16

M/S | 16 PERSONALITI DIRI : PELAJAR FST MAMPU MEMEGANG JAWATAN TERTINGGI MPP Sebut sahaja nama Khairunnashriah di USIM, hampir semua orang mengenali beliau dengan gelaran KN serta jawatan beliau sebagai Timbalan Yang di-Pertua (TYDP) Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPPUSIM). Nama diberi Khairunnashriah binti Mohd, pelajar dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) jurusan Keselamatan dan Jaminan Maklumat (ISA). USIM TODAY: Assalamualaikum w.b.t. Sebelum saya memulakan sesi temubual kita pada hari ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Khairunnashriah kerana sudi meluangkan masa bersama walaupun seperti yang kita semua sedia maklum, cik KN kita mempunyai banyak tanggungjawab dan tugas yang perlu dilakukan. Lagi sekali, ribuan terima kasih diucapkan atas kesudian meluangkan masa bersama.Untuk soalan pertama, bagaimanakah Khairun sendiri boleh terfikir untuk melibatkan diri dalam menyertai bidang kepimpinan di USIM iaitu menjadi MPP? CIK KHAIRUN: Waalaikummussalam w.b.t. Sebenarnya sejak dari sekolah lagi, saya memang berminat untuk melibatkan diri dalam bidang kepimpinan, tambahan pula ketika di sekolah, saya pernah memegang jawatan sebagai MPP tetapi ketika itu saya tidaklah memegang jawatan yang tertinggi, tetapi hanya sebagai Exco Kerohanian dan Kebudayaan. Selepas itu, di peringkat asasi atau lebih dikenali sebagai Tamhidi di USIM, saya telah menyertai Sekretariat Kepimpinan Tamhidi yang tidak ubah seperti Sekretariat Fakulti. Tamat sahaja Tamhidi, , ketika saya merupakan pelajar Tahun 1, saya melibatkan diri dalam bidang yang sama tetapi ketika itu saya hanya menjadi Rakan Exco Multimedia dan Publisiti Sekretariat Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Oktober 2017 keputusan pilihanraya telah diumumkan. Alhamdulillah saya telah mendapat tempat ketiga tertinggi dengan jumlah undian sebanyak 6,628 undi yang menjadikan saya sebagai TYDP MPP USIM ketika ini. Sehingga sekarang, kami masih dalam rangka gerak kerja untuk membawa perubahan kepada mahasiswa/wi di USIM. USIM TODAY: Sungguh mencabar liku-liku yang dilalui oleh Cik Khairun. Alhamdulillah, segala usaha keras Cik Khairun membuahkan hasil. Baiklah. Seterusnya, dari segi pengurusan masa pula , bagaimana Cik Khairun boleh menguruskan masa dengan baik terutamanya selepas menjadi TYDP MPP USIM? KHAIRUNNASHRIAH BINTI MOHD TYDP MPP 2017/2018 cik (SekreFaST). Jadi, ketika Tahun 2 saya terus membuat permohonan dan menghadiri temuduga untuk menjadi ahli SekreFaST dan alhamdulillah semasa Tahun 2, saya telah memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden 2 SekreFaST. Pengalaman-pengalaman sebelum ini telah membuatkan saya ingin untuk meneruskan penglibatan dalam bidang kepimpinan ini. Kadang-kadang saya terfikir, selepas keluar dari SekreFaST ini, apa manfaat yang akan saya dapat pada masa depan. Jadi, perkara ini ialah pilihan kita sendiri sama ada untuk berhenti atau meneruskan perjuangan yang hampir separuh jalan telah kita lalui. Jawatan Timbalan Presiden 2 SekreFaST kebiasaannya dijawat oleh pemimpin lelaki, tetapi apabila telah diamanahkan, tugas-tugas yang dipikul ini, boleh dikatakan agak berat namun saya membuat keputusan untuk berjumpa dengan pemimpin siswi yang lain untuk belajar dan menimba pengalaman tentang bagaimana kita sebagai pemimpin tertinggi wanita untuk bergerak kerja dengan pemimpin lelaki. Ketika itu, saya telah menjadikan mantan TYDP MPP 2016/2017 iaitu Wan Nur Izzati binti Wan Rosli sebagai inspirasi dan rujukan saya. Sejak daripada itu, timbul rasa minat untuk memegang tampuk kepimpinan siswi kerana saya telah banyak merujuk dan rasa ada sesuatu yang mendorong saya untuk mewarisi kepimpinan beliau. Agak lama juga saya membuat keputusan untuk menyertai MPP. Apabila telah keluar tarikh penamaan calon MPP, saya masih berfikir sama ada untuk meneruskan kepimpinan itu ataupun tidak. