18

M/S | 18 NOCTURNAL RUN 2.0: AMAL GAYA HIDUP SIHAT Nilai, 19 Nov - Seramai 1,200 orang peserta menyertai acara larian yang mempromosikan gaya hidup sihat, Nocturnal Run 2.0 di Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 18 November. Sebahagian daripada peserta acara Nocturnal Run 2.0 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bergambar bersama Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Musa Ahmad (tengah). bagi mempromosikan Pesta Konvo USIM kali ke-15 bersempena Majlis Konvokesyen pada tahun ini, yang akan berlangsung pada 21 November sehingga 23 November 2017. Larian sejauh lima kilometer itu bermula dari Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM dan melalui di beberapa kawasan sekitar kampus universiti . Lebih menarik, acara larian itu turut disertai oleh Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Musa Ahmad dan pelepasan larian telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor, Profesor vv “Selain itu, ianya juga bertujuan untuk membuat pemilihan peserta bagi penyertaan dalam pertandingan Sukan Fakulti (SUFA) yang bakal dilangsungkan nanti,” katanya. Menurut beliau lagi, sebanyak enam pasukan telah menyertai pertandingan ini yang turut melibatkan alumni dan pensyarah-pensyarah FSU sendiri. Nilai, 15 Nov- Pelajar tahun lima Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) buat julung kalinya telah menganjurkan pertandingan Liga Bola Sepak FSU yang bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ketua pengarah pertandingan Liga Bola Sepak FSU, Muhammad Fadzil bin Abdullah, menyatakan bahawa pertandingan ini telah telah mendapat tajaan daripada pihak FSU, Yayasan Minda dan syarikat SHELL. “Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mendorong mahasiswa USIM supaya bersukan selain untuk menyihatkan tubuh badan. “Dalam meluangkan masa untuk belajar, seharusnya kita ada masa-masa tertentu untuk bersukan. “Walaupun pertandingan ini adalah kali yang pertama diadakan, sambutan yang diterima daripada pelajar FSU sangat memberangsangkan. Hubungan antara mahasiswa dengan para pensyarah juga menjadi semakin erat,” ujar beliau lagi. Beliau menambah, “Saya amat berbesar hati dengan sikap pemain yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dan saya berhasrat untuk meneruskan lagi liga pada masa akan datang.” Beliau menyuarakan harapannya daripada fakulti-fakulti lain turut melaksanakan pertandingan seperti ini supaya dapat memaksimumkan penggunaan kemudahan-kemudahan di Pusat Sukan USIM. Beliau juga berharap agar pertandingan ini dapat memberi galakan kepada mahasiswa USIM untuk terus bergiat aktif dalam bidang sukan di samping menjadi pelajar yang seimbang dari aspek rohani, jasmani,emosi dan intelektual. Oleh Syuhada Junoh agar mahasiswa Dato’ Dr. Hassan Basri. Urusetia acara Nocturnal Run 2.0, Muhammad Humaidi Mansor, berkata “Larian ini terbahagi kepada dua kategori, kategori pertama melibatkan kakitangan, pelajar dan alumni, manakala kategori kedua adalah untuk orang awam” Program larian yang telah masuk tahun ke-2 penganjurannya ini telah mendapat sambutan yang meriah dengan penyertaan seramai 240 orang awam. Pegawai Penyelaras Program, Encik Marwan Tahir berkata, “Penyertaan daripada warga USIM semakin bertambah dan saya melihat ini sebagai sesuatu yang positif terhadap peningkatan kesedaran dan sokongan warga kampus terhadap agenda Fit USIM,” katanya ketika ditemui pada waktu pelepasan larian tersebut. Menariknya, kesemua peserta yang berjaya menamatkan larian program dengan tema ‘Get Fit, Don’t Quit’, menerima medal khas dan sijil penyertaan. Salah seorang peserta Nocturnal Run 2.0, Norfadhila binti Mohd Nor, 22, dari Fakulti Kemimpinan Acara larian yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar USIM (MPPUSIM) ini adalah antara salah satu programosikan dan Pengurusan (FKP), berkata, “Saya sangat gembira dapat menyertai program seperti ini kerana ianya mencabar diri saya di samping mengeratkan lagi hubungan antara warga kampus ini dengan penduduk di sekitar Nilai.” Manakala seorang lagi peserta Nocturnal Run 2.0, Muhammad Bazli Zamri berasa terharu kerana berjaya menamatkan larian tersebut. Anak kecil yang baru berusia 11 tahun itu turut menyatakan minatnya untuk menyertai acara ini lagi pada masa akan datang. Oleh Syuhada Junoh & Athirah Yunus ‘Pendekar Muda Syahmi Shamshudin’ Nilai, 7 Nov. - Ikon Silat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Syahmi Shamsuddin yang juga merupakan salah seorang finalis daripada Akademik Silat Pendekar Muda 2016 TV Al Hijrah telah mengadakan kelas Silat dan Bela Diri Tribuana Malaiu melibatkan pelajar Sekolah Kafa Tahfiz bagi memperkenalkan ilmu seni bela diri silat yang menjadi benteng pertahanan diri seseorang. Menurut kenyataan Syahmi, kelas Silat dan Bela Diri Tribuana Malaiu diadakan setiap minggu pada hari Selasa, Rabu dan Jumaat. Kelas ini dijalankan pada waktu petang, iaitu antara jam 3 hingga 5 petang bertempat di Dataran Nilai. “Sejak kebelakangan ini kes jenayah sering berlaku tidak kira usia dan jantina lebih-lebih lagi yang melibatkan golongan kanakkanak seperti kes culik, pemerdangangan manusia dan juga hamba seks. Oleh yang demikian, seni mempertahankan diri amatlah penting sebagai persediaan untuk mangsa melepaskan diri dan menyerang balas” ujarnya lagi. “Saya berharap agar seni silat ini dapat diteruskan oleh generasi akan datang agar ia tidak hilang ditelan zaman kerana silat merupakan warisan tinggalan turun temurun,” kata Syahmi. Beliau menyeru kepada semua masyarakat tidak kira usia mahupun jantina mempelajari seni bela diri ini khususnya silat supaya ilmu warisan ini sentiasa terjaga di samping dapat melahirkan Muslim kuat. untuk yang

19 Publizr Home


You need flash player to view this online publication