19

M/S | 19 KOIF PECAH 27 REKOD BAHARU Nilai, 23 Nov - Sebanyak 27 rekod baharu telah berjaya dicatatkan pada Kejohanan Olahraga Inter Fakulti 2017 (KOIF) yang berlangsung di Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 20 Oktober hingga 22 Oktober. Kejohanan yang melibatkan 8 buah fakulti itu merupakan anjuran kali ke-2 oleh Pusat Sukan USIM selepas tahun 2013. Majlis penutup KOIF disempurnakan dengan ucapan daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Professor Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan. Dalam ucapan tersebut beliau merakamkan ucapan tahniah di atas pencapaian rekod yang memberangsangkan ini. Menurut beliau, kejohanan olahraga ini bakal dijadikan acara untuk mencungkil bakat dan sebagai persediaan awal untuk sukan di peringkat kebangsaan; Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan untuk Sukan Kejohanan Institusi Pengajian tahunan bertujuan Tinggi Malaysia (SUKIPT). Katanya lagi, USIM akan menyediakan jurulatih dan akan membuat latihan yang berterusan bagi mencapai tujuan tersebut. “USIM amat menggalakkan penglibatan mahasiswa USIM dalam sukan sebagai wadah untuk membentuk dan meningkatkan sahsiah pelajar supaya berupaya untuk melonjak tinggi dan berkarisma di samping minda melahirkan graduan USIM yang mempunyai yang cerdas dan tubuh yang sihat.” Beliau turut berkata bahawa Islam mementingkan sukan dalam kehidupan bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: “Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda,” serta selari dengan kata-kata hikmah Arab; “Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.” “Islam juga amat menitik beratkan kesihatan sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak ke atas tubuh badan kamu,” ujar beliau. Turut ditemubual semasa hari kejadian ialah Afiq FST Ungguli Bola Jaring KOIF disertai seramai 80 orang mahasiswi daripada 8 fakulti. Nilai, 29 Nov - Fakulti Sains dan Teknologi (FST) merangkul tempat pertama bagi acara bola jaring yang baru pertama kali dipertandingkan sempena Karnival Olahraga Interfakulti (KOIF) anjuran Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pertandingan bola jaring ini melibatkan dua kategori iaitu kategori terbuka dan juga kategori bakat baru yang Acara ini bertujuan untuk mencari bakat baru dalam sukan bola jaring dan memupuk semangat kesukanan dalam diri pelajar sekaligus mencetuskan persaingan yang sihat sesama mahasiswi. Peringkat akhir Fakulti menyaksikan persaingan sengit antara Ekonomi Muamalat (FEM) menentang Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Pada awal permainan, FST tidak begitu rancak untuk menyerang namun pada minit akhir mereka mula bangkit untuk menguasai perlawanan lantas menjadi juara bagi acara bola jaring. Menurut salah seorang pemain FST, Putri, beliau berkata “Pasukan kami tidak dapat membaca rentak permainan pada awal minit permainan. Kemudian,kami merancang strategi baru ketika waktu rehat untuk terus bangkit menentang FEM dan kekalkan momentum yang sedia ada.” “Sukar untuk kami percaya bahawa kami menjadi johan kerana semua pemain bola jaring sedia maklum bahawa FEM merupakan pasukan terhebat di USIM dan bukan calang-calang pasukan untuk berlawan,” katanya lagi. Menurut salah seorang pemain FEM, Intan, dia berkata “Kami akur dengan kekalahan ini kerana kalah dan menang itu merupakan adat permainan.” Acara penutup karnival ini berlansung dengan meriahnya di pusat sukan di mana FST membawa pulang pingat emas dan juga piala pusingan. Nuruddin Bin Mohd Ainuddin, 20, pemenang pingat emas acara lompat jauh yang berjaya memperbaharui rekod peribadinya dengan catatan 6.17 meter. Prinsip yang dipegangnya ialah jangan malu bertanya kepada yang lebih mahir. Afiq turut berminat untuk mengasah skil dan bakatnya ke peringkat yang lebih tinggi jika diberi peluang. Katanya, penting kepada pelajar untuk membahagikan masa dengan baik, iaitu masa untuk belajar dan masa untuk bersukan. lebih-lebih lagi apabila USIM telah membuka peluang yang besar kepada golongan mahasiswa untuk menceburi bidang sukan,” menurutnya. Oleh: Athirah Yunus

20 Publizr Home


You need flash player to view this online publication