15 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 LATAR BELAKANG BELIAU Biodata • Zakaria Bin Kasa • Dilahirkan pada 11 Jun 1978 • Mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak Pendidikan • Sijil pelajaran Malaysia (SPM) • Pendidikan Sekolah Agama Pekerjaan • Berkhidmat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selama tiga tahun • Bekerja di Syarikat Keselamatan selama 13 tahun • Berkhidmat di Usim bermula pada 2010- 2014 ( Kampus Pandan Indah ) • Berpindah ke kampus Nilai 2015 sehingga sekarang sebagai Penyelia Unit Risikan dan Keselamatan (KP 19) Jaminan Keselamatan kepada Warga USIM untuk melakukannya serta mengejar anjing-anjing tersebut dengan yang keluasan ada dalam kawasan ini. Bagi menangkap keseluruhan anjing yang ada itu adalah mustahil bagi kami, tetapi kami hanya dapat mengurangkan bilangan yang ada dan pada setakat ini perkara itu telah pun berjaya. Pada anjing-anjing yang pengetahuan saya, berada di kawasan ini pada waktu sekarang, adalah anjing yang boleh keluar masuk melalui pagar Usim. Anjing yang memang menetap di kawasan Usim ini telah pun dibawa keluar. 8 ) Soalan: Kes kecurian, pecah masuk rumah terutamanya bagi pelajar yang tinggal di rumah sewa seringkali berlaku. Pada pendapat tuan, apakah punca kejadian ini? Majoriti kes ini berlaku terhadap rumah En. Zakaria Bin Kasa Jawapan: Boleh saya katakan, kes- kes kecurian yang berlaku di rumah pelajar luar kampus berpunca daripada kelalaian mereka sendiri terutamanya pelajar lelaki. Sebagai contoh, tedapat pelajar yang sering kali keluar sehingga lewat malam tanpa mengunci pintu rumah, pagar dan sebagainya di mana mereka sendiri yang mendedahkan rumah mereka kepada pencuri. Saya tidak menidakkan juga terdapat kes kecurian yang berlaku di sesebuah rumah sewa yang memerlukan usaha kepada pencuri untuk mencerobohi rumah tersebut. Tetapi, kebanyakan kes kecurian yang berlaku adalah disebabkan oleh kelalaian pelajar- pelajar yang menginap di rumah sewa pelajar lelaki atau perempuan? tersebut. 9 ) Soalan: Adakah kes ini dilaporkan kepada pihak polis atau sekadar dalam pengetahuan warga Usim sahaja? En. Zakaria Bin Kasa Jawapan: Penglibatan perlu dalam polis adalah kes- kes ini. Hal ini kerana, kes yang berlaku ini adalah di luar bidang kuasa pihak kami dan kejadian berlaku di luar kawasan kampus. Justeru itu, telah banyak kes yang kami laporkan kepada pihak polis untuk di ambil tindakan. Pihak kami hanya mampu memberi khidmat nasihat kepada para pelajar tersebut. 10 ) Soalan: Sedikit nasihat yang dapat diberikan oleh pihak tuan kepada para pelajar di luar sana Statistik kes yang berlaku di luar kampus yang dicatat sepanjang sesi Tahun 2017 sehingga bulan November. Kredit foto: FB Majlis Perwakilan Pelajar USIM. En. Zakaria Bin Kasa Jawapan: Nasihat yang mampu saya berikan kepada pelajar di luar sana terhadap kes kecurian ini, setiap pelajar perlulah mendisiplinkan diri dalam menjaga keselamatan rumah, barang berharga serta diri mereka sendiri. Seperti yang kita tahu, sebuah rumah itu kebiasaannya diduduki oleh 11 hingga 12 orang pelajar. Agak mustahil untuk kita mendisiplinkan setiap pelajar yang ada di dalam rumah itu. Perkara yang boleh saya cadangkan ialah perlu ada seorang atau dua orang pelajar yang mampu mendisiplinkan diri mereka dan ahli rumah yang lain agar dapat mencegah kes kecurian berlaku. itu daripada
16 Publizr Home