4

M/S | 4 MAHASISWA SAHUT SERUAN NC Kampus Barakah, berfikir sebelum berkongsi telah dikupas oleh panel kedua iaitu Da’i Hakim. “Kita perlu selidik dahulu sebelum kita sebarkan sesuatu kerana dengan media massa pada hari ini, sesuatu berita dapat disebarkan dalam masa yang sangat singkat kepada jutaan masyarakat di luar sana. Hapus amalan 3K merupakan langkah ketiga yang wajib dipraktikkan dan telah dihuraikan oleh Da’i Adneen. Nilai,18 Nov – Forum Pentas Da’i: Menuju Kampus Barakah #iLoveUSIM yang diadakan di Pentas Utama Tapak Pesta Konvo Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengupas 3 daripada 7 amalan menuju Kampus Barakah yang ditekankan oleh Naib Canselor USIM dalam Majlis Amanat Naib Canselor USIM Tahun 2017. Naib Canselor USIM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam ucapannya di Majlis Amanat Naib Canselor USIM Tahun 2017 yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor (DTC) pada 27 Februari 2017 yang lalu, beliau telah mengupas tentang perancangan dan hasrat USIM untuk membangun menjadi sebuah Kampus Barakah selaras dengan moto universiti iaitu Berilmu, Berdisiplin dan Bertaqwa. Demi menyahut seruan NC, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2016/2017 bersama kolaborasi beberapa buah organisasi lain telah mengadakan forum ini sebagai salah satu platform untuk memberi pencerahan tentang amalan yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar demi merealisasikan Kampus Barakah. Panel yang dibawakan dalam forum ini merupakan peserta Da’i Musim ke-5 yang juga merupakan pelajar USIM sendiri iaitu Da’i Hakim, Da’i Afiqah dan Da’i Adneen bagi mengupas tentang 3 perkara utama yang perlu dipraktikkan oleh mahasiswa dan mahasiswi USIM itu sendiri. Da’i Afiqah yang merupakan panel pertama menerangkan tentang mentaliti kelas pertama sebagai langkah pertama yang wajib ada dan disematkan dalam diri setiap mahasiswa. “Kita perlu jaga tanggapan pertama kita, mentaliti kita. Kalau kita anggap sesuatu benda itu tidak bagus dan sebagainya, maka kita akan dapat sesuatu yang tidak bagus, begitu juga sebalik nya. “Antara perkara yang perlu kita lakukan untuk mencapai mentaliti kelas pertama adalah kita perlu senyum dengan seikhlasnya, kemudian bersalaman dengan orang lain dan mengucapkan terima kasih pada orang sekeliling,” katanya lagi. Langkah kedua menuju SISWA FPBU RAIH ANUGERAH KELAS PERTAMA Disediakan oleh: Nur Anis Adibah Hamid USIM, 22 Nov- Mahasiswa aktif, Muhammad Amzar Asyraf bin Sarikal Anuar satu-satunya pelajar lelaki dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) yang berjaya meraih Anugerah Kelas Pertama di Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Kali ke-15 baru-baru ini. “Apabila kita terlibat dengan sesuatu komitmen, kita kena pandai bahagikan masa dengan betul,” katanya. Beliau menjelaskan bahawa pengurusan masa sangat penting walaupun sibuk dengan komitmen lain kerana keutamaan seorang pelajar adalah belajar, hadir ke kelas, kuliah dan sebagainya. Beliau juga beranggapan bahawa doa daripada kawan-kawan beliau turut menjadi salah satu faktor kejayaan beliau. Beliau turut menegaskan bahawa pelajar perlu memelihara hubungan yang baik dengan pensyarah agar mendapat ilmu yang diberkati. Tegasnya lagi, seorang pelajar perlu bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukan. Beliau yang menjawat jawatan exco kebudayaan Nadi Thaqafah bagi sesi 15/16 dan Timbalan Presiden 1 Nadi Thaqafah bagi sesi 16/17 serta turut aktif dalam penglibatan Mock Trial. Beliau tidak menjadikan kekangan masa sebagai alasan untuk mengabaikan pelajarannya dan hasilnya beliau berjaya memperoleh pointer 3.92 pada sem tersebut. Kongsinya lagi, salah satu puncanya ialah pelajar perlu bijak mengatur strategi belajar sejak dari sem 1 lagi agar pointer tidak jatuh dan cara tersebut membolehkan beliau berjaya mendapat Anugerah Dekan pada hampir setiap semester. Beliau menyatakan bahawa amalan 3K iaitu kamar, kuliah dan kafe ini boleh dikategorikan sebagai suatu amalan yang negatif. “Saya menyeru kepada semua mahasiswa dan mahasiswi USIM, marilah kita sama-sama menukarkan amalan 3K yang biasa-biasa ini kepada amalan yang luar biasa iaitu 3A yang bermaksud aktif, amanah dan awesome,” katanya dalam ucapan penutup. Beliau berharap pelajar yang hadir dapat mengamalkan sedikit sebanyak input yang mereka peroleh dari forum ini dan dapat berkongsi dengan sahabat mereka demi menjadikan USIM sebagai Kampus Barakah. Disediakan oleh: Nur Syafiqah Zahirudin Pro-Canselor USIM Lancar Pesta Konvokesyen 2017, Recycle@USIM Disediakan oleh : Syakirah Dzuradeen Nilai, 19 Nov - Mantan barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2016/2017, bawah kelolaan Badan Hal Ehwal Pelajar USIM menjadi penganjur utama dalam meneruskan majlis tahunan universiti sempena Majlis Konvokesyen USIM ke-15 yang berlangsung pada 21 November hingga 23 November 2017. Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen USIM 2017 disempurnakan oleh Pro-Canselor USIM, YAM Tengku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Mukhriz di Pentas Utama, Kompleks Sukan Tuanku Najihah dan pada masa yang sama turut melancarkan Recyle@USIM. Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, katanya Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen USIM 2017 merupakan simbolik bermulanya pesta ini di samping mempromosikan Majlis Konvokesyen USIM ke-15 kepada masyarakat umum dengan mengadakan pelbagai acara bermula dari 18 November hingga 23 November 2017. Pelbagai acara dan pengisian disediakan sepanjang 6 hari pesta konvokesyen USIM berjalan antaranya adalah Noctunal Run, Pentas Daie, forum agama dan banyak lagi aktiviti menarik yang lain yang disediakan khas buat para pengunjung. Muhammad Amzar Asyraf Bin Sarikal Anuar bergambar ketika Majlis Konvokesyen Kali ke-15. USIM merupakan antara universiti awam yang terpilih untuk bekerjasama dengan pihak Coca-Cola Malaysia dan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjayakan aktiviti kelestarian alam sekitar di kawasan sekitar kampus, iaitu Recycle@USIM.

5 Publizr Home


You need flash player to view this online publication