16 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 PERSONALITI Kurang Upaya bukan Penghalang Kejayaan Oleh: Siti Aishah Rosseni NILAI: Kurang upaya bukan alasan bagi seorang anak muda untuk mencapai kejayaan serta berdikari sehingga berjaya menjejakkan kaki di kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) seperti kebanyakan orang lain yang sempurna. Muhammad Hadi Darus, 21, dilahirkan dengan sepasang tangan tetapi sangat kecil dan tidak boleh digunakan serta kecacatan kedua-dua belah kaki pula menyebabkannya tidak boleh berdiri mahupun berjalan. Mahasiswa tahun tiga yang mengikuti pengajian Sarjana Muda Syariah dan UndangUndang itu hanya bergantung kepada kaki untuk melakukan segala tugasan dan pergerakannya juga turut dibantu oleh kerusi roda. Walaubagaimanapun, jiwa anak muda ini begitu besar d a n dengan kesungguhan kekuatan hatinya untuk mengatasi segala kekurangan diri. “Sejak memasuki tadika pada usia lima tahun, saya sentiasa memotivasikan diri bahawa diri ini sama seperti orang lain. Apa yang orang lain boleh buat, saya juga boleh buat,” katanya. Anak muda dari Pendang, Kedah ini sudah membiasakan dirinya untuk hidup berdikari sejak tingkatan empat lagi ketika dia sendiri yang memohon untuk tinggal di asrama dan pada mulanya dia akui memang susah tetapi selepas beberapa lama dia akhirnya mampu menyesuaikan diri. Anak kedua daripada lima beradik itu juga telah m e m b uk tik a n bahawa dia m a m p u b e r t a h a n menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar setelah hampir tiga tahun belajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tanpa ahli keluarga di sisi. “Sewaktu belajar di sini, secara teknikalnya tidak menjadi masalah tetapi terdapat kesukaran pada sesetengah subjek kerana bidang undangundang itu agak baru bagi saya disebabkan saya datang daripada aliran sains tulen sewaktu di sekolah menengah,” ujarnya. Namun begitu, Hadi tetap berjaya memperoleh keputusan yang dikira cemerlang dalam setiap prestasi pembelajarannya walaupun terpaksa menempuhi suatu bidang baru. Di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), nasib insan seperti Hadi tidak dipandang ringan malah pihak universiti juga mengubah suai sebuah unit rumah di Kolej Kediaman Nilam Court dan antara pengubahsuaian yang dilakukan adalah merendahkan suis elektrik bagi memastikan mahasiswa kurang upaya (OKU) seperti Hadi tidak berhadapan dengan masalah. Walaupun kolej yang didiaminya agak jauh dari kampus USIM, iaitu kira-kira 8.5 kilometer, dia tidak menghadapi masalah kerana pihak universiti telah menugaskan seorang kakitangan untuk mengambilnya dengan kereta. jika B a ga im a n a p un, ada kuliah pada waktu malam, Hadi tidak pulang pada waktu petang, sebaliknya menghabiskan masa dengan belajar atau membaca di surau sehingga kelas malam bermula “Sebagai pelajar, saya Kelainan Upaya bukan penghalang untuk menjalani kehidupan normal di Universiti. akan mengisi masa lapang dengan menyiapkan segala tugasan pada hari Sabtu dan Ahad dan pada waktu yang sama kadangkala saya menerima jemputan Muhammad Hadi Darus daripada beberapa buah sekolah untuk menyampaikan ceramah motivasi. “Saya suka bersemuka dengan pelajar dan berkongsi suka duka untuk berjaya. Jika saya sebagai OKU boleh berjaya, pelajar lain yang sempurna sifat lagi boleh berjaya,” katanya lagi yang setakat ini telah menyampaikan sebanyak dua puluh ceramah motivasi. Beberapa pesanannya juga kepada pelajar-pelajar dan rakan seperjuangan di USIM, gunakanlah peluang yang ada untuk sama-sama berbakti kepada masyarakat dan buatlah dalam apa jua usaha yang dilakukan. BIODATA Nama: Muhammad Hadi Darus (21 tahun) Fakulti: Fakulti Syariah dan Undang-undang (Sarjana Muda Undangundang dan Syariah dengan kepujian) Tahun pengajian: Tahun 3 (Sem 5) Kelahiran: Hospital Gua Musang, Kelantan Tempat tinggal: Kedah Jenis kecacatan: Mempunyai kedua-dua tangan yang kecil serta kaki yang tidak berfungsi sejak lahir ‘ Apa yang orang lain boleh buat, saya juga boleh buat ’ yang terbaik
17 Publizr Home