13

reNCaNa 13 PALESTIN MILIK UMAT ISLAM SEJAGAT OLEH: HALIMATUS SA’ADIAH BT MUKAYAT s eringkali muncul di kaca televisyen dan juga media sosial tentang isu-isu berkaitan penderitaan rakyat Palestin, Rohingya, Syria dan sebagainya. Kehidupan mereka dipenuhi dengan tangisan dek kerana kemusnahan tempat tinggal, kehilangan harta benda serta ahli keluarga akibat dibedil dan dibom oleh para tentera yang zalim. Menurut Tuan Haji Ahmad Noor Sulaiman, Penerbit Eksekutif Rancangan Halaqah Tv9, Palestin diibaratkan seperti jantung dunia, jika bergolak wilayah tersebut maka dunia sedang menuju ke fasa kehancuran. Terdapat satu hadis yang menceritakan bahawa tidak akan berlaku kiamat kecuali setelah berlakunya pergolakan di bumi Syam. Syam adalah sebuah wilayah besar yang menggabungkan empat Negara di bawahnya iaitu Jordan, Lubnan, Syria dan Palestin. Ianya dirakamkan di dalam Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang disebut sebagai ‘negara yang aman’. Di dalam hadis baginda, Iraq dipanggil sebagai ‘negeri fitnah’, Yaman dan Syam pula disebut sebagai ‘negeri barakah’, sementara Baitul Maqdis disebut sebagai ‘negeri syuhada’ kerana telah berlaku peperangan agama sejak sebelum zaman Nabi Muhammad S.A.W. Antara peperangan yang pernah berlaku di negara tersebut ialah perang antara Tholut dan Jalut, perang Syamm’un Al-Ghazi serta kisah Nebuchednizzar dan Titus (tentera Rom) menghancurkan kota Baitul Maqdis pada 70 Masihi lalu. Selain itu, Baitul Maqdis pernah berada di bawah penguasaan tentera Salib selama hampir 100 tahun. Bukan sahaja bantuan dari Malaysia, malahan bantuan dari negara-negara lain juga mengalami nasib yang sama apabila tidak dapat melepasi sempadan Israel. Sekiranya bantuan bernasib baik sampai ke dalam, itu pastinya setelah melalui pemeriksaan dan soal siasat yang sangat ketat. Diskriminasi seperti ini sungguh jelik kerana hak untuk rakyat Palestin mendapatkan bantuan dinafikan malahan seolah sengaja dibuat oleh Zionis Israel agar mereka terus-terusan berada dalam keadaan kesempitan. Dikhabarkan bahawa keperluan hidup yang asas seperti bekalan air bersih sahaja memerlukan pembiayaan kos yang tinggi jika ingin disalurkan kepada seluruh rakyat Palestin. Tidak cukup dengan itu, tanah kebun, ladang serta premis perniagaan juga tidak terkecuali daripada menjadi sebahagian rampasan rejim Zionis Israel. Keinginan untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa sememangnya sentiasa berada dalam perancangan mereka, seolah-olah tidak mahu berputus asa selagi tidak dapat menakluki Masjid Al- yang juga merupakan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam. Menurut Tuan Haji Ahmad Noor Sulaiman, umat Islam telah menderita di atas kerakusan rejim Zionis Israel selama hampir 75 tahun. Anak-anak Palestin seawal usia remaja telah terdedah dengan penculikan, pencabulan dan pembunuhan. Ada satu peristiwa yang pasti akan kekal berada dalam kotak ingatan mereka apabila berlakunya peristiwa Hari Tahanan Palestin di mana generasi muda ditahan pada usia belasan tahun dan hanya akan dibebaskan selepas berusia 30 tahun. Kehidupan mereka sewaktu berada dalam tahanan sangat menyedihkan. Mereka dipukul secara kuat dan bertalu-talu di kepala seolah-olah kilat yang menyambar, tidak kurang juga tendangan dan sepakan yang dilayangkan ke atas tubuh. Rejim Zionis itu juga sengaja menyeksa rakyat Palestin dan mahu mereka dibiarkan mati secara perlahan-lahan. Generasi muda Palestin telah berhadapan dengan polisi ini sejak tahun 1948 lagi. Hal tersebut telah diceritakan semula oleh seorang wartawan antarabangsa bernama Ziyad. Selain itu, kajian telah membuktikan bahawa serangan Zionis Israel terhadap Palestin pada tahun 2014 telah dianggap serangan yang paling dasyat. Beribu-ribu tan bom telah dilepaskan