14

M/S | 14 Media Sosial Platfom Pe Pada masa kini, teknologi menjadi satu keperluan dan kepentingan kepada semua tidak kira tua mahupun muda. Melalui teknologi juga dapat membantu memudahkan serta mempercepatkan sesuatu kerja tidak kira di mana berada. Antara aktiviti yang membantu memudahkan kerja kepada tenaga pengajar atau para pelajar khususnya ialah pembelajaran melalui atas talian. Pembelajaran atas talian merupakan bentuk pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui teknologi digital, seperti melalui komputer, tablet dan telefon bimbit. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menggunakan media ini mempunyai gayanya yang tersendiri. Antaranya ialah melalui video, audio , animasi dan sebagainya. Di samping itu, pembelajaran atas talian ini dapat menyenangkan dan melancarkan kerja tenaga pengajar dan juga para pelajar itu sendiri. Mereka dapat menjalankan aktiviti ini pada setiap masa dan tidak kira di mana berada. Selain itu sebagai umat Islam yang percaya bahawa Allah wajib diimani haruslah mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin dengan mengaplikasikan kemahiran dalam bidang teknologi untuk meninggikan syiar Islam dan mengizahkan Islam kepada masyarakat. Justeru itu, pihak USIM TODAY telah menemu ramah Dr. Nurkhamimi Bin Zainuddin, iaitu Timbalan Pengarah Bahagian Madal Hayah, GOALS ITQAN, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta menanyakan pandangan beliau tentang pembelajaran atas talian ini. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran secara atas talian yang kini menjadi satu kepentingan dan keutamaan bagi pelajar? Pembelajaran atas talian bukanlah satu kepentingan, tetapi ianya boleh dikatakan sebagai satu keperluan pada masa kini sejajar dengan perkembangan teknologi yang kian berkembang pesat. Setiap penuntut di institusi pengajian sama ada yang berasal daripada keluarga yang berkemampuan mahupun yang berpendapatan rendah, kebanyakkan daripada mereka paling tidak pastinya mempunyai fasiliti yang mencukupi. Sebagai contoh, telefon pintar, komputer riba, serta beberapa alat komunikasi dan juga internet. Secara umumnya, pembelajaran atas talian merupakan pembelajaran yang menggunakan peranti elektronik yang membolehkan tenaga pengajar dan pelajar berhubung tanpa perlu “face to face”. Dalam kaedah pengajaran berasaskan internet, pembelajaran akan lebih berpusat kepada pelajar. Oleh itu, peluang untuk berlakunya komunikasi dua hala antara pensyarah dan pelajar lebih tinggi kerana pelajar biasanya akan merujuk terus kepada pensyarah mereka jika terdapat sebarang masalah berhubung dengan pembelajaran. 2. Pada pendapat Dr, mengapakah sistem pembelajaran atas talian ini berguna untuk para pelajar? Sebagaimana yang kita dapat lihat, pembelajaran atas talian merupakan platform kepada pensyarah untuk menghebahkan pengumuman, memuat nota-nota kuliah dan dokumen yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, forum secara online dan kuiz secara dalam talian. Kemudahan ini membolehkan pensyarah naik Internet boleh menjadi alat yang sangat berkuasa dalam pendidikan. Teknologi ini mempunyai potensi bagi menyokong program pendidikan yang lebih efektif dan mendedahkan pelajar dengan dunia yang lebih luas. Penggunaan Internet mampu menjadikan pembelajaran lebih baik dan menarik. Hal ini adalah kerana pelbagai maklumat boleh dicapai melalui enjin carian di Internet. Selain itu juga ianya dapat memenuhi keperluan para pelajar pada masa kini dan memudahkan aktiviti pembelajaran secara kendiri. Ini bermaksud walaupun pelajar berada di luar kelas, mereka masih lagi dapat mengakses bahan-bahan pembelajaran kerana ianya diletakkan di ruangan “online”. Pembelajaran secara atas talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan sistem pembelajaran mereka. Melalui kaedah pembelajaran memuatnaik bahan pembelajaran supaya dapat dicapai oleh pelajar di mana jua dan pada bila-bila masa. Di samping itu, ianya juga boleh memantau penglibatan pelajar secara dalam talian. Kemudahan ini membolehkan maklumat interaksi secara dalam talian boleh disimpan, direkod dan disemak semula. Selain itu, internet merupakan antara sumber rujukan yang terbaik. Berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional, sumber rujukan dari internet lebih meluas dan senang dicapai tanpa kos yang tinggi. Ini secara tidak langsung menjadi alternatif kepada para pensyarah dan para pelajar untuk mencari bahan tambahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Apakah kelebihan dan kekurangan penggunaan sistem pembelajaran secara atas talian terhadap pelajar ? seperti ini, pelajar boleh belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa yang dipilih oleh pelajar itu sendiri. Hal ini membolehkan pelajar dapat menguruskan masa dengan lebih efektif. Sungguhpun begitu, kekurangannya adalah penggunaan internet yang kurang optimum. Walaudi luar kelas pun pembelajaran sebegitu boleh diakses tetapi malangnya kebanyakan pelajar tidak mengakses untuk tujuan pembelajaran, malahan mereka lebih cenderung menggunakan internet untuk tujuan hiburan, membaca bahan bacaan yang kurang ilmiah dan sebagainya. Jadi, apabila hal ini berlaku, dibimbangi tujuan pembelajaran secara atas talian tidak mencapai objektif yang sepatutnya. 4. Bagaimana pula kesan yang akan diperoleh melalui sistem pembelajaran sedemikian? Jika kita lihat daripada hasil kajian yang telah dijalankan oleh para pendidik dalam bidang pendidikan, apa yang saya dapat lihat kebanyakannya membawa kesan yang positif. Namun begitu, positif itu adalah bersyarat. Jika kita sekadar meletakkannya atas talian sahaja ia tidak akan menjadi positif. Ini bermaksud ianya perlu ada sistem sokongan (Support System), iaitu secara berterusan, perlu ada maklum balas daripada para pelajar, penambahbaikkan daripada tenaga pengajar dan kemudian bimbingan daripada tenaga pengajar itu sendiri dalam proses pembelajaran tersebut. 5. Secara amnya, bagaimanakah cara penggunaan yang betul dalam pembelajaran secara atas talian? Pembelajaran secara atas talian yang betul dan efektif sebenarnya terdapat dalam pelbagai cara. Pertamanya, kita perlu ada hasil pembelajaran (Learning Outcomes) yang jelas. Kemudian apabila adanya objektif dan hasil pembelajaran yang jelas barulah kita dapat menentukan kaedah pengajaran. Pensyarah perlu memastikan kaedah

15 Publizr Home


You need flash player to view this online publication