Beliau juga menyarankan supaya mahasiswa sedar dan celik dengan hakikat yang dialami sekarang. Idea yang disumbangkan juga bukanlah seharusnya dari kalangan pemimpin sahaja, bahkan dari rakyat juga bagi mencapai kemajuan bersama. Persembahan Kebudayaan Curi Tumpuan Oleh: Shauqi Hadi Mohd Jaais usimtoday@gmail.com PUTRAJAYA,20 Oktober 2017: Kumpulan-kumpulan dari Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (PK USIM) telah mengadakan persembahan kebudayaan di perkarangan Dewan Cempaka Sari, Presint 3, Putrajaya bersempena dengan Pesta Lelong Buku dan Komik 2017. Kumpulan-kumpulan yang dihantar untuk membuat persembahan muzik tradisional), ialah Tabuh Pendeta (Dikir barat), Perkusirama (Kumpulan The Bachelor (Kumpulan Kugiran), Khupas, The Voices (Koir), Interacksee (Nasyid), Pena Emas (Seni lukis) dan Khufi Farisi (Kumpulan seni khat). FAKTA atau AUTA Dalam Konsep Ilmu Falak NILAI, 19 November – Oleh: NurulHuda Izzati Bt Jamaludin usimtoday@gmail.com Satu forum ilmu telah berlangsung yang bertajuk ‘Fakta atau Hoax dalam Astronomi’ yang membariskan dua orang panel iaitu Razlan Ahmad, pensyarah Falak Syarie Islam Universiti Sains Islam Malaysia dan Sharin Ahmad, pengasas web falak online bertempat di Pentas Utama Pesta Konvokesyen USIM kali ke-15. Forum tersebut dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang ilmu falak dengan lebih luas serta impaknya terhadap sesebuah komuniti. Seperti contoh, maslahah penceraian yang menggunakan Kalendar Hijri dalam pengiraan I’dah dan juga zakat yang menggunakan Kalendar Hijri. “Hoax adalah fakta dan auta yang muncul atas sebab kegilaan aktiviti tular atau viral akan sebuah fakta yang tidak soheh terhadap sesuatu berita. Jangan mudah percaya dengan benda yang tular tanpa berfikir akan Menurut pengarah Pusat Kebudayan USIM Encik Ismail Ahmed, penganjur program dan Pusat Kebudayaan USIM bekerjasama merancakkan Razlan Ahmad (kiri) bersama Shahrin Ahmad (tengah) sedang menyampaikan forum sempena Pesta Konvokesyen USIM ke-15 kebenaran sesuatu berita tersebut, walhal berita itu mungkin diubah suai isi kandungannya,” kata Sharin Ahmad, selaku panel pertama. Beliau turut mengambil isu 1 Muharam yang timbul sebelum ini sebagai contoh. Dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh ketua pengarah JAKIM, Tan Sri Dato’ Haji Osman iaitu sukacita JAKIM merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh bahagian kabinet perlembagaan perhubungan antara kerajaan Jabatan Perdana Menteri tentang perkara pindaan tarikh awal Muharram berubah. Tambahnya lagi, perkara ini tidak sepatutnya dimanipulasi kerana perkara ini luar daripada bidang ilmu kita sambil menegaskan bahawa bulan Hijri lain tidak akan ada sebarang perubahan tentang sesetengah perkara yang masih lagi mengikut kalendar Hijri atas sebab bulan Muharam sahaja yang berlaku sedikit khilaf yang tidak keterlihatan anak bulan atau dikenali dengan hilal. Panel pertama iaitu Razlan Ahmad menyatakan bahawa konsep falak sebenarnya sangat dekat dengan kehidupan manusia. Sebagai contoh, ilmu matematik kerana ilmu tesebut merupakan salah satu cabang dalam ilmu astronomi. Beliau turut mengesyorkan agar ahli falak turut hadir ke masjid-masjid atau majlis khas untuk memberikan penerangan kepada orang ramai dengan lebih lanjut mengenai ilmu falak. Forum yang berlangsung selama dua jam ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada panel-panel jemputan serta moderator yang membimbing majlis. Dalam forum tersebut juga, beliau melontarkan pendapat dan mengesyorkan agar Majlis Perwakilan Pelajar USIM untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mewujudkan dan mengadakan sesi atau slot setengah jam hingga sejam untuk menerangkan dan memberi pendedahan arah kiblat dan memfokuskan keterangan ini untuk pelajar yang akan mengadakan lawatan ke luar negara. pesta jualan buku ini dengan menjemput kumpulan- kumpulan kesenian dari Pusat Kebudayaan USIM untuk menarik tumpuan orang ramai ke program ini di samping mengasah bakat pelajar-pelajar dari Pusat Kebudayaan USIM. Dengan persembahan kebudayaan ini, orang ramai akan hadir dan seterusnya ia dapat melarisan jualan buku-buku dan komik-komik. Pesta Lelong Buku dan Komik ini disertai oleh 50 penerbit yang terkenal antaranya ialah Dewan Bahasa dan Pustaka, PTS Publication Sdn Bhd, Telaga Biru, Karangkraft Sdn Bhd dan pelbagai lagi. Lebih 200 judul telah dijual secara “flat rate” dengan harga bermula dari RM1 hingga RM20. Kategori buku yang dilelong adalah kanak – kanak, resepi, remaja, kitab agama, novel sains fiksyen, bisnes & motivasi serta pelancongan. Tujuan program ini dianjurkan untuk menarik masyarakat untuk membaca serta menjadikan hobi membaca sebagai hobi utama dalam kalangan generasi muda di samping menghabiskan jualan buku-buku ini. untuk

5 | Berita Semasa USIM TODAY MPP SEDIA ANGKAT SUARA MAHASISWA Oleh: Muhammad Fadhli Hasya Bin Azeman usimtoday@gmail.com NILAI, 10 Oktober- Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2017/2018 diadakan di Dewan Tuanku Canselor USIM dan penyampaian Watikah Pelantikan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia, Prof. Dato’ Dr Musa Ahmad. Seramai 27 barisan MPP baharu itu menggantikan barisan MPP yang telah menamatkan yang perkhidmatan mereka pada Jun yang lalu. Tampuk kepimpinan baharu kini telah diketuai oleh Muhammad Faris Ab. Gani dan dibantu oleh Khairunnashriah Mohamad. Pimpinan MPP yang baru itu membariskan 9 orang ahli majlis tertinggi dan 18 exco yang dibahagikan kepada 8 unit. langsung pada 5 Oktober yang lalu. Terdapat 16 kerusi fakulti telah dimenangi tanpa bertanding. Seramai 8654 orang pelajar yang layak Faris Ghani (kanan) menerima watikah pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar daripada Naib Canselor, Dato’ Dr. Musa Ahmad (tengah) sambil disaksikan oleh Dato’ Hassan Basri. Yang Dipertua MPP, Muhammad Faris Ab. Gani ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata, “MPP akan membawa suara-suara mahasiswa dan mereka sudah bersedia dengan visi dan misi serta akan meneruskan pergerakan untuk membantu pelajar dengan membawa tiga matlamat iaitu berusaha menaikkan agenda universiti, fokus untuk mengangkat integrasi ilmu aqli dan naqli dan membantu memperjuangkan kebajikan USIM.” Sementara itu, seramai 14 orang calon telah bertanding untuk menduduki kerusi umum dan 17 orang calon bagi kerusi fakulti pada Hari Pengundian Pemilihan MPP USIM yang telah berMinggu Kesedaran Kesihatan Mental: Ubah Stigma Mahasiswa Oleh: Norfariha Hanim Binti Mohd Rosli usimtoday@edu.my NILAI, 23 Oktober-“Minggu Kesedaran Kesihatan Mental’’ yang buat julung kalinya diadakan anjuran pelajar Kaunseling tahun akhir membawa objektif untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang kesihatan mental serta menyangkal stigma negatif terhadap pesakit mental telah dijalankan selama lima hari bermula 23 sehingga 27 Oktober. Stigma”, Bertemakan “Beat The minggu tersebut dimeriahkan dengan montaj pembukaan oleh sekumpulan pelajar yang menyerupai manusia sakit mental di bulatan foyer FKP. Program ini juga bertujuan mengekalkan nilai-nilai positif dalam diri pelajar selain membantu kesejahteraan mental dengan pelbagai jenis terapi. Turut disertai mahasiswa dari Universiti Putra Malaysia yang juga merupakan pelajar dalam Kaunseling dan Psikologi bidang meningkatkan Sekumpulan pelajar bergambar bersama pensyarah mereka barisan hadapan dari kiri Dr Nurhafizah Mohd Sukor, Dr Nubailah Yusoff, Dr Ku Suhaila dan Dr Isa Amat setelah selesai membuat persembahan di Foyer FKP. turut sama menjayakan program tersebut. untuk Antara aktiviti menarik yang disedikan pada minggu tersebut ialah aktiviti berbasikal, berzumba, pembuatan origami, forum bual bicara dan banyak lagi. Forum bual bicara yang bertajuk “Religiousity vs Depression” itu disampaikan oleh dua orang panel jemputan sebagai salah satu usaha untuk memberi pendedahan dan perkongsian dari dua perspektif yang berbeza dari sudut keagamaan dalam usaha menyangkal stigma negatif terhadap masalah mental. “Program ini amat penting kepada pelajar kerana dalam konteks universiti, pelajar sentiasa berhadapan dengan masalah tekanan. Jadi, para pelajar seharusnya mengetahui cara yang betul untuk mengelakkan diri dari sentiasa berada dalam emosi yang negatif yang boleh menyumbang kepada simptom-simptom tekanan”, ulas Muhammad Azri Abdul Aziz turun mengundi pada tarikh tersebut daripada jumlah keseluruhan yang layak mengundi termasuk mahasiswa mahasiswi USIM yang berada di Kampus Pandan. Pelajar dari Fakulti Pergigian telah mencatat peratusan pelajar tertinggi yang turun mengundi iaitu sebanyak 93.27 peratus. Pelantikan itu adalah penghargaan kepada barisan pelajar yang pelajar sanggup berkorban masa dan tenaga demi mencapai universiti dan negara dalam melahirkan pemimpin yang berkualiti. Dengan jayanya penyerahan watikah tersebut, secara rasminya barisan Majlis Perwakilan Pelajar akan memulakan khidmat mereka dalam usaha menerajui suara mahasiswa USIM. “ Oleh : Nor Azizah Hakimah Binti Abdul Aziz usimtoday@gmail.com NILAI, 19 Oktober - Sekreteriat Pendakwah Muda Malaysia(SPMM) telah mengadakan Mesyuarat Am Tahunan sesi 2016/2017 yang dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pusat Islam, Ustaz Muhammad Fitri bin Abdul Razak, turut disertai oleh Ustaz Zulkifli Ismail, Pengetua Baitul Qura’ Wal Fuqaha’ dan wakil NGO Aman Palestin. Majlis ini bertujuan untuk menyerahkan tampuk kepimpinannya kepada generasi baru pada sesi 2017/2018 dan sekaligus memperkenalkan ahli-ahli baru yang akan meneruskan perjuangan mereka. Program ini dimulai dengan penyampaian taujihat oleh Ustaz Zulkifli Ismail, diikuti dengan perasmian Mesyuarat Am Tahunan dan penyerahan watikah pelantikan kepada ahli-ahli baru. Tampuk baru diketuai kepimpinan oleh Ajwad Mohd Shafie, pelajar tahun MPP akan membawa suara-suara mahasiswa wawasan dan mereka sudah bersedia dengan visi dan misi serta akan meneruskan pergerakan untuk membantu pelajar. Muhammad Faris Ab. Ghani Yang DiPertua MPP USIM Penolong Pegawai Pusat Islam Rasmi Mesyuarat Am Tahunan SPMM 3 Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) yang akan meneruskan legasi kepimpinan yang diserahkan oleh mantan Presiden SPMM. Beliau memulakan langkah pertamanya dengan menyampaikan kata-kata aluan sebagai Presiden SPMM yang baru. Dalam ucapannya, beliau menyatakan hasrat dan harapannya kepada mahasiswa USIM khususnya untuk mendukung SPMM sebagai organisasi dakwah yang menyeru kepada Allah, melakukan pelaksanaan amar ma’ruf nahi mungkar. “Saya berharap agar seluruh ahli SPMM dan mahasiswa mahasiswi USIM agar sama-sama kita memperteguh organisasi, memperkukuh ukhuwah, memperkemas ilmu dan memantapkan keyakinan kita pada janji Allah,’’ katanya.

