PROGRAM SULUNG FST BERJAYA AKU MAHU HIDAYAH M/S | 5 Disediakan oleh: Nur Syafiqah Zahirudin Disediakan oleh : Syakirah Dzuradeen Nilai, 17 Nov - Fakulti Sains dan Teknologi menganjurkan program sulung “World Science Day For Peace and Development” dengan gabungan kerjasama antara Science Technology Religion Engineering Arts Mathematics (STREAM) dan Sekretariat Fakulti Sains dan Teknologi (SekreFAST) yang melibatkan enam program fakulti tersebut. Program yang berlangsung selama satu hari yang bertempat di ruang legar dan makmal pengajaran aras 1, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dengan tema ‘sains untuk kefahaman sejagat’ ini mensasarkan penyertaan daripada semua kakitangan USIM serta sekolah-sekolah. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan sains dari perspektif Islam dengan mewujudkan beberapa isu dalam setiap aktiviti yang diadakan, contohnya, pemakaian minyak wangi yang mengandungi alkohol dalam solat. Pensyarah Industri dan Teknologi Kimia, Dr Syaza Azhari, berkata “ ‘World Science Day For Peace and Development’ ini merupakan program pertama FST pada tahun ini sebagai percubaan untuk diadakan lagi secara besar-besaran pada tahun hadapan sempena 15 tahun FST.” “Pengenalan sains sudah semakin berkurangan dari segi peratusan sekolah-sekolah di Malaysia bahkan ada sekolah yang tiada aliran sains dan semakin dilupakan”, ujar Dekan FST, Profesor Dr. Azwari Sofia ketika majlis perasmian program ini. Mengulas mengenai ucapan Prof. Dr. Azwari, Dr Syaza berkata, objektif program ini adalah untuk memperkenalkan sains kepada pelajar, ibu bapa, dan masyarakat di luar sana dengan cara yang mudah melalui pendedahan aktiviti-aktiviti sains seperti DIY perfume, DIY ais krim dan banyak lagi. “Perancangan dan pembentukan jawatankuasa mengambil masa lebih kurang dua minggu sebagai persediaan sebelum program ini berlangsung dengan kerjasama antara pensyarah dan pelajar FST, jawab Dr. Syaza apabila ditanya berkenaan persediaan sebelum berlangsungnya program tersebut. “Kerja akan menjadi susah, jika kita lakukannya seorang diri”, kata Dr Syaza ketika ditemu bual. Mengulas lanjut berkenaan itu, sememangnya bantuan dan kerjasama daripada kakitangan pejabat FST juga turut diperlukan untuk kelancaran gerak kerja program seperti penempahan peralatan, bahan-bahan dan sebagainya. NILAI, 7 NOV. - Sebuah forum “Aku Mahu Hidayah” yang melibatkan dua panel yang sedang hangat tular di media sosial, saudara Effi Aizat dan isterinya, Farah Fakhira telah diadakan di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP3), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Mereka berdua merupakan pasangan yang mula meniti nama di bibir masyarakat selepas penghijrahan mereka beberapa tahun yang lalu. Tajuk forum diambil bersempena dengan nama hasil karya mereka berdua yang menceritakan tentang liku-liku sepanjang tempoh penghijrahan mereka. Para panelis, Effi Aizat bin Musa, 22, merupakan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan isterinya, Farah Fakhira binti Fakhruradzi, 20, pula mendapat pendidikan terakhirnya di Darul Hadis As-Sofa. Pengarah program, Saudari Nurul Nadia binti Osman, Mahasiswi Fiqh Fatwa Tahun 3, menekankan bahawa objektif program ini adalah bertujuan memberikan kefahaman kepada para pendengar tentang maksud hidayah yang sebenar dan cara-cara terbaik untuk menggapai hidayah dari Allah. “Manusia tidak akan terlepas dari sentiasa melakukan dosa, dan akan tiba saat mereka ingin kembali ke