2

2 SIDANG REDAKSI DEKAN Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Prof Madya Dr Mohd Radhi bin Ibrahim Fakulti Pengajian Bahasa Utama Prof Madya Dr Noor Azizi bin Ismail KETUA Program Komunikasi Dr Sofia Hayati bin Yusoff Program Bahasa Arab & Komunikasi Dr Wan Maharani bin Mohamad PENGARANG URUSAN Ainurliza Binti Mat Rahim EDITOR Mohd Helmy Hafizi Bin Mat Mim SEKSYEN BERITA Ketua Wam Nur Afiqah Binti Wan Zaihan Wartawan Mohd Amirul Hanief Bin Ibrahim Muhamad Sukri Bin Che Maghtar Muhammad Adib Fikri Bin Hashim SEKSYEN RENCANA Ketua Husna Najihah Zamalolaily Fatimah Syuhada Bt Mohd Yani Penulis Halimatus Sa’diah Binti Mukayat Nurshafinaz Ajla Binti Zulkifli SEKSYEN SUKAN Ketua Norasyikin Binti Noorun@Arbat Wartawan Nor Syazwani Binti Mohamad Saad Wan Nur Fatihah Binti Wan Fauzi Nik Zuhasnieta Binti Nik Yaacob PENYUNTING NASKHAH Ketua Nur Ain Zahirah Bt Zulkifli Nur Amelina Binti Mohd Walilah Penyunting Fatin Nor Hadhirah Bt Azman Nur Amanina Balqis Bt Sobri Nor Amirah Bt Yakob SEKSYEN FOTO & GRAFIK Penasihat Al Imran Grafik Ketua Muhammad Nurnaim Bin Mohd Said Jurugambar Nur Amirah Fazreen Bt Fauzi Noor Asikin Binti Mad Tarmizi Artis Grafik Wan Nur Azira Binti Wan Razali Nurul Husna Bt Abd Rahman Siti Najihah Binti Kammarsuddin USIM TODAY adalah hasil penerbitan pelajar tahun 3 komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan serta pelajar tahun 3 Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Ia diterbitkan dua kali setahun iaitu bagi semester 1 dan 2 pada setiap tahun pengajian. Kehidupan di kampus sekarang dilihat sangat merisaukan kerana kewujudan teknologi yang membuatkan mahasiswa lena dan terleka sehingga lari dari tujuan asal mereka berada di universiti. Mereka tidak mengutamakan ilmu sebagai budaya hidup. Jika adapun, ilmu hanya dijadikan sebagai memenuhi keperluan dan kepentingan materialistik. Bagi mereka menuntut ilmu di sekolah sehingga ke peringkat universiti, tujuan utamanya adalah tidak lain dan tidak bukan, untuk mendapatkan kerjaya yang hebat, gaji yang besar, rumah yang mewah, kenderaan yang mahal, kedudukan yang baik di dalam masyarakat dan sebagainya. Takrifan ilmu itu sendiri telah disalahertikan, ilmu yang sepatutnya menjadi petunjuk ke arah kebenaran, yang mengeluarkan manusia daripada kegelapan ke arah cahaya, ditukar untuk kepentingan individualistik dan materialistik. Tatkala barat sedang memperkenalkan aktif teknologi-teknologi baru, kita masih terhegeh-hegeh menghadam ilmu dan teknologi mereka.Silibus-silibus ilmu yang adapun kebanyakannya diimport dari barat.Walhal realitinya sumber barat itu, datangnya daripada ilmuwan-ilmuwan Islam satu ketika dahulu. alat untuk Ibnu Sina antara tokoh ilmuwan Islam Budaya lagi ilmu dipraktikkan, tidak perpustakaan kelihatan sunyi tak dikunjungi. Hal ini berbeza dengan dengan budaya ilmu yang diamalkan oleh ilmuwan-ilmuwan Islam ketika dahulu. Kita imbau dan lihat sejarah& realiti peristiwa untuk mengajak kita kembali melihat di manakah kedudukan sebenar kita di dalam penguasaan ilmu? Bukankah ilmu itu antara perkara yang sangat penting sekali dalam Islam. Namun, penguasaan kita jauh ketinggalan. Tidak kira, ilmu agama, kejuruteraan, fizik, biologi, kemanusiaan, sosial, seni, teknologi dan bermacam-macam disiplin ilmu yang ada di dunia ini, semuanya wajib dikuasai oleh umat Islam dan inilah yang akan mengeluarkan kita daripada belenggu kegelapan. Sudah tiba masanya kita mencorak kembali pemahaman kita terhadap ilmu, daripada tujuan materialistik dan kepentingan individu, kepentingan individu, kepada ibadah & amalan untuk akhirat.Adakah ilmu sains & teknologi yang kita belajar di universiti ini tiada kaitannya dengan Tuhan? Jawapannya, tidak. Yang menjadi masalahnya adalah mengapa kita tidak mengaitkan ilmu yg dipelajari itu dengan Ketuhanan dan Ketauhidan? ? Bukankah segala ilmu yang ada di muka bumi ini adalah hakmilik Allah SWT? Di manakah letaknya Tuhan tatkala kita mempelajari tentang tumbuh-tumbuhan? Di manakah letaknya Tuhan tatkala kita mempelajari tentang teori fizik dan biologi? dan dimanakah letaknya Tuhan tatkala kita mempelajari tentang ekosistem alam sekitar? Sudah tentu, jika pemahaman ini diubah, kita akan menjadi khalifah yang akan menguruskan alam ini berdasarkan ilmu yang dimiliki dan membantu mensejahterakan serta melestarikan alam.Kerana ilmu itu adalah satu amanah, bukannya alat. Kesimpulannya, kejayaan para ilmuwan Islam pada zaman dahulu adalah akibat daripada kesungguhan mereka dalam menggali dan mengembangkan ilmu serta budaya ilmu yang diserapkan pada jiwa mereka yang bersumber daripada penjiwaan terhadap Al-Quran & As-Sunnah.Semoga bermanfaat dan selamat beramal. Kembalikan budaya ilmu Islam Tinta Pengarang Mohd Helmy Hafizi bin Mat Mim Editor Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Terlebih dulu saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan izin-Nya USIM TODAY edisi ke-(17/18) dapat menemui pembaca khususnya warga USIM. Saya selaku ketua Penghargaan yang tidak ternilai ingin diberikan kepada ahli yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Kredit semestinya perlu diberikan kepada editor mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang bersam-sama bertungkus lumus meluangkan masa dan tenaga untuk menyiapkan hasil kerja ini. Diharapkan karya kami ini memberi kesan kepada para pembaca. mereka yang memberi bantuan dan dorongan sehingga dapat menjayakan penerbitan USIM TODAY ini. Saya mewakili krew penerbitan USIM TODAY memohon ampun dan maaf andai terdapat kelemahan dan kekurangan dalam kandungan terbitan kali ini. Saya berharap semua pembaca akan berpuas hati dan mendoakan kami semua berjaya dalam bidang yang diceburi ini. Sekian terima kasih.

3 Publizr Home


You need flash player to view this online publication