6 | Info Editorial USIM TODAY DEKAN Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan Prof. Madya Dr. Mohd Radhi Bin. Ibrahim Fakulti Pengajian Bahasa Utama Prof. Madya. Dr. Noor Azizi Bin Ismail KETUA Program Komunikasi Dr. Sofia Hayati Binti Yusoff Program Bahasa Arab & Komunikasi Dr. Wan Azura Wan Ahmad PENGARANG URUSAN Ainurliza Mat Rahim EDITOR Ahmad Syafiq Fauzan Bin Abd. Rahman SEKSYEN BERITA Ketua Muhammad Fadhli Hasya Bin Azeman Wartawan Muhammad Shauqi Hadi Bin Mohd Ja’ais Nurul Huda Izzati Bt. Jamaludin Nurfariha Hanim Bt. Mohd Rosli Nor Azizah Hakimah Bt. Abdul Aziz SEKSYEN RENCANA Ketua Siti Nurussaadah Bt. Mohd Khair Penulis Syahidatul Nur Asyiqin Bt. Helmi Wan Laaibah Bt. Wan Mohd Farieh Balqish Syauqi Syahid Bt. Mohammed SEKSYEN SUKAN Ketua Mohammad Ikmal Fahmi Bin Mohd Razif Wartawan Nur Ainun Najla’ Bt. Mohd Yatin PENYUNTING NASKHAH Ketua Nur Qistina Afiqah Bt. Shahari Penyunting Nor Shahirah Bt. Mohd Zulkefli Wan Aina Fatima Bt. Wan Jamalludin Noor Asma Salsabila Bt. Mohd Azemi SEKSYEN FOTO & GRAFIK Penasihat Al Imran Azmi Ketua Khairunnisa Afiqah Bt. Abu Hassan Jurugambar Nur Surayya Wafa’ Bt. Mohd Zukari Nur Shahidda Ashiqqin Binti Hussain Nursyahirah Bt. Muhammad Farid Muhammad Nasiruddin Bin Mat Hasan Artis Grafik Muhammad Hafizuddin Bin Zulkeli Zul Fikri Hakimi Bin Zunil Fauzi USIM Today adalah hasil penerbitan pelajar tahun 3 Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan serta pelajar tahun 3 Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Ia diterbitkan dua kali setahun iaitu bagi semester 1 dan 2 pada setiap tahun pengajian. enjadi siswa bukan lah memfokuskan kepada pembelajaran akademik semata-mata akan tetapi siswa seharusnya menitik beratkan aspek kerohanian juga agar ilmu yang kita pelajari diberkati dan bermanfaat kepada diri amnya dan ummah khususnya. Sejajar dengan misi dan visi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu melahirkan mahasiswa yang mampu mengaplikasikan ilmu aqli dan naqli dalam kehidupan seharian mereka, seterusnya menjadi mahasiswa yang disayangi Allah . 1 SELALU BERDOA DAN BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH Allah sangat suka dan sayangkan hamba-Nya yang sentiasa berdoa dan berserah kepada-Nya dalam waktu senang mahupun di kala waktu susah. Allah berfirman dalam surah Ghafir ayat ke60 yang bermaksud: “Tuhan kamu berfirman ‘Berdoalah kepada-Ku nescaya aku akan memperkenankan doa kamu”. Orang yang sombong dan takabbur daripada beribadat dan bersolat kepada-Ku akan dimasukkan ke dalam neraka. Bertawakal bukan bererti menyerahkan segala ketentuan tanpa melakukan sebarang usaha terlebih dahulu. Sebaiknya dia harus melakukan yang terbaik setelah itu berserah sahaja kepada Allah. Natijah daripada tawakal itu seorang mahasiswa tidak akan rasa kecewa jika gagal sebaliknya mencari hikmah dan mencari penyelesaian di sebaliknya , manakala apabila diberi kejayaan tidak berasa sombong bersyukur dengan nikmat yang diberikan . Berdoa merupakan tanda pengharapan seorang hamba kepada sang pencipta dan seharusnya dilakukan dengan cara yang terbaik. 2 MENJAGA ADAB DENGAN GURU Menjaga adab dengan guru adalah perkara wajib yang dilakukan oleh ulamak’ terdahulu bagi memastikan ilmu yang dipelajari menjadi berkat dan diberikan kefahaman yang mendalam dalam bidang tertentu. Iman Ghazali telah menggariskan beberapa adab-adab apa bila berhadapan dengan seorang guru yang patut diberi perhatian oleh mahasiswa : - Memberikan perhatian penuh ketika guru menyampaikan pengajian - Mendiamkan diri ketika guru menyampaikan pengajian - Menunjukkan minat terhadap apa yang Ahmad Syafiq Fauzan Bin Abd. Raham Ketua Editor M Ruangan Editor Menjadi siswa diberkati Allah disampaikan oleh guru - Tidak meninggikan suara di hadapan guru - Menghormati guru apabila bersama beliau dan di belakang dia - Sekiranya mahu bertanya pastikan guru tersebut sudah bersedia untuk berikan jawapan - Menjaga aib guru - Sentiasa mendoakan kebaikan kepada guru 3 RAJIN MELAKUKAN ULANG KAJI Ilmu yang telah dipelajari seharusnya diulang kembali agar tidak hilang menurut kajian pakar motivasi Dato’.Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, para pelajar mampu mengingati 80 peratus daripada isi pengajian yang dipelajari dalam masa 24 jam selepas belajar dan semakin berkurang apabila melepasi tempoh tersebut . Jadi amat penting agar mahasiswa mengulang kaji pelajaran dalam meningkatkan kefahaman. 4 BERAMAL DENGAN ILMU Ilmu yang bermanfaat apabila diamalkan. Jika tidak diamalkan ilmu , ibarat pokok yang tidak berbuah .Maka , jangan disimpan ilmu dalam diri .Sebarkan sejauh yang mampu kerana masyarakat sentiasa mendahagakan ilmu .Ayuh , kita menjadi siswa kesayangan Allah ,bukan menilai dari pandangan manusia, namun mencari dan berusaha meraih reda Allah .