ke atas bumi Gaza yang hanya bersaiz 365 kilometer persegi dalam masa 51 hari. Seramai 2,251 rakyat Palestin telah terbunuh, termasuk 551 orang kanak-kanak. Menurut data perangkaan yang diterima daripada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 10, 000 orang telah mengalami kecederaan dan lebih 100, 000 orang yang lain kehilangan tempat tinggal mereka. Kewujudan tembok pemisah yang dibina sepanjang lebih 700 kilometer menjadikan rakyat Palestin seperti hidup terpenjara tanpa dapat berhubung dengan dunia luar. Israel menjadi semakin sombong apabila mereka telah dibekalkan dengan bekalan ketenteraan dan senjata oleh negara sekutunya iaitu Amerika Syarikat.Mereka juga melatih rakyatnya menggunakan senjata api dan hal tersebut seolah-olah menjadi lesen besar untuk mereka dengan mudah mempunyai kebenaran untuk membunuh rakyat Palestin. Mereka turut dilatih untuk menguasai alam siber dan kecanggihan peralatan teknologi supaya mereka dapat mempunyai keupayaan mengawal senjata dari jarak yang jauh. Walaupun diasak dan ditekan sebegitu hebat, rakyat Palestin tetap tidak akan mengalah. Mereka tetap bangun serta bangkit mempertahankan Islam dan tanah kelahiran mereka walau hanya dengan bersenjatakan batu dan laungan suara semangat “Allahu Akbar”. Sebagai saudara seakidah, menjadi kewajipan kita untuk bersatu dan saling membantu dalam isu ini. Tanah Palestin bukan sekadar milik rakyat Palestin sahaja tetapi lebih jauh dari itu, ia hakikatnya milik umat Islam seluruhnya. Kiriman doa yang berterusan daripada seluruh umat Islam menjadi kekuatan buat mereka agar terus diberi kekuatan mengharungi ujian dan dugaan yang dahsyat sebegini. Walaupun mungkin kita tidak berupaya untuk menghadirkan jasad dan fizikal kita untuk bersama mengangkat senjata di sana namun usaha untuk membantu tetap perlu dilakukan walau dengan sekecil-kecil perkara sebagai tanda kita cakna dan cinta kepada tanah suci itu. Sumbangan wang ringgit boleh dihulurkan melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia yang sememangnya banyak melakukan misi bantuan ke sana. Sebagaimana yang telah diingatkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita supaya jangan sesekali tidur dalam kekenyangan sedangkan ada saudara kita yang lain berada dalam kelaparan. Itu akan menjadi satu keaiban bagi kita sesama Muslim. Sumbangan wang ringgit boleh dihulurkan melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia yang sememangnya banyak melakukan misi bantuan ke sana. Sebagaimana yang telah diingatkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita supaya jangan sesekali tidur dalam kekenyangan sedangkan ada saudara kita yang lain berada dalam kelaparan. Itu akan menjadi satu keaiban bagi kita sesama Muslim. Krisis yang berlaku di Palestin adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan malahan perlu diangkat sebagai isu utama umat Islam pada hari ini. Segala perselisihan dan ketidaksefahaman pendapat sesama umat Islam dalam pelbagai perkara lain perlu diketepikan dan mencapai sebuah kata sepakat demi menyelamatkan tanah Palestin yang kita cintai ini. Semua lapisan masyarakat bermula seawal usia kanak-kanak di tadika sehinggalah kepada golongan warga emas perlu diberi pendedahan tentang isu Palestin bagi menyuntik kesedaran yang mendalam seterusnya membangkitkan keinginan dalam diri mereka untuk membantu saudara seagama di Palestin. Kerajaan sebagai autoriti yang paling besar bagi sesebuah negara juga perlu lebih agresif dalam memainkan peranan untuk mendidik rakyat Malaysia khususnya terhadap isu ini. Sekiranya semua umat Islam mampu berganding suara dan bersatu, pasti tidak mustahil tanah Palestin akan kembali berada dalam genggaman kita.

14 Publizr Home


You need flash player to view this online publication