20

SUKAN KOIF cungkil bakat-bakat baharu OLEH : WAN NUR FATIHAH BINTI WAN FAUZI NILAI – Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Inter Fakulti (KOIF) pada 21 dan 22 Oktober 2017 bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM bertujuan untuk mencungkil bakatbakat baru dalam kalangan mahasiswa/i USIM sebagai persediaan bagi menggalas cabaran ke Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), khususnya dalam sukan olahraga. KOIF USIM 2017 ini telah disertai oleh lebih 500 orang peserta diwakili oleh pasukan utama daripada 9 buah fakulti termasuklah Pusat Tamhidi dan Permata Insan. Pelbagai acara telah dipertandingkan bagi meraih pingat emas antaranya ialah lompat jauh, lempar cakera, lompat tinggi, lontar peluru NUR FARAHAIN lawan yang diwakili oleh Fakulti Syariah Undang-Undang (FSU) tidak kurang hebatnya dan merupakan saingan sengit kepada saya. Saya juga tidak Peserta KOIF bergambar bersama Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor USIM selepas acara berakhir. Foto kredit : USIM e-Gallery. dan juga acara balapan seperti pecut 100 m, 4x400m dan banyak lagi. Menurut Nur Farahain binti Nordin, sukarelawan yang bertugas pada temasya sukan tersebut, tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi semangat kesukanan yang terdapat dalam diri mahasiswa/i USIM disamping membina mereka. SITI HAIDA ukhuwah antara “KOIF ini diadakan adalah untuk melahirkan semangat kesukanan dalam diri mahasiswa/i USIM serta berupaya meluaskan dan memantapkan lagi kerana kemahiran dalam sukan olahraga. Hal ini sukan olahraga adalah berbeza dengan sukan-sukan yang lain seperti sukan bola jaring, bola sepak, badminton dan seumpamanya,” katanya. Menerusi KOIF ini, sebanyak 27 rekod telah dapat dipecahkan, antaranya ialah acara lompat tinggi dan lontar peluru. Siti Haida binti Mohd Asri, peserta yang mewakili Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) telah memenangi pingat emas dalam acara lompat tinggi sekaligus memecahkan rekod sebelum ini. “Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan tidak menyangka akan kemenangan ini kerana pihak Bubble Run tarik minat orang luar OLEH : NIK ZUHASNIETA BINTI NIK YAACOB NILAI – Seramai 540 orang peserta menyertai Acara Spectrum Bubble Dash Run yang dianjurkan oleh pelajar tahun 4 Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) bersempena dengan Konvensyen Keusahawanan Islam kali ke-13 (iCEPS13) pada 8 Oktober 2017 bermula pada pukul 8 pagi bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Menurut saudara Mohamad Fazrin bin Mohd Faizi, Urusetia Acara Spectrum Bubble Dash Run, acara tersebut telah mendapat sambutan hangat dan diluar jangkaan kerana jumlah peserta yang turut serta melebihi sasaran. Tujuan acara ini diadakan adalah untuk menarik minat orang luar mengenali USIM dengan lebih dekat serta mengisi masa lapang mahasiswa/i USIM dengan program yang bermanfaat. “Kami tidak menjangkakan jumlah peserta yang turut serta melebihi sasaran yang dirancang. Sasaran kami hanyalah 500 orang sahaja tetapi peserta yang mendaftar adalah seramai 540 orang. Saya menganggarkan bahawa 100 orang daripadanya adalah orang luar (bukan pelajar atau kakitangan USIM) dan selebihnya adalah pelajar USIM,” katanya ketika ditemui. Selain itu, setiap peserta dikenakan yuran bayaran sebanyak RM39. Mereka diberikan sehelai t-shirt seragam, pingat, sijil, buih sabun dan serbuk pewarna. Pelbagai golongan masyarakat dan peringkat umur turut serta melibatkan diri dalam acara tersebut seperti golongan kanakkanak, remaja, warga emas, malahan ada juga yang hadir bersama keluarga dan kawan-kawan. Nur Alifah Ilyana binti Ahmad, salah seorang peserta daripada Universiti Teknologi Mara (UITM) Seremban berkata acara ini sangat menyeronokkan dan Peserta Spectrum Bubble Dash Run begitu ceria meneruskan larian sejauh lima kilometer sambil bermain buih sabun. Foto kredit : USIM e-Gallery. beliau begitu teruja dapat menyertai acara ini. “Saya menyangka acara ini sangat menyeronokkan kerana ini adalah kali pertama saya menyertainya. Tambahan pula, saya menyertai acara ini bersama 8 orang rakan saya yang lain dan nampaknya mereka juga berpuas hati dengan acara ini. Jika acara seperti ini akan diadakan tidak pada masa akan datang, saya tidak akan ketinggalan untuk melibatkan diri sekali lagi,” ujarnya. Acara ini berakhir lebih kurang pada pukul 11 pagi. Semua peserta yang hadir rata-rata berpuas hati dan sangat gembira kerana dapat melibatkan diri dalam acara ini. menjangkakan yang saya boleh memecahkan rekod sebelum ini.”katanya. Majlis Penutup KOIF USIM 2017 ini dirasmikan oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, selaku Timbalan Naib Canselor USIM. Fakulti Sains dan Teknologi (FST) telah mengungguli KOIF USIM 2017 sekaligus dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan juga juara bertahan sejak tahun 2015.

21 Publizr Home


You need flash player to view this online publication