7 | Berita Tular USIM TODAY KEPUTUSAN PRESIDEN DONALD TRUMP BANGKITKAN KEMARAHAN UMAT ISLAM DUNIA WASHINGTON, - Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang bertindak mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Beliau juga turut membuat keputusan untuk memindahkan pejabat kedutaan A.S dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis. Tindakan beliau telah menyebabkan berlaku dan Amerika Syarikat akan berdepan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Tegas beliau lagi,tindakan Presiden A.S ini turut jelas menyalahi undang-undang antarabangsa . Presiden Recep Tayyip Erdogan juga mengatakan bahawa ketegangan antara umat Islam dan A.S. Baitul Maqdis merupakan Kota suci umat Islam, Yahudi dan Kristian dan merupakan satu halangan dan cabaran besar dalam mencapai persetujuan damai antara Israel dan Palestin. Baitul Maqdis juga merupakan kiblat pertama beralih Kota Suci orang Islam sebelum kepada Kaabah di Mekah. Presiden Turki, Presiden Recep Tayyip Erdogan antara pemimpin Islam yang lantang membantah keputusan Presiden A.S, Donald Trump. Beliau menegaskan bahawa Turki akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel jika perkara itu dilaksanakan. Malah, beliau menegaskan bahawa Israel Donald Trump Presiden Amerika Syarikat beliau akan tidak teragak-agak untuk mengadakan mesyuarat tergempar Pertubuhan Negara Negara Islam OIC bagi membincangkan perkara itu. Kesan daripada pengishtiharan Presiden A.S, umat Islam diseluruh dunia telah beramai - ramai mengadakan bantahan aman tentang keputusan Donald Trump. Umat Islam juga telah mengadakan kempen boikot terhadap produk Amerika dan Israel bagi jukkan menunbantahan mereka. Umat Islam di Palestin semakin tertindas setelah Donald Trump secara rasmi mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel. Tentera Israel semakin berani melalkukan kekerasan keatas umat Islam di Palestin dan jumlah mangsa yang cedera juga seSyarikat Pelajar USIM berhimpun beramai-ramai bagi menyatakan bantahan atas tindakan Presiden Donald Trump terhadap negara Palestin. makin meningkat. Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengishtiharkan BaitulMaqdis sebagais ibu negara Israel yang baru diktutuk sekeras-kerasnya oleh seluruh khususnya umat Islam. dunia Mahasiswa Usim juga tidak ketinggalan daripada menyuarakan bantahan mereka terhadap keputusan Presiden Donald Trump apabila satu himpunan soladiriti telah diadakan baru baru ini bertempat di Kompleks Islam Tuanku Mukhriz Usim. Pada himpunan tersebut telah diadakan ucapan daripada dua panel yang terdiri daripada pensyarah Usim sendiri di mana salah seorang pensyarah tersebut berasal dari Palestin. Baitul Maqdis merupakan kota suci yang penting buat umat Islam di mana ia merupakan tempat berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj. Umat Islam wajib bersatu dengan tidak mengira bangsa atau keturunan. Oleh: Muhammad Fadhli Hasya B. Azeman usimtoday@gmail.com Dobi Layan Diri Mesra Muslim EKSTRIMIS AGAMA? Oleh: Muhammad Fadhli Hasya B. Azeman usimtoday@gmail.com M uar, Johor – Sebuah kedai dobi disini sebagai ekstremis dilabel kerana mengkhususkan perkhidmatan dobi tersebut hanya kepada pelanggan yang beragama Islam. Menurut pemilik kedai tersebut, dia hanya ingin memudahkan umat Islam yang ingin mencuci pakaian mereka tanpa perasaan ragu-ragu terhadap wujudnya unsur najis . Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin menyifatkan perkhidmatan dobi tersebut sebagai “cantik”. Menurut beliau , kebersihan adalah keutamaan kepada umat Islam dan sepatutnya dasar kedai dobi tersebut tidak menimbulkan persepsi buruk dalam kalangan orang bukan Islam. Kedai tersebut juga boleh menjadi kemudahan bagi orang Islam untuk mencuci pakaian mereka. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ,menganggap perkhidmatan dobi tersebut bukan isu yang perlu diperbesarkan. Ketua PPIM Dato Nadzim Johan, berkata isu ini hanya perlu dibandingkan seperti majikan yang tidak mengambil pekerja bukan cina. Pekerja yang bukan daripada kaum cina masih boleh mencari kerja dengan majikan lain kerana bukan semua majikan yang meletakkan syarat kaum tertentu sebagai kualifikasi untuk mendapatkan pekerjaan. Menurut beliau lagi, kedai dobi ini tidak memberikan masalah kepada pelanggan kerana mereka mempunyai hak untuk memilih yang lain. Sebagai pengguna Islam, perkhidmatan ini sebenarnya memudahkan orang islam itu sendiri kerana kita hidup dalam masyarakat yang berbilang agama. Sebagaimana wujudnya perkhidmatan untuk orang bukan Islam, begitu juga dengan perkhidmatan yang dikhususkan untuk orang Islam sahaja. Sebagai pengguna, orang ramai mempunyai hak untuk mereka memilih mengikut kemahuan mereka. Selain itu wujud juga pendapat yang mengatakan dobi khusus buat orang Islam itu perlu kerana jika tidak kita menggunakan mesin pembasuh pakaian tanpa mencuci najis pada pakaian dahulu. Menurut Penasihat Majlis Agama Islam Johor,Datuh Nooh Gadut cara betul ialah dengan mencuci najis terlebih dahulu pakaian sebelum dimasukkan ke dalam mesin pencuci pakaian. Kesimpulan daripada isu ini, boleh dikatakan semua pihak ada pendapat masing – masing dan semuanya tidak salah dari segi undang-undang mahupun syariat Islam. Disebabkan Malaysia merupakan negara yang rakyatnya terdiri daripada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, keputusan yang terbaik haruslah dibuat dengan mengambil kira perasaan kaum lain tanpa merendahkan kedudukan umat Islam itu sendiri.

8 | Komen USIM TODAY Islam Ditindas: Apa Peranan Umat Masa Kini? Oleh: Nurusshaadah Md Khair usimtoday@gmail.com R asulullah buktikan hanya ketakwaan senjata paling berkesan pertahankan agama dan tanah air. Perubahan peradaban manusia berlaku amat pantas. Islam yang suatu ketika dulu begitu gemilang, kini jatuh tersungkur di tangan Barat yang mendominasi dunia terutama dari segi ekonomi. Umat Islam dalam sejarah adalah kuat serta pernah menakluki dua pertiga dunia, tetapi pada hari ini mereka ditindas, dihina dan diusir dari tanah air sendiri selain dilabel dengan imej negatif atau pengganas. Berita keganasan, pembunuhan dan pencerobohan dilakukan kuasa besar Barat terhadap umat Islam bukan perkara baru kerana berlaku sejak lama dulu sehingga hari ini penindasan itu masih berleluasa. Keganasan dan penindasan di Palestin, Lubnan, Kosovo, Chechnya, Bosnia dan paling hampir dengan negara kita seperti Thailand berlaku tanpa pembelaan sewajarnya. Sehingga kini entah berapa banyak nyawa terkorban, harta musnah dan air mata tumpah membasahi bumi. Peristiwa ini sungguh mengguris jiwa umat Islam. Hari ini, ramai pemimpin negara Islam lantang menyeru umat Islam bersatu bagi menyelamatkan negara daripada penjajahan. Namun, usaha merealisasikannya bukan saja kabur, malah tidak bersungguh-sungguh serta tidak jelas dari segi matlamat dan kaedah yang mesti dilaksanakan. Bagaimanakah negara Islam boleh bersatu jika segala ideologi yang menyesatkan seperti sekularis, komunis, sosialis dan kapitalis masih digunakan pemimpin Islam sendiri. Ideologi bertentangan Islam patut ditolak oleh umat Islam. Jika kita lihat ketika ini kesatuan Islam masih lemah dan keadaan menjadi lebih buruk apabila umat Islam mengalami masalah dalaman sesama sendiri di samping masalah luaran dengan negara Islam lain. Negara Islam hari ini, secara umum lemah dari pelbagai segi merangkumi politik, ekonomi dan kesatuan fikrah. Sehingga kini kesatuan dan kekuatan umat Islam secara keseluruhan masih belum pulih. Kelemahan ini juga menjadikan Barat semakin berani menekan dan melakukan pelbagai penindasan serta kekejaman terhadap umat Islam. Pemimpin negara Islam masih gagal mencapai kata sepakat menangani masalah ini, sedangkan nyawa dan nasib umat Islam seperti di Palestin semakin terancam. Mereka juga tidak memahami perkara awlawiyyat(keutamaan) sehingga menyebabkan kepentingan umat dan agama Islam terabai. Kegagalan ini juga mengakibatkan negara Islam terpaksa tunduk kepada kehendak Barat. Kebanyakan kita mengaku sebagai umat Islam, namun setakat manakah peranan dan tanggungjawab sebagai saudara seagama dalam usaha membantu mereka yang ditindas dan apakah sumbangan kita untuk membantu mereka? Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang yang kafir, sesetengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi sesetengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar saling membantu yang diperintahkan Allah) itu, nescaya berlaku fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (Surah al-Anfaal, ayat 73) Kini sudah sampai masanya umat Islam insaf dan melakukan muhasabah diri serta mencari punca di manakah silapnya. Masyarakat Islam perlu membina kekuatan dalaman dan luaran seterusnya menjadi umat yang berkuasa dan disegani di seluruh dunia. Pemimpin negara Islam harus bersatu dan memandang ke depan di samping mengatur strategi efektif ke arah mencari penyelesaiannya. Antara usaha yang mampu dilakukan ialah memperkukuhkan kuasa politik, ekonomi, ketenteraan, kesatuan fikrah, akidah, persaudaraan dan persenjataan supaya segala bentuk penjajahan, penindasan dan menghina umat Islam dapat dihindarkan. Umat Islam juga perlu berperanan sebagai individu pengguna yang bijak dengan memboikot barang syarikat Barat yang mengaut keuntungan untuk menjatuhkan negara Islam. Walaupun usaha ini kelihatan remeh, jika seluruh umat Islam bersatu hati natijahnya amat besar ke arah mengurangkan sumber ekonomi Barat yang nyata tujuannya untuk membeli senjata bagi meneruskan serangan terhadap umat Islam. Umat Islam perlu kembali kepada fitrah iaitu menghayati serta mengamalkan al-Quran dan hadis sepenuhnya. Dalam dunia serba moden hari ini, walaupun ada umat Islam yang kuat imannya, tidak kurang juga yang jauh terpesong daripada landasan Islam. Ada juga hanya Islam pada nama sedangkan segala kewajipan agama tidak pernah ditunaikan, malah cara hidup mereka juga seperti bukan Islam. Perkara ini perlu diambil perhatian supaya umat Islam dan generasi akan datang menjadi umat yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT serta mantap imannya seperti umat pada zaman Rasulullah SAW dan zaman sahabat Baginda. Firman Allah SWT bermaksud: “Kekuatan itu hanya bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang beriman.” (Surah al-Munafiqun, ayat 8) Jika perkara ini gagal ditangani pada peringkat akar umbinya lagi, maka tidak mustahil suatu masa nanti umat Islam menjadi umat termundur, dihina dan diperlekeh oleh bangsa asing seperti yang terjadi kepada saudara kita di negara disebutkan sebelum ini. Oleh itu, sebagai manusia yang dimuliakan dengan akal fikiran dan khalifah di muka bumi ini, jawapannya tepuk dada tanya iman dan diri sendiri siapakah kita, apakah tujuan kita dijadikan dan ke manakah kita akan kembali suatu hari nanti. Apa yang kita miliki hari ini seperti kuasa, pangkat, dan kekayaan harta benda di dunia ini adalah pinjaman dan ujian semata-mata, maka pergunakan dengan sebaiknya ke jalan diredai kerana tanpa bekalan secukupnya kita akan kembali kepada Allah SWT dengan keadaan papa dan hina.Wallhua’lam.

