2

2 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 Tuanku Muhriz rasmi mercu baharu USIM Oleh: Norli Marlina Bt Mamat NILAI, 4 Okt- Perasmian Kompleks Islam Tuanku Muhriz yang merupakan mercu baharu USIM telah disempurnakan oleh D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, baru-baru ini. Setelah hampir 22 bulan projek pembinaan Kompleks Islam Tuanku Muhriz yang bermula pada Jun tahun lalu, akhirnya kompleks ini siap dibina sepenuhnya dan dibuka kepada warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terutamanya kepada para pelajar dan staf. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM dan beliau berkata dalam ucapannya bahawa kos pembinaan untuk projek tersebut dianggar bernilai lebih RM20 juta. “Pada 1 Ramadhan yang lepas kita telah menunaikan solat tarawih yang pertama dan pada 7 Ramadhan pula kita telah menunaikan solat jumaat yang pertama di kompleks Islam ini,” kata beliau. Menurut pengarah Kompleks Islam Tuanku Muhriz, Dr. Khairul Anuar Mohamed, tujuan utama pembinaan kompleks Islam ini adalah untuk seluruh warga USIM mengambil kesempatan dan peluang yang ada bagi memanfaatkan sepenuhnya kompleks Islam itu sendiri. Manakala timbalan pengarah kompleks Islam, Dr. Noornajihan Ja’far yang merupakan pensyarah tetap Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah pula berkata nama Kompleks Islam Tuanku Muhriz diambil bersempena dengan nama Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kerana universiti kita sendiri berada di bawah Negeri “Pada setiap hari akan diadakan pelbagai program yang berlainan di kompleks Islam itu sendiri. Pihak luar juga boleh mengadakan program di kompleks Islam dengan mengikut prosedur yang Sembilan dan Baginda juga merupakan Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Tuanku Muhriz sedang melawat kumpulan simulasi pengajian OKU pendengaran sepanjang aktiviti perasmian masjid dilakukan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz. ditetapkan bagi mengelakkan nama USIM daripada tercemar,” tambah beliau. “Harapan saya agar para pelajar USIM dapat selalu Kursus dakwah tanpa suara berakhir Oleh: Norli Marlina Bt Mamat USIM, 11 Okt- Malam Graduasi Kursus Dakwah tanpa Suara diadakan untuk meraikan mahasiswa dan mahasiswi yang telah berjaya menamatkan pembelajaran mereka dalam kelas Bahasa Isyarat untuk tujuan dakwah tanpa suara kepada golongan yang berlainan upaya. Seramai 110 orang pelajar dirai dan dianugerahkan segulung sijil mengikut tahap iaitu tahap 1 merupakan peringkat asas pendedahan terhadap golongan Pekak dan tahap 2 fokus kepada kemahiran berinteraksi bersama OKU Pekak secara latih tubi dan tugasan . Majlis ini dihadiri oleh para pelajar, pensyarah dan juga dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Profesor Madya Dr. Adnan bin Mohamed Yusoff dimana beliau telah merasmikan Malam Graduasi Kursus Dakwah tanpa Suara itu sendiri. Dalam ucapan perasmiannya, beliau ada menyebut terdapat banyak kelebihan mempelajari bahasa isyarat itu sendiri seperti dalam bidang pekerjaan di mana peluang pekerjaan lebih terbuka luas dan selain itu para pelajar juga boleh berbakti kepada masyarakat diluar sana. Menurut salah seorang graduan pada malam tersebut Ainul Mardhiah bt Kassim, pelajar tahun 3 program Quran dan Multimedia, dia telah belajar Bahasa isyarat ini selama 5 bulan serta melepasi tahap yang pertama dan akan memasuki tahap yang kedua. “Tujuan saya mempelajari Bahasa isyarat tersebut adalah untuk memahami dan berkomunikasi dengan lebih dekat dengan salah seorang sepupu saya yang merupakan seorang yang pekak pendengaran,” katanya. “Dalam setiap sesi kelas Bahasa Isyarat ini, kami akan diberikan 10 patah perkataan yang baru. “Antara cabaran mempelajari Bahasa ini ialah disekitar kami bukan daripada yang golongan pekak pendengaran jadi susah untuk kami mengaplikasikannya dan hanya akan menggunakan apabila berjumpa dengan kawan-kawan yang mempelajarinya,” tambahnya lagi. Ainul juga berkata bahawa terdapat inisiatif daripada pihak Sahabat Faqeh sendiri ingin menerbitkan AlQuran untuk orang yang pekak pendengaran serta terdapat khutbah solat Jumaat untuk orang pekak pendengaran dengan menggunakan bahasa isyarat. Majlis ini bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dimana USIM merupakan IPTA pertama yang menawarkan kelas secara terbuka sepanjang satu semester bermula pada tahun 2015. menghadirkan diri ke kompleks Islam dan menjadikan tempat ini sebagai tempat kedua selepas tempat belajar dan kolej kediaman yang seharusnya dijadikan sebagai tempat untuk berehat sahaja kerana kompleks ini merupakan rumah Allah dan terdapat banyak barakah didalamnya,” ujar beliau lagi.

3 Publizr Home


You need flash player to view this online publication