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya mengambil keputusan untuk terus masuk bertanding dalam pemilihan MPP. Ketika berkempen, saya fokus untuk membawa agenda siswi tetapi bukanlah sebagai TYDP MPP namun kita mengharapkan sesiapa sahaja yang memegang portfolio mahasiswi yang akan dinaikkan pada waktu itu, mereka yang akan meneruskan agenda yang telah mereka bawakan kepada mahavsiswa/wi USIM. Pada 5 CIK KHAIRUN: Memang tidak dapat dinafikan pengurusan masa terutamanya selepas menjadi MPP memang mencabar kerana saya mempunyai komitmen yang tinggi dan tanggungjawab yang berat, antaranya sebagai pemimpin, pelajar, anak, sahabat dan sebagai ahli rumah. Pada awalnya, usaha untuk membahagikan masa itu agak mencabar tetapi saya cuba atasi masalah ini dengan mencari pembantu peribadi yang mampu membantu dalam menyusun jadual dan meringankan sedikit beban masalah ini seterusnya menjadikan saya lebih teratur dalam urusan gerak kerja. Tambahan pula saya merupakan pelajar FST, dan seperti yang diketahui, pembelajaran di FST agak mencabar, sebab itu jika kita perhatikan, tidak ramai dari kalangan MPP dari FST yang berani memegang jawatan tertinggi dalam MPP. USIM TODAY: Baiklah. Dari segi sokongan, siapakah yang menjadi tulang belakang cik Khairun sebelum dan semasa memegang jawatan MPP ini? CIK KHAIRUN: Sebelum bertanding dalam pilihanraya, saya bertanya pendapat umi dan abah saya dan menceritakan betul-betul kepada mereka tentang hasrat saya untuk bertanding serta meminta reda daripada mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa umi dan abah sangat mendokong akan tetapi ada juga dari kalangan adik-beradik yang tidak bersetuju kerana mereka memikirkan tentang keutamaan kita sebagai pelajar untuk lebih fokus kepada akademik. Tetapi saya berfikir dalam jangka masa yang panjang, kalau kita berada di sesuatu tempat dan kita yakin untuk membawa sesuatu perubahan, kenapa tidak untuk kita sahut cabaran tersebut. Dari segi akademik, saya memang banyak meminta bantuan daripada rakan sekelas. Mereka sangat membantu saya seandainya saya banyak terlepas pelajaran dalam kelas dan kuliah, mereka akan cuba mengajar semula, kadang-kadang ada juga yang cuba carikan nota untuk saya. Sebenarnya saya bukannya bergantung kepada kawan tetapi dalam keadaan kekangan masa ini saya memang memerlukan kawan untuk membantu dan saya bernasib baik kerana mereka sangat memahami. USIM TODAY: Alhamdulillah. Cik Khairun mempunyai rakan-rakan yang sangat memahami keadaan sebenar yang dihadapi oleh Cik Khairun. Akhir kata, apakah nasihat Cik Khairun kepada mahasiswa/wi USIM ini terutamanya kepada pembaca Usim Today? CIK KHAIRUN: Sebagai kata akhir, kehidupan kita sebagai mahasiswa/wi hanyalah sementara. Universiti boleh diibaratkan seperti kilang, bukan kilang untuk menghasilkan robot tetapi kilang untuk menghasilkan mahasiswa/wi yang berkualiti. Nasihat saya, marilah kita kembalikan zaman kegemilangan mahasiswa dan bermanfaat untuk masyarakat.

17 Publizr Home


You need flash player to view this online publication