9 | Nasional USIM TODAY Rawang Bypass “Jambatan Tertinggi Di Malaysia” Oleh: Muhammad Shauqi Hadi Bin Mohd Jaais usimtoday@gmail.com awang ,1 Disember 2017Jambatan Rawang yang berketinggian 58.2 meter telah dibuka 29 November 2017 pada jam 6 pagi semalam, Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) mencatatkan sejarah sebagai jambatan paling tinggi di Malaysia dan kini mula dibuka kepada orang ramai untuk melaluinya. Pembinaan jalan pintas Rawang Bypass mampu memendekkan waktu perjalanan di waktu puncak dari 2 jam kepada 30 minit, lebuh raya Jalan Pintas Rawang ini direka oleh arkitek tempatan iaitu Tuan Haji Radzali Mokhtar. Jalan Pintas Rawang sepanjang sembilan kilometer adalah sebagai mercu tanda terbaharu Malaysia apabila mempunyai ketinggian 58.2 meter dari aras tanah.Keunikan Jalan Pintas Rawang ialah pembinaan struktur tiangnya yang diiktiraf tertinggi di Malaysia sehingga membolehkan pemandu merasakan seperti membelah kabus terutamanya pada waktu pagi di samping pemandu turut berpeluang menikmati R pemandangan panorama yang cantik di sekitar Rawang. Lebuh raya Jalan Pintas Rawang sepanjang 23 kilometer ini merupakan jalan pintas yang menghubungkan Rawang ke Serendah bagi mengatasi kesesakan melampau di Bandar Rawang.Menurut sumber dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Rawang Bypass dibina secara bengkang-bengkuk bagi mengurangkan impak terhadap ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor. Laluan dengan jambatan paling tinggi ini dibina merentasi kawasan hutan tebal yang merupakan habitat pokok Giam Kanching, sejenis spesis pokok unik yang tidak terdapat di mana-mana hutan di seluruh dunia disebabkan itu, setiap batang pokok ini ialah khazanah negara yang perlu diselamatkan dan dijaga sehabis baik daripada ditebang. Sebenarnya, pembinaan lebuh raya jalan pintas Rawang ini terpaksa ditangguhkan selama 2,132 hari (hampir enam tahun) berikutan prosedur kerja dan proses pihak ketiga yang berada di luar bidang kuasa JKR. Pemandangan Jambatan Rawang ByPass yang siap dibina. Projek Jalan Pintas rawang yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) ini sepatutnya siap dibina pada tahun 2008 ,projek pembinaan lebuh raya empat lorong Jalan Pintas Rawang ini bermula pada 16 Julai 2005 dan dijangka siap pada 12 Januari 2008 dengan kos permulaan RM203.47 juta. Bagaimanapun, beberapa Perjanjian Tambahan ditandatangani termasuk peruntukan khas untuk perubahan harga tenaga kerja kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal telah memanjangkan projek dari 15 Disember 2011 hingga 17 April 2015 dengan kos tambahan sebanyak RM390 juta. Pemanduan di Rawang Bypass bakal memberi pengalaman yang unik kepada pengguna jalan raya apabila berada separas puncak pokok atau lebih tinggi. BNM Keluarkan Duit Baru sempena 60 Tahun Persekutuan Tanah Melayu uala Lumpur ,15 Disember 2017- -Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Wang kertas peringatan ini dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Wang kertas ini memperingati Ulang Tahun ke-60 upacara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Wang kertas peringatan ini merupakan tanda penghormatan terhadap sumbangan Majlis (kemudiannya dikenali sebagai Persidangan) Raja-Raja yang merintis jalan ke arah merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Perjanjian bertarikh 5 Ogos 1957 yang mengisytiharkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani antara pihak Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada K Raja-raja Melayu dari Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu dengan Sir Donald MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, yang mewakili Queen Elizabeth II. Perjanjian ini menjadi bukti perlembagaan yang bersejarah bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Reka bentuk wang kertas peringatan ini berdasarkan tema “Raja Payung Kedaulatan Negara”. Wang kertas peringatan ini adalah yang pertama dicetak oleh Bank Negara Malaysia menggunakan bahan substrat komposit, iaitu gabungan substrat polimer dan kertas yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi dan jangka hayat yang lebih panjang. Wang kertas peringatan ini dicetak lebih besar, mengikut nilai muka wang tersebut. Singgahsana di-Raja dikelilingi potret 15 Yang di-Pertuan Agong yang bertakhta dari tahun 1957 sehingga kini tertera pada bahagian tengah wang kertas, melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan. Reka bentuk hadapan diilhamkan daripada lambang bulan sabit dan bintang pecah 14 Persekutuan yang tersemat pada Tengkolok Diraja. Reka bentuk bahagian belakang wang kertas peringatan ini memaparkan potret sembilan Raja-raja Melayu yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Kesemua wang kertas peringatan ini dihiasi dengan gambar tokoh-tokoh dan ciri-ciri penting yang berkaitan dengan GAMBARAN reka bentuk duit RM60 & RM600 yang dikeluarkan Bank Negara Malaysi. kemerdekaan. Pada bahagian kanan wang kertas ini terdapat bayangan laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan arkitek Kemerdekaan Tanah Melayu dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Terdapat empat mercu tanda penting yang dicetak pada latar belakang wang kertas ini: Istana Negara, Perdana Putra, bangunan Parlimen dan Istana Kehakiman yang masing-masing mencerminkan empat tonggak negara: Institusi Pemerintahan Beraja, Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.

10 | Lensa USIM TODAY Konvokesyen USIM keWajah-wajah gembira para graduan merakamkan kenangan manis sempena hari g Salah seorang graduan dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah turut menyelitkan kenangan bersama ibu bapanya. NILAI – Majlis Istiadat Konvokesyen USIM Ke-15 bertemakan Teknologi Islam dan sebanyak lima sidang yang berlangsung bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM turut dimeriahkan dengan penganjuran pesta konvokesyen dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik, program ilmiah, jualan dan pameran, konsert dan persembahan dari kumpulan nasyid terkenal serta sukan dan rekreasi yang bermula dari 18 hingga 23 November 2017. Seramai 2,562 graduan dan pecahannya adalah 86 orang penerima Doktor Falsafah; 149 orang penerima Sarjana; 64 orang penerima Diploma Siswazah dan 2,263 orang penerima Ijazah Sarjana Muda. Anugerah kecemerlangan turut disampaikan kepada graduan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikuSEBAHAGIAN graduan yang menerima skrol masing wan Tuanku Canselor USIM. Khaulah Mohamad Adi (tengah) merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam turut berkongsi kegembiraan bersama ibu bapanya.

-15 penuh bersejarah 11 | Lensa USIM TODAY graduasi mereka. -FOTO USIM lum. Antaranya, Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang), Anugerah Canselor dan Pingat Emas Naib Canselor. Anugerah khas lain adalah Augerah Khas Yayasan Tun Azmi, Anugerah Khas Malaysian Press Institute, Anugerah Khas Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Anugerah Khas Kecemerlangan Kaunseling, Anugerah Khas Kecemerlangan Muamalat Dato’ Dr. Abdul Halim Ismail, diikuti sebanyak 5 graduan penerima Anugerah Buku Universiti, 8 graduan penerima Anugerah Buku Fakulti dan 9 orang penerima Anugerah Buku Ko-Kurikulum. Hari bersejarah bagi graduan lebih bermakna dengan pertandingan yang dianjurkan. Muhammad Amzar Asyraf Sarikal Anuar, graduan Fakulti Pengajian Bahasa Utama yang mendapatkan graduan kelas pertama dalam Majlis Knvokesyen USIM ke-15 ng pada Majlis Konvokesyen USIM ke-15 di DeAntara penerima anugerah sempena Majlis Konvokesyen ke-15. Dari kiri Noor Shofiyyah Aiza Mohd Noor (Pingat Emas Naib Canselor), Khaulah Mohamad Adi (Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang), Nur Akma Mohd Dali (Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang), Hamid Abdullah Hamid Al-Balushi (Anugerah Canselor(Siswazah)), Mohd Ikmal Hakim Mohd Azman (Anugerah Canselor).

