6

6 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 INFO EDITORIAL Program keusahawanan HOPE Oleh: Fairuz Ai’na binti Fadzil Pada 3 September sarjana muda tunjuk ajar serta mengambil bahagian dalam aktiviti2015, ketika sesi pengenalan para pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), satu program keusahawanan telah diperkenalkan kepada para pelajar oleh En. Azman bin Bidin dari syarikat Perfect Triangle. Program keusahawanan Hands-On Programme for Entrepreneurship (HOPE) telah rasmi menjadi salah satu program kokurikulum USIM hasil daripada termeterainya perjanjian Monument of Agreement (MoA) antara Perfect Triangle bersama dengan USIM pada semester ke dua sesi 2015/2016. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan jumlah graduan universiti menjadi usahawan kerana program keusahawanan adalah salah satu perkara yang dinyatakan dalam Projek Agenda Kritikal (CAP) yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) seiring dalam mempercepat dan membantu aspirasi kerajaan dalam mencapai lima peratus graduan menjadi usahawan. Pembelajaran & aktiviti Program ini mampu meningkatkan kalangan kemahiran insaniah dan kemahiran kepimpinan siswa. Hal dalam ini kerana, program ini bukan sahaja menawarkan ilmu perniagaan dalam bentuk teori, malah keusahawanan praktikal dalam bentuk jualan juga diberikan kepada mereka. Mereka juga menperoleh pendapatan setiap bulan dalam bentuk keuntungan hasil daripada jualan yang telah mereka usahakan. Tambahan pula, mahasiswa HOPE diberi peluang untuk menyusun jadual aktiviti di dalam kelas bagi melatih mereka dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. Walaupun begitu, para mentor juga memantau dan memberi Ilmu aktiviti yang dijalankan seperti pembukaan syarikat para pelajar, sesi pengenalan produk daripada pihak industri, kelas teori keusahawanan dan membuka pondok gerai di festival. Program yang berlangsung selama tiga tahun ini memberi peluang yang baik kepada mahasiswa bagi meningkatkan keyakinan diri serta berpeluang mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik. Pelan rangkaian Selain itu, program HOPE telah mendirikan satu pelan, di mana program ini akan berkembang dalam kalangan siswa, universiti, masyarakat serta industri. Dari pelan tersebut, para siswa akan didedahkan kepada tiga bahagian iaitu kemahiran, pengalaman dan keusahawanan. Daripada ketiga-tiga bahagian tersebut, para siswa HOPE juga akan didedahkan kepada situasi perjalanan menjadi usahawan yang berjaya dengan bantuan serta tunjuk ajar daripada para mentor HOPE. Kemudian, untuk mengembangkan lagi program ini ke dalam universiti, universiti perlu menandatangani MoA bersama dengan En. Azman Bidin, pengasas dan ketua mentor HOPE untuk HOPE menjadi sebahagian daripada program universiti tersebut. Program HOPE ini juga mampu berkembang dalam kalangan masyarakat melalui aktiviti infak, wakaf, sukan serta aktiviti yang dapat merapatkan silaturrahim bersama dengan mereka. HOPE juga menjadikan industri sebahagian daripada aktiviti program ini terutama sekali perniagaan peribumi yang mempunyai kualiti untuk membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka. GIINA Graduan Integrasi Naqli Dan Aqli (GIINA) adalah satu pelan yang telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), (2015 -2025). Pelan ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang holistik, berkeusahawanan dan seimbang. Holistik membawa maksud mempunyai sifatsifat yang menyeluruh termasuklah sifat-sifat intelek, rohani, emosi dan fizikal yang membantu perkembangan peribadi dalam kalangan graduan. Manakala berkeusahawanan adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai minda berkeusahawanan, berinovasi serta mempunyai kemahiran masalah. menyelesaikan Bahagian terakhir pula merangkumi keseimbangan dari segi akhlak dan ilmu untuk menjadi warganegara yang aktif serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan global. Oleh itu, program HOPE juga menjadikan GIINA sebahagian daripada pelan kerana HOPE juga merangkumi ketiga-tiga bahagian tersebut. Program HOPE bukanlah seperti program keusahawanan yang lain kerana program ini melatih siswa dalam melaksanakan pembelajaran pada masa yang sama melatih mereka dalam melaksanakan kerjaya sebagai usahawan yang sebenar. Program ini perlu dijalankan di universitiuniversiti Malaysia terutamanya universiti awam bagi meningkatkan kualiti para siswa apabila mereka menamatkan pengajian dari universiti. Hal ini supaya mereka senang diterima kerja serta mampu menyara diri melalui perniagaan sekiranya mereka tidak diterima kerja di mana-mana cawangan atau syarikat. DEKAN Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Prof. Madya Dr Mohd Radhi bin Ibrahim Fakulti Pengajian Bahasa Utama Prof. Madya Dr Noor Azizi Ismail KETUA Program Komunikasi Dr. Sofia Hayati binti Yusoff Program Bahasa Arab & Komunikasi Dr. Wan Azura binti Wan Ahmad PENGARANG URUSAN Ainurliza Mat Rahim EDITOR Fairuz Ai’na binti Fadzil SEKSYEN BERITA Ketua Izyana Najwa binti Ismail Wartawan Norli Marlina binti Mamat Siti Hamidah binti Hashim Nadia Ashikin binti Hasban Mohammad Fikri bin Tamjehi SEKSYEN RENCANA Ketua Nur Aqilah binti Sharudin Penulis Siti Norain binti Yukilin Siti Aishah binti Rosseni Nor Kamilah binti Mahamud Nur Syafiqah binti Muhamad SEKSYEN SUKAN Ketua Amirul Zahidi bin Mohd Ali Wartawan Nur Atiqah binti Herrudin Maizatul Atikah binti Din PENYUNTING NASKHAH Ketua Hajar Humaira binti Ramlan Penyunting Wan Inas binti wan Ghazali Nur Adilah binti Md Sukuri SEKSYEN FOTO & GRAFIK Penasihat Al Imran Azmi Ketua Norsyazwani binti Khayazid Puteri Najlaa binti Fadzil Jurugambar Siti Munirah binti Fauzan Radhiah binti Samsul Anuar Artis Grafik Nabihah binti Abdul Kadir Nur Baiduri bt Hambali USIM Today adalah hasil penerbitan pelajar tahun 3 Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan serta pelajar tahun 3 Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Ia diterbitkan dua kali setahun iaitu bagi semester 1 dan 2 pada setiap tahun pengajian.

7 Publizr Home


You need flash player to view this online publication