7

M/S | 7 PENUNGGANG MOTOSIKAL TENDANG KON SUSAHKAN PENGGUNA JALAN RAYA Nenek sara enam cucu tarik perhatian pengguna Twitter Sebuah video yang menunjukkan seorang penunggang motosikal bertindak menendang kon yang diletakkan di jalan raya dengan sengaja menjadi tular. Penunggang tersebut telah menendang hampir kesemua kon yang diletakkan di sepanjang jalan. Kon-kon tersebut bertujuan untuk memisahkan laluan kontra yang biasa dibuka apabila kesasakan jalan raya. Video berkenaan tular menerusi sebuah akaun Facebook portal gaya hidup dan kejadian itu berlaku di sekitar Lebuhraya Cheras-Kajang Expressway, berdekatan Cheras Sentral. Perbuatan yang tidak bermoral itu dicemuh oleh pengguna laman sosial kerana ia bukan sahaja menyusahkan malah akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Kebanyakkan netizan yang sudah melihat video tersebut mahukan penunggang itu ditahan dan dikenakan tindakan sewajarnya, namun ia agak sukar kerana nombor pendaftaran motosikal berkenaan tidak dapat dilihat dengan jelas. Berdasarkan perbuatan penunggang yang tidak beretika itu, jelas menunjukkan bahawa pengguna jalan raya perlu menjaga hak pengguna yang lain dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai pengguna jalan raya, kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengganggu kerja penyelenggaran jalan raya walaupun dengan hanya mengubah tanda yang diletakkan pada tempat tersebut. Tindakan kurang bermoral itu bukan sahaja boleh menyebabkan kehilangan nyawa orang lain bahkan dirinya juga. Lelaki berkopiah pukau warga emas boleh dijadikan pelbagai azimat digunakan bagi memperdaya mangsa. Kuala Besut: Dua wanita mengaku bahawa mereka mejadi mangsa pukau dua orang lelaki sejak beberapa tahun lalu sama seperti yang berlaku di sekitar pekan Kuala Besut. Mereka berbuat demikian setelah mengesahkan video dua lelaki dipercayai sedang memukau seorang warga emas yang tular baru-baru ini adalah orang sama memukau mereka sebelum ini. Lelaki yang berkopiah itu berjaya melarikan barang kemas mangsa dengan menggunakan cara pukau. Taktik menjual batu permata yang Kejadian yang berlaku ini adalah perbuatan yang tidak patut berlaku dalam masyarakat hari ini. Hal ini kerana dengan menggunakan taktik kotor untuk kepentingan sendiri dan memilih wanita sebagai mangsa utama adalah perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan boleh dianggap sebagai jenayah. Imejnya yang berkopiah juga telah menimbulkan tanggapan buruk orang awam terhadap mereka yang berpakaian membawa imej Islam. Apabila kita berpakaian sedemikian perlulah menonjolkan sifat dan sikap yang baik sesuai dengan imej yang di bawa. Kehidupan seorang warga emas dikenali sebagai Tok Ummi yang menghadapi masalah kewangan telah berubah apabila menjadi tular. Setelah kematian suaminya 20 tahun yang lalu, dia tinggal bersama anak perempuannya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU), serta enam orang cucunya. Kisahnya telah ditular oleh seorang pengguna Twitter, Ariff Iman Anuwi apabila dia terserempak dengan tok ummi ketika wanita itu bersama cucunya sedang menolak sebuah troli penuh berisi tin untuk dijual. Dengan hasil jualan tin itulah dia menyara empat cucunya yang masih bersekolah disamping menerima bantuan kerajaan berjumlah RM 400 sebulan. Atas rasa simpati, Ariff memulakan kutipan wang untuk membantu Tok Ummi dan keluarga, perbuatannya itu turut mendapat perhatian dari ramai orang. Status itu menerima lebih 15,000 retweet dan kutipan wang yang berjaya dikumpul sebanyak RM2,230. Bukan itu sahaja, kisah Tok Ummi juga mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz. Beliau dalam tweetnya memaklumkan kepada Ariff, Prasarana bersedia menawarkan peluang pekerjaan kepada Tok Ummi jika terdapat kekosongan. Keprihatinan seorang pengguna Twitter, Ariff menyebabkan kehidupan wanita itu berubah menjadi yang lebih baik. Sebagai orang awam kita haruslah mewujudkan sifat belas kasihan, prihatin dan ingin membantu apabila melihat mereka yang menghadapi kesusahan seperti yang dilakukan oleh Ariff. Dengan wujudnya pemuda yang bersikap ihsan dan berfikiran terbuka kemungkinan besar nisbah penduduk yang tidak bernasib baik akan berkurang dari semasa ke semasa. Masalah kemiskinan di negara ini juga akan dapat di atasi dalam jangka masa yang singkat sekaligus dapat mencapai hasrat kerajaan mencapai negara maju menjelang 2020.

8 Publizr Home


You need flash player to view this online publication