12| Mesej USIM TODAY emahami ilmu agama merupakan kewajipan atas setiap muslim dan muslimah. Rasulullah sallalahu ‘alaihi wassallam bersabda: M Bahana Fatwa Tanpa Ilmu 4 (tanpa ilmu) tentang syari’atNya, dan agamaNya.” [Catatan kaki kitab At-Tanbihat Al-Lathifah ‘Ala Ma Ihtawat ‘alaihi Al-‘aqidah Al-Wasithiyah, hal: 34, tahqiq Syeikh Ali bin Hasan, penerbit:Dar Ibnil Qayyim] Menuntut ilmu merukan kewajipan atas setiap muslim. [HR. Ibnu Majah no:224, dan lainnya dari Anas bin Malik. Dishahihkan oleh Syeikh Al-Albani] Dan agama adalah apa yang telah difirmankan oleh Allah di dalam kitabNya, Al-Qur’anul Karim, dan disabdakan oleh rasulnya di dalam Sunnahnya. Oleh karena itulah termasuk kesalahan yang sangat berbahaya adalah berbicara masalah agama tanpa ilmu dari Allah dan Rasul. Sebagai nasehat sesama umat Islam, di sini kami sampaikan di antara bahaya berbicara masalah agama tanpa ilmu: 1 Hal itu merupakan perkara tertinggi yang diharamkan oleh Allah. Alloh Ta’ala berfirman: 2 Berbicara tentang Allah tanpa ilmu termasuk dusta atas (nama) Allah. Allah Ta’ala berfirman: Berbicara tentang Allah tanpa ilmu merupakan sikap mengikuti hawa-nafsu. Imam Ali bin Abil ‘Izzi Al-Hanafi Rahimahullah berkata: “Barangsiapa berbicara tanpa ilmu, maka sesungguhnya dia hanyalah mengikuti hawa-nafsunya, dan Allah telah berfirman: Dan janganlah kamu mengatakan terhadapa apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. (QS. An-Nahl (16): 116) Berbicara tentang Allah tanpa ilmu merupakan kesesatan dan menyesatkan orang lain. Rasulullah sallalahu ‘alaihi wassallam bersabda: 3 Katakanlah: “Rabbku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak maupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa saja yang tidak kamu ketahui (berbicara tentang Allah tanpa ilmu)” (Al-A’raf:33) Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz Rahimahullah berkata: “Berbicara tentang Allah tanpa ilmu termasuk perkara terbesar yang diharamkan oleh Allah, bahkan hal itu disebutkan lebih tinggi daripada kedudukan syirik. Kerana di dalam ayat tersebut Allah memberitahu perkara-perkara yang diharamkan mulai yang paling rendah sampai yang paling tinggi. Dan berbicara tentang Allah tanpa ilmu meliputi: berbicara (tanpa ilmu) tentang hukum-hukumNya, syari’atNya, dan agamaNya. Termasuk berbicara tentang nama-namaNya dan sifat-sifatNya, yang hal ini lebih besar daripada berbicara Dan siapakah yang lebih sesat dari pada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun (Al-Qashshash:50)” (Kitab Minhah Ilahiyah Fii Tahdzib Syarh Ath-Thahawiyah, hal: 393) 5 Berbicara tentang Allah tanpa ilmu merupakan sikap mendahului Allah dan RasulNya.Allah berfirman: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (QS. Al-Hujuraat: 1) Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu dari hamba-hambaNya sekaligus, tetapi Dia akan mencabut ilmu dengan mematikan para ulama’. Sehingga ketika Allah tidak menyisakan seorang ‘alimpun, orang-orang-pun mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh. Lalu para pemimpin itu ditanya, kemudian mereka berfatwa tanpa ilmu, sehingga mereka menjadi sesat dan menyesatkan orang lain. (HSR. Bukhari no:100, Muslim, dan lainnya) Hadith ini menunjukkan bahawa “Barangsiapa tidak berilmu dan menjawab pertanyaan yang diajukan kepadanya dengan tanpa ilmu, dan mengqias (membandingkan) dengan akalnya, sehingga mengharamkan apa yang Allah halalkan dengan kebodohan, dan menghalalkan apa yang Allah haramkan dengan tanpa dia ketahui, maka inilah orang yang mengqias dengan akalnya, sehingga dia sesat dan menyesatkan. (Shahih Jami’il Ilmi Wa Fadhlihi, hal: 415, karya Al-Hafizh Ibnu Abdil Barr, diringkas oleh Syeikh Abul Asybal Az-Zuhairi) Syeikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rohimahulloh berkata: “Ayat ini memuat adab terhadap Allah dan Rasulnya, juga pengagungan, penghormatan, dan pemuliaan kepadanya. Allah telah memerintahkan kepada para hambaNya yang beriman, dengan konsekuensi keimanan terhadap Allah dan Rasulnya, iaitu: menjalankan perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-laranganNya. Dan agar mereka selalu berjalan mengikuti perintah Allah dan Sunnah Rasulnya di dalam seluruh perkara mereka. Dan agar mereka tidak mendahului Allah dan Rasulnya, sehingga janganlah mereka berkata, sampai Allah berkata, dan janganlah mereka memerintah, sampai Allah memerintah”. (Taisir Karimir Rahman, surat Al-Hujurat:1) Orang yang berbicara tentang Allah tanpa ilmu menanggung dosa-dosa orang-orang yang dia sesatkan. Orang yang berbicara tentang Allah tanpa ilmu adalah orang sesat dan mengajak kepada kesesatan, oleh karena itu dia menanggung dosa-dosa orang-orang yang telah dia sesatkan. Rasulullah sholallohu ‘alaihi wassallam: 6 Allah Ta’ala berfirman: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta untuk dipertanggungjawabkan. (QS. Al-Isra’ : 36) Setelah menyebutkan pendapat para Salaf tentang ayat ini, imam Ibnu Katsir Rahimahullah berkata: “Kesimpulan penjelasan yang mereka sebutkan adalah: bahwa Allah Ta’ala melarang berbicara tanpa ilmu, yaitu (berbicara) hanya dengan persangkaan yang merupakan perkiraan dan khayalan.” (Tafsir Al-Qur’anul Azhim, surat Al-Isra’:36) .Orang yang berbicara tentang Allah tanpa ilmu termasuk tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan. Syeikh Hafizh bin Ahmad Al-Hakami menyatakan: “Fashal: Tentang Haramnya berbicara tentang Allah tanpa ilmu, dan haramnya berfatwa tentang agama Allah dengan apa yang menyelisihi nas-nas”. Kemudian beliau membawakan sejumlah ayat Al-Qur’an, di antaranya adalah firman Allah di bawah ini: 8 Barangsiapa menyeru kepada petunjuk, maka dia mendapatkan pahala sebagaimana pahala-pahala orang yang mengikutinya, hal itu tidak mengurangi pahala mereka sedikitpun. Dan barangsiapa menyeru kepada kesesatan, maka dia mendapatkan dosa sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikutinya, hal itu tidak mengurangi dosa mereka sedikitpun. (HSR. Muslim no:2674, dari Abu Hurairah) 7 .Berbicara tentang Allah tanpa ilmu akan dimintai tanggung-jawab. Oleh: Nurusshaadah Md Khair usimtoday@gmail.com Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (QS. 5:44)

13 | Mesej USIM TODAY MEMBACA T ahap ilmu manusia merupakan asas dalam kehidupan manusia yang seringkali menjadi persaingan sama ada masyarakat dalam lingkungan komuniti yang kecil mahupun dalam komuniti global. Tahap ilmu manusia lazimnya seringkali dikaitkan dengan aktiviti pembacaan yang berupaya meningkatkan tahap ilmu dalam pelbagai lapangan ilmu. Kepentingan membaca juga dibuktikan melalui perintah pertama yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w iaitu menyuruh baginda membaca. Dengan membaca manusia mampu untuk meneroka ilmu duniawi mahupun dunia akhirat. Membaca bukan sahaja berupaya meningkatkan tahap keilmuan malah memberikan kesedaran kepada kita kebesaran alam pencipta dalam segenap lorong kehidupan kita. Sejarah kegemilangan Islam telah memperlihatkan bahawa tamadun keilmuan telah bertapak dalam sejarah keagungannya. Perkembangan ilmu pengetahuan telah melahirkan tokoh-tokoh cendekiawan terulung antaranya Imam Syafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam al-Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Rusydi. Tokoh-tokoh tersebut telah mewariskan dengan pelbagai bidang keilmuan. Pengetahuan akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa menerusi pelbagai aktiviti yang menghasilkan kepada penciptaan pengetahuan baru. Suatu usaha harus digerakkan untuk menambah dan memperkembangkan ilmu pengetahuan. Cara yang terbaik adalah dengan membudayakan amalan membaca. Manusia berilmu selalunya dikaitkan dengan insan berbudaya membaca. Membaca merupakan asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan. Membaca juga adalah dengan memperhatikan isi sesuatu yang bertulis atau bercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Melalui amalan membaca individu dapat menjadikan dirinya sebagai sumber rujukan sama ada kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain. Membaca merupakan suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda sama ada melalui bahan-bahan bercetak atau media elektronik. Deria dan minda yang dicerna dengan ilmu pengetahuan hasil pembacaan akan menjana kehidupan manusia yang sentiasa inginkan perubahan. Ilmu yang diperolehi akan merangsang minat dan naluri untuk menambah ilmu pengetahuan yang lain seterusnya akan terbentuk satu budaya membaca di kalangan masyarakat. Selain itu, membaca merupakan amalan yang penting dalam hidup manusia kerana pembaca dapat memperoleh maklumat dan ilmu yang dapat di gunakan pada masa hadapan. Dalam proses mendapatkan maklumat, pengetahuan perlu bagi tujuan memahami sesuatu bahan bacaan. Pembaca kadang-kala membaca tanpa berfikir atau memahami sebahagian daripada mesej yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut. Amalan membaca memang telah disedari mengenai kepentingannya oleh semua golongan sama ada pemimpin politik, ibu bapa, pendidik, pentadbir, masyarakat pelajar amnya. Membaca adalah suatu kegiatan yang amat penting dalam kehidupan manusia dan boleh membangunkan sesuatu masyarakat dari segi intelektual serta membentuk pemikiran kreatif dan dinamis. Maka, tidak hairanlah jika ungkapan “Membaca Jambatan Ilmu” sering kali di gunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam mencari ilmu pengetahuan. Napoleon Bonarparte, raja Perancis yang menaiki taktha pada 1799 pernah berkata: “Sesiapa yang membaca dan mengamalkan apaapa yang dibacanya, akan dapat memerintah dunia.” Selain itu, membaca di peringkat universiti memerlukan pembaca menggunakan strategi metakognisi yang merupakan kebolehan menguruskan pembelajarannya sendiri. Pembaca perlu berfikir akan gaya pembelajaran mempunyai interaksi dengan teks yang dibaca sehinggakan strategi yang digunakan dapat membantu pembaca berhadapan dengan cabaran yang JAMBATAN ILMU lebih hebat apabila membaca bahan akademik. Membaca teks akademik atau bahan ilmiah bukanlah proses yang mudah. Untuk membaca dengan lebih baik, pembaca perlu menggunakan strategi membaca yang boleh membantu memudahkan proses membaca. Hal ini adalah kerana teks akademik mementingkan pemahaman aras tinggi maka pembaca sewajarnya sudah dapat mengagak kesukaran yang bakal dihadapinya. Justeru itu, seseorang pembaca itu dapat mengetahui perkara-perkara baru, mendalami sesuatu ilmu, memperjelaskan lagi sesuatu perkara yang kurang difahami dan sebagainya melalui pembacaan. Seterusnya dengan ilmu itu juga pembaca dapat menggunakannya dalam pelbagai aspek kehidupan seperti dalam pembelajaran dan aktiviti harian mereka. Oleh itu, membaca boleh dikatakan sebagai satu amalan yang dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan mematangkan pemikiran seseorang pembaca. Tuntutlah Ilmu Disaat Kamu Miskin, ia akan menjadi hartamu. Disaat Kamu Kaya ia akan menjadi Perhiasanmu - Luqmanul Hakim - Oleh: Nurusshaadah Md Khair usimtoday@gmail.com

