9

9 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 NASIONAL Keadaan bandaraya George Town ditenggelami banjir kilat berikutan hujan lebat dan ribut yang melanda sejak awal pagi. Foto Bernama Pulau Pinang lumpuh dilanda banjir Bernama melaporkan bencana banjir kilat yang melibatkan beberapa daerah di negeri tersebut Oleh : Nur Syafiqah Muhamad Nor Kamilah Mahamud G akan kembali lagi,” katanya disini. “Tiupan angin EORGETOWN: BERNAMA menerusi laman web rasmi Astro Awani pada tarikh 5 November 2017 telah melaporkan Pulau Pinang lumpuh selepas kebanyakan jalan telah ditutup dan ratusan rumah telah dinaiki air di lima daerah di negeri tersebut akibat dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat yang berterusan selama lebih 15 jam. Angin kencang dan hujan lebat sepanjang hari juga telah menyebabkan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh dan ratusan pokok tumbang. Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang telah dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter selepas hujan lebat yang berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan kejadian air pasang laut sehingga air melimpah dengan pantas. Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata seramai kencang disertai hujan lebat adalah sesuatu perkara di luar jangkaan. Kekurangan sumber Orang ramai meredah air banjir untuk berlindung di pusat pemindahan banjir. 1,968 mangsa banjir kini telah ditempatkan di beberapa pusat pemindahan banjir yang telah dibuka di empat daerah di negeri ini. Beliau turut berkata terdapat sebanyak 1,125 mangsa telah ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Seberang Perai Tengah, 615 mangsa di Seberang Perai Utara, 70 mangsa di daerah Timur Laut dan 158 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Barat Daya. Tambah Lim Guan Eng, Angkatan Tentera Malaysia sudah menghantar anggota-anggota mereka di daerah Timur Laut manakala di kawasan Seberang Perai masih menunggu untuk menerima bantuan daripada anggota tentera dari kem Sungai Petani untuk menyelamatkan mangsamangsa yang terkandas. “Keadaan sekarang bertambah baik berbanding sebelumnya. Sungguhpun begitu, air banjir masih belum surut dan angin masih lagi kuat. Kita masih bimbang akan kemungkinan kejadian yang tidak diingini kerana keadaan angin yang kuat boleh menyebabkan hujan yang mencukupi untuk menangani keperluan mangsa-mangsa banjir telah menyebabkan kerajaan negeri Pulau Pinang memohon bantuan daripada beberapa pihak antaranya pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pasukan penyelamat yang lain,” tambah beliau. Menurut Bernama, kawasan Seberang Jaya adalah kawasan yang paling teruk terjejas termasuk beberapa bahagian Hospital Seberang Jaya yang telah dinaiki air, walau bagaimana pun keadaan masih lagi terkawal dan tiada pesakit dipindahkan. Di Taman Siakap, Seberang Jaya kira-kira pada jam 7 malam kawasan rumah penduduk telah dinaiki air dengan begitu pantas. Manakala seramai 21 mangsa banjir terdiri daripada enam keluarga telah ditempatkan di pusat pemindahan banjir. Sehubungan dengan itu, Ramzi Ahmad sebagai Pengurus kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) berkata empat penerbangan terpaksa dilencongkan disebabkan oleh hujan lebat dan angin kuat. Ujarnya lagi, tiga penerbangan telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Subang manakala satu penerbangan lagi dilencongkan ke Lapangan Terbang Langkawi dengan selamat. “Operasi walaupun lebih Antarabangsa di lapangan terbang berjalan lancar 26 penerbangan yang berlepas dari LTAPP mengalami kelewatan disebabkan oleh cuaca yang tidak begitu baik, namun penerbangan masih berjalan seperti biasa,” ujarnya. P e r k h i d m a t a n Rapid Pinang terpaksa menghentikan operasi sehingga keadaan menjadi stabil disebabkan jalan utama telah dinaiki air dan demi menjaga keselamatan orang awam, untuk mengetahui maklumat terkini sila rujuk laman FB Rapid Pinang di Rapid-pgfans.

10 Publizr Home


You need flash player to view this online publication