jalanNya. Persoalannya adalah bagaimana kita ingin menggapai hidayah Allah? Berusahalah, nescaya Allah bantu, kerana hidayah tidak akan datang bergolek, kita yang perlu mencarinya” Farah berkata. Para panelis menekankan bahawa jika niat untuk berubah itu sudah mula bersarang di hati seseorang itu, nescaya Allah akan menjadi pemudah cara. Ketika usianya 15 tahun, Farah Fakhira berkongsi kisah tentang dirinya yang mendambakan hidayah Allah di saat dia menyedari bahawa hidupnya kosong dan tidak tenang. Dia mengambil keputusan untuk memasuki sekolah berasrama dan meninggalkan kawan-kawannya yang lain untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Dengan hidayah dan pertolongan dari Allah SWT, dari situlah detik perjalanan hijrahnya bermula. “Jika kita ingin sekeliling kita menjadi baik, maka kita perlu terlebih dahulu memperbaiki diri kita”, ujar Farah lagi. Walaupun pasangan suami isteri ini menghadapi pelbagai ujian yang hebat sepanjang proses penghijrahan mereka, namun berkat kesabaran dan dorongan orang sekeliling membuatkan mereka terus cekal sehingga ke hari ini. Jelaslah bahawa pasangan ini telah memberi inspirasi kepada ramai remaja di luar sana khususnya yang hadir pada malam diskusi ini. PROGRAM REALITI AGAMA BUKAN KEJAR POPULARITI Disediakan oleh: Nur Syafiqah Zahirudin NILAI, 24 Okt.– Sebuah program ‘Talk Show Dakwah Clip’ bertajuk ‘Populariti dalam Dakwah, Maslahah atau Mafsadah?’ yang disampaikan oleh para panel terkenal seperti Imam Muda Hassan, Dai’ Hakim dan Pencetus Ummah (PU) Fakhrul telah berlangsung di Dewan Kuliah Pusat 3 bersempena dengan Dakwah Festival (DAKFEST) 3.0. Forum ini mengupas isu berkaitan rancangan program realiti bertemakan agama yang berkembang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Contohnya seperti program Imam Muda, Pencetus Ummah (PU), Dai Millenia, Tahfiz Muda, Akademi Al-Quran dan sebagainya. Kelebihan menyertai program realiti agama seperti ini ialah dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang kehidupan masyarakat pelbagai lapisan yang ada pada hari ini. Program seperti ini juga dapat menjadikan peserta sebagai seorang pendakwah yang diminati dan melahirkan pendakwah yang menjadi teladan kepada masyarakat pelbagai peringkat usia. “Saya terkejut apabila ada seorang anak kecil memakan sambal belacan yang pedas dalam sebuah jamuan dan apabila ditanya adakah dia boleh menahan rasa pedas itu, lantas dijawabnya, “Saya makan sambal belacan sebab ustaz makan”, kata PU Fakhrul yang berkongsi pengalamannya dengan para penonton. Namun begitu, forum ini juga ada mengulas tentang isu populariti yang dikejar oleh peserta untuk menjadi pendakwah selebriti. Imam Muda Hassan menerangkan bahawa program realiti agama ini tidak sama sekali menjadi platform untuk meningkatkan populariti seseorang kerana ia sememangnya merupakan tanggungjawab individu untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat khususnya. Pengarah Program DAKFEST 3.0, Saudara Mumtaz Ahmad Najihi bin Mohamed, mahasiswa Tahun 4 Jurusan Dakwah dan Pengurusan menyatakan bahawa objektif utama program ini diadakan adalah untuk menilai sejauh mana program seperti ini mampu memacu masyarakat khususnya mahasiswa ke arah yang lebih Pengarah Program DAKFEST, Mumtaz Ahmad Najihi bin Mohamed, mahasiswa Tahun 4 baik dan memberikan impak positif dalam diri mereka. Beliau berharap program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat sekaligus mampu menjadi satu medium dakwah untuk semua.
6 Publizr Home