14 | Soal Jawab USIM TODAY POLITIK dalam KAMPUS ? PROFIL Pemilihan majlis perwakilan pelajar sesi 2017/2018 masih hangat dibacarakan malah menjadi topik utama dalam isu percakapan semasa oleh mahasiwa mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia(USIM). Kupasan dan bual bicara ini adalah untuk menerangkan dan membincangkan tentang sedikit sebanyak penerangan politk dalam kampus dan juga untuk membuka mata mahasiswa mahasiswi dalam tentang pemahaman dan kepentingan politik dalam kampus. Bagi mendapatkan penerangan yang lebih lanjut politik dalam kampus, saya telah memilih Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar 2017/2018, Khairunnashiriah Binti Mohd. Bersama Khairunnashiriah: SOALAN : Sebagai pemegang timbalan yg dipertua majlis perwakilan pelajar sesi 2017/2018, boleh terangkan sedikit tentang sejauh mana kepentingan politik dalam kampus? JAWAPAN : Menyentuh tentang politik dalam kampus, yang pasti dan terutama sekali ialah sesi pilihan raya dalam memilih tampuk kepimpinan tertinggi iaitu majlis perwakilan pelajar. Menyebut tentang kepentingannya, tidak lain dan tidak bukan ialah untuk timbulkan sifat tanggungjawab pada kita sebagai mahasiswa untuk memilih kepimpinan pada zaman kita ini. Oleh sebab itu, pilihan raya ini dilakukan secara demokrasi bukannya bentuk autoraksi dan sebagainya. Di samping ingin menyedarkan mahasiswa akan kepimpinan yang mereka naikkkan adalah hasil kepercayaan dan sokongan mereka dan bukannya pemilihan itu dilakukan hanya untuk perebutan kuasa sahaja. SOALAN : Apakah kesan politik dalam kampus terhadap mahasiwa? JAWAPAN : Politik dalam kampus itu sendiri lebih kepada persediaan untuk kita berhadapan realiti di luar sana , sebagaiman kita tahu dan sedia maklum memang dalam ketetapan sistem demokrasi dalam negara kita yang mana setiap paling maksimum selama lima tahun akan menukar tampuk kepimpinan melalui pilihan raya sebagai persediaan PRU di luar sana, persediaannya memang tidak dapat tidak bermulanya dari universiti itu sendiri. Kiranya proses ini sama dengan apa yang berlaku di universiti itu dan proses inilah yang akan kita bawa di luar sana. Dari sudut nilai yang dapat kita terap ialah sifat tanggungjawab mahasiswa dalam memilih kepimpinan dan apabila kita sudah keluar dari universiti dimana umur kita sudah menjangkau 21 tahun keatas maka mahasiswa dapat membuat pilihan yang tepat. Kita juga mahu nilai ini diterapkan untuk memilih pemimpim negara bergantung pada sifat tanggungjawab mereka sebagai pengundi. SOALAN: Adakah politik dalam kampus menggalakkan persaingan? JAWAPAN: ya, memang politik dalam kampus menggalakkan persaingan, akan tetapi persaingan yang sihat yang mana lebih kepada ‘grooming’ diri sebagai pemimpin. Sebagai mana sedia maklum calon untuk MPP bukanlah sebarang calon. Calon-calon ini sudah diasah dan ada bakat dan kemampuan dalam menjalan kan tugas. Ini juga satu platform untuk para calon dalm menonjolkan diri dan mengasah bakat pada diri untuk diberi kepercayaan untuk menerajui uni. Menyentuh tentang persaingan, Universiti Sains Islam Malaysia merupakan satu universiti yang mengamalkan persaingan secara sihat dan harmani yang mana tidak berlaku sebarang perbalahan dan lebih menggalakkan untuk berkempen secara aman. SOALAN: Boleh jelaskan, yang dikatakan persaingan yang harmoni dalam proses kempen. JAWAPAN: Harmoni dalam persaingan lebih kepada proses kempen yang mana tidak berlaku perbalahan antara puak dan tidak melibatkan kapisiti kumpulan. USIM sendiri meletakkan peraturan yang mana melarang bertanding atas kapasiti kumpulan . Jika ada disyaki atau didapati bertanding atas dasar kapisiti kumpulan maka akan terus dibatalkan dalam penyertaan calon pilihanraya. Untuk pengetahuan saudari juga, USIM merupakan universiti terbaik dalam membawakan pengurusan pilihanraya kampus malah sistem peratusan mengundi naik sebanyak 1%. SOALAN: Apakah kesan negatif dan positif politik dalam kampus? JAWAPAN: Kesan positif politik dalam kampus ialah lebih kepada melatih diri para pemegang tampuk kepimpinan. Mahasiswa juga mendapat kesannya iaitu dapat bersama menjayakan tampuk pemerintahan dari segi pemberian idea dan pendapat tentang gerak kerja MPP kepada para mahasiswa. Dari sudut kesan negatif yang boleh diambil secara keseluruhan ialah, akan wujud sifat mementingkan kumpulan dan dapat memecah belah pihak dan ini berlaku di university lain. Alhamdulillah USIM masih dalam keadaan harmoni ketika berkempen mahupun pada waktu mengundi. SOALAN: Apakah cabaran dalam politik dalam kampus? JAWAPAN: Dari pengalaman saya, cabaran yang utama ialah kekangan masa. Masa yang diberikan untuk berkempen lebih kurang tiga atau empat hari. Pengurusan masa sangatlah penting di samping menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar. Malahan cara kita untuk meyakinkan pelajar untuk memilih sebagai calon dalam mendokong tanggungjawab sebagai MPP.

15 | Soal Jawab USIM TODAY Hadi jadikan kekurangan pembakar semangat Oleh: Balqish Syauqi Syahid Bt. Mohammed usimtoday@gmail.com Nilai: “Orang tidak akan melihat kekurangan diri kita kalau kita berjaya” demikian kata Muhd Hadi Darus, 21. Kata-kata semangat yang diberikan seorang doktor ketika merawatnya, menjadi pembakar semangat orang kelainan upaya (OKU) kudung tangan dan kaki ini untuk belajar bersungguh-sungguh di samping dorongan keluarga, malahan beliau tidak pernah menyerah kalah dengan kekurangan yang dimiliki sebaliknya sentiasa bersikap positif untuk mampu mengecapi kejayaan seperti insan lain. Mahasiswa tahun tiga yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang, dilahirkan dengan mempunyai tangan, tetapi kecil dan tidak boleh digunakan. Kecacatan kedua-dua kaki pula menyebabkannya tidak boleh berdiri atau berjalan. Bagaimanapun, jiwa anak muda yang mesra dengan panggilan Hadi ini, besar. Kecacatan tidak dilihat sebagai kekurangan. Cabaran berlipat ganda Anak kelahiran Gua Musang, Kelantan berkata sebagai golongan kurang upaya (OKU) yang bergantung pada kerusi roda, kepayahan yang ditempuh sudah tentu berlipat kali ganda daripada rakan lain. Ketika orang yang normal boleh menggunakan tangan untuk menulis dan menaip komputer, beliau terpaksa bergantung kepada kaki untuk berbuat demikian. “Banyak cabaran yang perlu ditempuh namun syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan baik dengan sokongan ibu bapa, pensyarah dan rakan-rakan”. “Sebagai OKU, kita perlu yakin dengan kebolehan yang dianugerahkan dan percaya sentiasa ada jalan untuk berjaya. Jika diperhatikan tidak kurang insan seperti kami yang berjaya dalam pengajian dan menyumbang kepakaran dalam bidang masing-masing”, katanya ketika ditemu-ramah baru-baru ini. Lebih suka berdikari “Saya tidak rasa apa-apa. Sejak memasuki tadika pada usia lima tahun, saya sentiasa memotivasikan Berkat kesungguhannya, pelajar tahun 3 dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang juga pernah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 dengan keputusan 11A dalam kategori Calon Berkeperluan Khas (CBK), telah berjaya mendapat Anugerah Dekan untuk beberapa semester. Kejayaan beliau menjejakkan kaki ke universiti menyebabkan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menjadikan beliau sebagai ikon dan sering dijemput menyampaikan ceramah motivasi. Penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun 2012 ini gemar bersemuka dengan diri bahawa diri ini sama seperti orang lain. Apa orang lain boleh buat, saya juga boleh buat,” katanya ketika ditemui di USIM. Anak kedua daripada lima beradik itu mula bertekad untuk berdikari ketika di Tingkatan Tiga apabila Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sungai Tiang di Pendang, mengadakan satu perkhemahan selama dua hari satu malam. Beliau yang sejak kecil hidup dalam zon selesa bersama keluarga, memohon untuk menyertai program itu semata-mata untuk mengetahui sama ada dia boleh hidup sendirian tanpa bantuan keluarga. “Ketika perkhemahan itu, segala-galanya saya lakukan sendiri dengan bantuan kawan. Perkara yang kecil dan mudah bagi orang lain seperti memakai baju adalah amat sukar bagi saya. Alhamdulillah, saya berjaya melalui perkhemahan itu dengan baik,” katanya. Ini menguatkan keyakinan diri Hadi bahawa sudah sampai masa untuknya hidup berdikari dan selepas mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), memohon tinggal di asrama apabila memasuki Tingkatan Empat di SMKA Kedah di Alor Setar. Kejayaan demi kejayaan pelajar dan berkongsikan pengalaman suka duka beliau sepanjang mengharungi kehidupan sebagai seorang mahasiswa. “jika saya sebagai Orang Kelainan Upaya(OKU) boleh berjaya, pelajar lain yang normal juga pasti boleh berjaya.” katanya yang setakat ini telah menyampaikan lebih daripada 20 ceramah motivasi di beberapa buah sekolah dan institusi pengajian awam. Ketika ditanya apakah rahsia kejayaannya? Jawapan beliau yang merupakan Naib Johan I-MAC( (Pertandingan Motivator Muda 2017) itu mudah, iaitu untuk mendapat keberkatan, termasuk ketika menuntut ilmu, perlu menjaga adab terhadap ibu bapa. “Dari segi perbuatan, kita perlu salam ibu bapa, jika tinggal di asrama perlu sentiasa hubungi mereka dan adab bukan hanya dari segi ucapan dan perbuatan, anak perlu mendoakan kebaikan terhadap ibu bapa,” katanya yang tidak pernah lekang dengan senyuman. Prinsip hidup dan idola Anak kedua daripada lima adik-beradik yang menulis menggunakan kaki kiri ini juga berkata salah satu perkara yang memberi inspirasi untuk berjaya adalah ketika di sekolah dahulu, timbul keinginan untuk menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi malahan sebenarnya beliau pernah bercita- cita menjadi seorang pakar sains dan Al-Quran seperti Dr. Danial bin Zainal Abidin. “Tiada perkara yang mustahil” menjadi pegangan dan prinsip hidupnya serta Hadi juga menjadikan tokoh akademik dan ekonomi, Allahyarham Prof Datuk Dr Ismail Md Saleh yang cacat penglihatan sebagai idola.Perjalanan Hadi di USIM masih panjang. Tempoh pengajian selama lima tahun baru bermula, tetapi beliau hendak membuktikan di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jika hendak seribu daya, jika tak hendak, seribu dalih. PROFIL

