7

7 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 TULAR Dobi Mesra Muslim Oleh: Izyana Najwa Binti Ismail Baru-baru ini telah tular di media sosial mengenai sebuah dobi di Muar, Johor yang hanya menerima muslim sebagai pelanggan. Jelas dinyatakan di papan tanda dobi itu bahawa mereka hanya menerima pelanggan muslim sahaja atas faktor kesucian. Banyak pihak yang yang telah terlibat bagi menangani isu ini. Mufti serta Sultan Johor juga tidak bersetuju dengan tindakan pengusaha dobi itu. Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum. Kita perlulah cakna dalam menjaga isu yang melibatkan kesensitifan sesuatu kaum. Justeru, tidak sewajarnya wujud bentuk diskriminasi ini dalam kalangan masyarakat. Dalam konteks Islam juga mengajar kita agar mengutamakan kesatuan dalam sesuatu perkara dan hendaklah berlaku adil serta melakukan kebaikan terhadap kaum lain. Doktor Gigi Youtube Oleh: Izyana Najwa Binti Ismail Baru-baru ini telah tular di media sosial mengenai seorang wanita yang melakukan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi kepada orang Dikatakan, wanita tersebut menjalankan perkhidmatan tersebut dengan mempelajari cara pemasangannya melalui youtube. Wanita itu juga dikatakan mengiktiraf diri sebagai seorang doktor gigi dan ingin membuka klinik awam. tanpa memiliki sebarang sijil yang mengiktirafnya sebagai seorang doktor. Setelah berita mengenainya tersebar, wanita tersebut telah ditahan serta disaman sebanyak RM 70,000. Oleh hal yang demikian, kita perlulah berfikir sebelum melakukan sebarang tindakan. Selain itu, kita juga perlulah mengehadkan penggunaan media sosial di dalam pembelajaran terutamanya yang akan melibatkan masyarakat lain dan akan memberi impak kepada mereka pada masa akan datang. Penggunaan media sosial dalam pembelajaran adalah dibenarkan tetapi perlulah mengikut keadaan yang sesuai. Janganlah kita mengambil langkah yang mudah bagi mendapatkan keuntungan yang banyak. Warga Singapura Putar Belit Kes Kemalangan Oleh: Izyana Najwa Binti Ismail Idea: Siti Hamidah Bt Hashim Berita mengenai kes kemalangan warga Singapura di Johor Bahru telah tular di media sosial baru- baru ini. Kes kemalangan tersebut telah melibatkan satu kematian dan terdapat beberapa isu yang telah diperkatakan dalam kes ini. Antaranya ialah, warga Singapura tersebut telah meletakkan kesalahan ke atas pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru di atas kematian rakannya. Setelah satu kenyataan dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, warga Singapura tersebut terus menukar cerita serta memutar belit fakta tentang kejadian yang berlaku sepanjang rawatan kemalangan tersebut. Justeru itu, boleh kita katakan di sini, kita perlulah berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan dan tidak membuat sebarang tuduhan tanpa usul periksa. Hal ini kerana, perkara yang berlaku ini melibatkan hubungan antara dua negara, Malaysia dan Singapura yang mana sesuatu perkara itu boleh memberi implikasi yang besar kepada hubungan tersebut. Oleh yang demikian, tidak perlulah kita berterusan mencari kesalahan orang lain serta meletakkan kesalahan terhadap orang lain. Kita perlulah berlaku jujur dalam setiap perkara.

8 Publizr Home


You need flash player to view this online publication