16 | Personaliti USIM TODAY Fazwanis kongsi pengalaman latihan industri di Turki PROFIL Nama: Nur Fazwanis bt Othman Umur: 25 Tahun Asal: Pulau Pinang Pengajian: Graduan Pengajian Quran dan Sunnah Adik-beradik: Anak ke-3 daripada 4 orang Hobi: Bermain catur Jawatan yang pernah disandang:1. Biro Akademik SPP 2. Pengerusi Jaksa Kolej Kediaman Sutera Indah 3. Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar 2015/2016 B erpeluang menjalani latihan industri di Istanbul Foundation for Science and Culture, Turki yang mendapat tajaan sepenuhnya selama tiga bulan, Nur Fazwanis Othman, 25 tahun, yang kini menamatkan pengajian beliau dalam bidang Pengajian Quran Dan Sunnah berkongsi pengalaman beliau sepanjang menjalani latihan industri di bumi Turki tersebut. Hasrat ingin menjalani latihan industri di luar negara akhirnya tercapai apabila beliau mendapat tawaran peluang tersebut di Turki selama 3 bulan. Fazwanis kini juga bergiat aktif sebagai konsultan dalam sebuah syarikat kecil iaitu My Giso Solutions, turut menceritakan pengalaman beliau sepanjang mengikuti pengajian di USIM. Bermula dari tahun satu di USIM, Fazwanis telah aktif dengan persatuan dalam Sekretariat Perhubungan Pelajar sebagai Biro Akademik, seterusnya sebagai pengerusi Jaksa Kolej Kediaman Sutera Indah ketika beliau tahun dua dan akhirnya ditaklif sebagai Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2015/2016. Fazwanis anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, membahagikan masa belajar dengan persatuan bukanlah satu perkara yang mudah. Pengalaman latihan industri. Sering kali kita dengar bahawa pengalaman dapat mematang fikiran seseorang. Bagi Fazwanis, pengalaman banyak membentuk diri beliau dari segi pengurusan. Jelas beliau ketika ditemuramah, “semasa membuat permohonan latihan industri luar negara, bukan negara Turki sahaja yang dimohon, malah ada beberapa buah negara lagi antaranya Australia, Maldives, dan Brunei.” Semasa berada di bumi Turki, banyak perkara yang beliau belajar dan dapat merasai budaya orang Turki itu sendiri. Walaupun pada mulanya bagi Fazwanis sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran disana sehingga beliau pernah demam, namun beliau menggangap ianya sebagai satu cabaran yang kecil. Berjalan kaki dari tempat penginapan ke tempat belajar bukanlah perkara asing bagi Fazwanis kerana beliau menyifatkan rutin tersebut ialah salah satu budaya orang Turki di sana. Tempoh 4 Tahun di Usim adalah tempoh persediaan bagi Fazwanis untuk menjalani latihan industri di luar negara yang mana beliau menegaskan tentang pentingnya pengurusan masa bagi seorang mahasiswa. Bercerita lebih tentang pengalaman ketika berada di Turki, beliau menegaskan bahawa bukanlah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sahaja yang diambil kira malah ‘soft skill’ juga jauh lebih penting dan banyak membantu Fazwanis disana. Tips untuk mahasiswa. Prinsip dalam hidup ialah “Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan faqihkan ia dalam masalah agama (ini).” Bagi Fazwanis, sebagai mahasiswa yang beragama Islam, hubungan dengan Allah adalah lebih utama. Cuba amalkan solat di awal waktu dan lazimi solat sunat Dhuha. Selain itu, sentiasa jaga hubungan yang baik dengan ibubapa. Tambah Fazwanis, walaupun sibuk dengan badan pelajar namun hubungan dengan ibubapa perlu dijaga agar kita dapat menghadapi urusan dengan tenang. “Kalau boleh setiap hari sedekahkan Al-fatihah untuk ibubapa kita, walaupun kita nampak ianya perkara mudah tapi kalau betul kita ingin kekuatan yang baik, cuba amalkannya.” Selain itu juga sebagai mahasiswa, perlulah bijak dalam menguruskan masa. Bagi Fazwanis, sepanjang 4 tahun di USIM bukanlah masa untuk beliau buang masa untuk perkara yang tidak berfaedah, malah juga masa tersebut penuh di isi dengan masa belajar dan persatuan. Tambah beliau lagi, sepanjang di bumi USIM juga, walaupun sibuk dengan komitmen persatuan, beliau tidak pernah ponteng kuliah. Perlu bijak utamakan sesuatu perkara agar masa kita akan lebih teratur. Pesan Fazwanis lagi, sebagai seorang pelajar pemakanan juga mestilah dijaga seperti pengambilan makanan segera dan ringan. “ Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan faqihkan ia dalam masalah agama.” Nur Fazwanis Bt. Othman Nur Fazwanis Othman bergambar kenangan bersama keluarganya, Othman Bin Mat Zin dan Rohani Binti Md Yaakob

17 | Santai USIM TODAY

18 | Sukan MALAYSIAN UNITED RUN DAPAT SAMBUTAN HANGAT DARIPADA MAHASISWA USIM TODAY Oleh: Nur Ainun Najla’ Binti Mohd Yatin usimtoday@gmail.com SEPANG, 19 November: Seramai 500 mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyertai larian Malaysian United Run (MUR) bertempat di Sepang Circuit,Selangor anjuran Institut Onn Jaafar dibawah nauangan Dato’ Hishamuddin Hussein Onn. Larian sejauh 5 kilometer itu disertai lebih 40000 belia termasuk mahasiswa daripada lebih 60 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Swasta (IPTS) hari ini. Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn yang juga merupakan Menteri Pertahanan , berkata selain daripada mengeratkan lagi hubungan antara kaum dan pelbagai latar belakang, ianya juga bertujuan untuk meningkatkan semangat kesukarelwanan antara belia. IOJ adalah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang menyediakan bantuan sementara kepada golongan miskin dan terdedah dengan menggerakkan sukarelawan dari kolej dan universiti swasta dan awam tempatan. MUR 2017 adalah kempen yang menyeru kepada semua pelajar universiti dan kolej untuk bersatu dan berlari untuk tujuan yang mulia. MUR 2017 membawa tema ‘Let’s Light Up Our Children’s Future’, diiktiraf oleh Brand Laureate atas pencapaian Penyertaan Terbesar Belia Dalam Acara Larian yang bertujuan untuk memberi kepada golongan belia bahawa kepentingan menjaga kebajikan kanak-kanak sepertimana objektif pihak IOJ itu sendiri. Pada penganjuran pertama pada 2015, larian itu mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai Penyertaan Terbesar Pelajar Kolej dalam Larian Kempen Kesukarelaan. Khairunnisa’ Afiqah Binti Abu Hassan yang juga merupakan salah seorang belia yang menyertai larMalaysian United Run(MUR), lebih daripada 40 ribu belia membanjiri Litar Antarabangsa Sepang(SIC) menyertai larian amal sejauh 5 kilometer anjuran Institut Onn Jaafar. ian pada hari ini berkata ‘ belia yang hadir pada hari ini dapat merasakan suatu pengalaman yang tidak dapat dimana-mana kerana berkumpulnya membawa tujuan yang sama iaitu menyokong program.Seruan Dato’ Hishammuddin juga ada menekankan tentang aspek Staf USIM FC Juara Pertandingan Penalty Shootout Oleh: Mohammad Ikmal Fahmi Bin Mohd. Razif usimtoday@gmail.com NILAI, 18 November 2017 - Pertandingan futsal (Penalty Shootout) yang pertama kali dianjurkan sempena program CFest (Convocation Festival) diadakan di gelanggang futsal USIM dan sebanyak 25 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pasukan Staf USIM FC selaku johan pertandingan Penalty Shootout berjaya meraih hadiah wang tunai bernilai sebanyak RM 2,000. Manakala Kucalana FC selaku naib johan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 1,500. Tempat ketiga dan keempat masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 1,000 dan RM 500. Ketua pasukan Staf USIM FC, Mohamad Azizi Bin Mohamad Azmi yang bekerja sebagai penolong jurutera belia dalam berpartisipasi dalam aktiviti sebegini. Tambahan,selain meraikan program larian ini,terdapat pelbagai aktivIti menarik yang dijalankan.Larian yang dijalankan aka nada setiap ‘ checkpoint’ yang mana setiap checkpoint aka nada persembahan dalam kalangan belia yang memegang karier sebagai busker contohnya.Kami juga dihiburkan dengan artis tempatan seperti Dayang Nurfaizah,Caliph Buskers dan ramai lagi’, katanya. PASUKAN BOLA SEPAK USIM RAI BEKAS PEMAIN SESI 2016/2017 Oleh: Mohammad Ikmal Fahmi Bin Mohd. Razif usimtoday@gmail.com NILAI, 23 NovemberPasukan Bola Sepak USIM menganjurkan satu perlawanan persahabatan antara pemain sesi 2016 dan sesi 2017 bertempat di padang bola sepak Kompleks Sukan Tunku Najihah. Perlawanan Pasukan Staf USIM FC menerima hadiah daripada Mohd Afif Bin Mohd Nazri, pengarah program CFest di gelanggang futsal USIM. berkata “saya dan pasukan amat gembira dengan kemenangan ini kerana kami tidak menjangkakan bahawa pasukan kami akan layak ke final dan muncul selaku johan pertandingan ini.” Beliau yang juga berasal dari Selangor berkata, pasukan Staf USIM FC ini hanya dibentuk dalam tempoh masa satu minggu yang rata-rata pemainnya sudah mahir dalam permainan futsal ini. Tambah beliau lagi, pasukan yang baru dibentuk ini belum pernah menyertai sebarang kejohanan futsal secara berpasukan. Beliau juga berkata,”pasukan kami yang baru dibentuk dalam masa seminggu ini belum pernah mengadakan latihan bersama untuk menghadapi pertandingan ini kerana semua ahli pasukan ada komitmen masing-masing yang perlu diselesaikan”. Ujar Mohamad Azizi Bin Mohammad Azmi. yang berlangsung selama 90 minit itu diakhiri dengan keputusan seri iaitu 2-2 antara keduadua pasukan. mewakili manakala Pasukan berjersi putih pemain biru mewakili pemain junior. Jurulatih sepak USIM, Mohd. Rashidi Bin Mohd. Jamil berkata, “perlawanan ini diadakan senior pasukan berjersi pasukan bola persahabatan adalah bagi meraikan graduan-graduan bekas pemain pasukan bola sepak USIM dan berkongsi kegembiraan bersama serta untuk mengeratkan hubungan antara senior dan junior”. Beliau pemain juga berkata, “untuk tahun ini, pasukan bola sepak USIM hanya dapat mengadakan perlawanan persahabatan sahaja kerana tiada sebarang juga kejohanan bola sepak yang diadakan untuk tahun ini”. Beliau berharap, pasukan bola sepak USIM dapat menyertai kejohanan yang lebih besar seperti Liga IPT Negeri Sembilan yang akan diadakan pada tahun hadapan dan akan memberikan yang terbaik.

19 | Sukan USIM TODAY FBEAST PERTAHAN KEJUARAAN 2 TAHUN BERTURUT-TURUT Oleh: Mohammad Ikmal Fahmi Bin Mohd. Razif usimtoday@gmail.com NILAI, 22 0ktober – Fakulti Sains Teknologi dan Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (FBeaST) sekali lagi dinobatkan sebagai johan keseluruhan Kejohanan Olahraga Interfakulti (KOIF) bagi edisi 2017 dengan pungutan pingat keseluruhan sebanyak 19 pingat iaitu 7 emas, 5 perak dan 7 gangsa sekaligus mengekalkan kejuaraan mereka pada edisi kali ini. Penubuhan fakulti baharu iaitu Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (FKAB) yang digabungkan dengan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) membawa kepada singkatan FBeasT. Kejuaraan pasukan FBeaST di kejohanan kali ini merupakan kejuaraan kali kedua berturut-turut sejak tahun 2016 hingga 2017. Menurut Amiruddin Bin Azmi, salah seorang atlet FBeasT, berasa amat bangga dengan pencapaian pasukan FBeasT yang telah memegang tampuk kejuaraan dalam kejohanan interfakulti selama 2 tahun berturut-turut. “Ramai yang bertanya bagaimana FBeasT mengekalkan kejuaraan mereka dalam kejohanan interfakulti. Saya berpendapat keistimewaan yang ada pada atlet-atlet FBeasT ini adalah mereka mampu memberi komitmen yang tinggi dalam setiap pertandingan yang disertai. Mereka sanggup menghabiskan masa dan tenaga pada setiap petang untuk berlatih,” jelas Amiruddin. Menurut Amiruddin lagi, atlet-atlet yang akan mewakili FBeasT dalam kejohanan interfakulti ini juga perlu menjalani proses pemilihan terlebih dahulu sebelum layak mendaftarkan diri mewakili fakulti ke keKarnival Olahraga Interfakulti 2017: PLATFORM CUNGKIL BAKAT BARU Oleh: Mohammad Ikmal Fahmi Bin Mohd. Razif usimtoday@gmail.com NILAI, 20 OKTOBER – Kompleks Sukan Tunku Najihah dengan kerjasama Urusetia Sukan dan Rekreasi Pelajar (USRP) menganjurkan acara Kejohanan Olahraga Interfakulti (KOIF) yang berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Oktober 2017 yang terdiri daripada dua kategori iaitu kategori padang dan balapan melibatkan 800 peserta dengan mempertandingkan 36 acara serta turut disertai oleh pasukan jemputan U-16 dan terbuka bertujuan untuk mencari bakat baru dalam sukan olahraga di USIM seterusnya mewakili USIM di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Sebanyak 8 fakulti yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan olaharaga ini. Antaranya ialah Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Pusat Tamhidi (PT), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian (FMeD), Fakulti Sains Teknologi dan Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (FBeaST). Acara-acara olahraga yang dijalankan terdiri daripada 2 kategori iaitu kategori padang dan balapan dan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kategori kelas 1, kategori kelas 2 dan kategori terbuka. Untuk saingan kategori kelas 1, saingan melibatkan atlet-atlet Pusat Tamhidi dan atlet-atlet Tahun 1. Bagi saingan kategori kelas 2 pula melibatkan atlet-atlet Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4. Menurut Professor Dato’ Dr. Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor dalam ucapan perasmiannya, “Saya menaruh harapan yang tinggi dengan adanya kejohanan interfakulti seperti ini dapat mengcungkil bakat atlet-atlet baharu yang hebat dan dapat mewakili USIM ke peringkat yang lebih tinggi.” Acara-acara olahraga yang dijalankan terdiri daripada 2 kategori iaitu kategori padang dan balapan dan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kategori kelas 1, kategori kelas 2 dan kategori terbuka. Untuk saingan kategori kelas 1, saingan melibatkan atlet-atlet Pusat Tamhidi dan atlet-atlet Tahun 1. Bagi saingan kategori kelas 2 pula melibatkan atlet-atlet Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4. Antara acara padang yang mewakili kategori terbuka ialah acara lompat tinggi lelaki dan wanita, acara lompat jauh lelaki dan wanita, acara lontar peluru lelaki dan wanita, acara melempar cakera lelaki dan wanita, acara merejam lembing lelaki dan wanita dan 1500 meter lelaki dan wanita. Bagi acara balapan pula diadakan acara 100 meter lelaki dan perempuan kelas 1 dan 2, acara 200 meter lelaki dan perempuan kelas 1 dan 2, acara 400 meter lelaki dan perempuan kelas 1 dan 2, acara 800 meter lelaki dan perempuan kelas 1 dan 2, acara 4 x 400 m lelaki dan perempuan kelas 1 dan 2. johanan interfakulti. Proses pemilihan juga dilakukan dengan teliti untuk memastikan atlet yang dipilih benar-benar layak untuk setiap acara yang disertai. Tambah beliau lagi, atlet perlu mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental serta disiplin yang tinggi. Beliau juga berkata, disiplin yang tinggi dalam latihan amat membantu atlet-atlet FBeast beraksi dengan cemerlang dalam sukan interfakulti ini. Afiq Hazim Bin Hashim, atlet olahraga FBeasT berharap USIM dapat memperluaskan lagi peluang kepada atlet-atlet yang berbakat supaya dapat menonjolkan bakat mereka secara tidak langsung dapat menghasilkan pemilihan yang tepat. “Saya berharap pemilihan atlet bagi setiap fakulti dilakukan dengan lebih telus untuk kejohanan yang akan datang seperti MASUM ini kerana USIM memerlukan atlet yang mampu memberi persembahan yang terbaik dalam kejohanan ini,” katanya. Dalam kejohanan interfakulti pada tahun ini, FBeasT berjaya meraih 7 emas, 5 perak dan 7 gangsa. Antara acara yang berjaya merangkul pingat emas ialah acara 4x100 meter berganti wanita kelas 1, 800 meter wanita, 4x100 meter berganti lelaki, lompat jauh lelaki, rejam lembing wanita, lontar peluru wanita dan lempar cakera wanita. Acara 200 meter wanita, 800 meter lelaki, lompat jauh wanita, lontar peluru wanita dan lempar cakera wanita berjaya memperoleh pingat perak manakala pingat gangsa diperoleh dalam acara 200 meter wanita, 400 meter lelaki, 800 meter lelaki, 4x 100 meter wanita dan rejam lembing lelaki. Mohammad Syafie dinobat sebagai ‘Raja Pecut’ USIM sempena Karnival Olahraga Interfakulti 2017 NILAI, 20 OktoberPemenang pingat emas acara 100 meter Kelas 2, Mohammad Syafie Bin Mohd Ridhuan (gambar), pelajar Tahun 3, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan berkata, interfakulti amat “Sukan olahraga bagus dalam memupuk semangat kesukanan dan ukhuwah para pelajar dapat membina di samping semangat jati diri para pelajar”. Beliau yang juga merupakan atlet acara 100 meter pecut USIM berkata, beliau mengambil masa selama lebih kurang 2 tahun untuk berlatih sebagai persediaan untuk menyertai kejohanan yang akan dianjurkan dalam masa terdekat. Menurut beliau, mengharapkan USIM kekurangan jurulatih dalam bidang sukan olahraga. USIM dapat menyediakan barisan jurulatih yang akan ko-kurikulum datang. olahraga di USIM pada masa “Walaupun saya tidak berapa sihat, saya masih dapat mencatatkan keputusan yang baik,” katanya ketika ditemui. Sebanyak 8 fakulti yang mengambil telah dan bahagian dalam kejohanan olaharaga ini. Antaranya ialah Fakulti Syariah undang Undang(FSU), Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Pusat Tamhidi (PT), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Fakulti dan Pergigian (FMeD), Kejuruteraan Fakulti Sains Teknologi dan Fakulti Alam Bina (FBeaST). sukan olahraga dan dapat mewujudkan Justeru, beliau agar pihak untuk Syafie dinobat ‘Raja Pecut’ USIM

OKT-NOV 2017 | ISU 7, VOL. 1 2017/2018 | usimtoday@gmail.com | ISSN 2600-7754 Sukan Syafie dinobat ‘Raja pecut’ USIM 2017 Staf USIM FC Juara Penalty-Shoot Out M/S 18 M.U.R dapat sambutan hangat M/S 18 Kejohanan Olahraga Interfakulti 2017 FBEAST Kekalkan Kejuaraan >> M/S 19 Timbalan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan (tengah) bergambar bersama atlet-atlet pasukan FBEAST dalam Kejohanan Olahraga Interfakulti 2017. Laporan Mohd Ikmal Fahmi Mohd Razif NILAI, 20 OKTOBER - Fakulti Sains Teknologi dan Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (FBeaST berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun lepas selepas dinobatkan sebagai johan keseluruhan Kejohanan Olahraga Interfakulti (KOIF) bagi edisi 2017 Kejayaan FBeasT dalam mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi kali ini merupakan rekod baharu dalam kejohanan olahraga interfakulti kerana merupakan pasukan pertama yang berjaya menjuarai kejohanan tersebut sebanyak dua kali berturut-turut. BERITA DI MUKA 19

1 Publizr

Index

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
Home


You need flash player to view this online publication