INFO EDITORIAL 6 SIDANG EDITORIAL DEKAN Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Profesor Madya Dr. Mohd Radhi Bin Ibrahim Fakulti Pengajian Bahasa Utama Prof. Madya Dr. Noor Azizi Ismail KETUA Program Komunikasi Dr. Sofia Hayati Binti Yusoff Program Bahasa Arab & Komunikasi Dr. Wan Azura Binti Wan Ahmad PENGARANG URUSAN Ainurliza Mat Rahim EDITOR Norzaidah Binti Zainudin SEKSYEN BERITA Ketua Nurul Izzati Binti Amran Wartawan Siti Aminah Binti Sautar Siti Amira Binti Safar Norizati Binti Ab Hamid Nur Syuhada Binti Zamri Norhamidah Binti Saleeh SEKSYEN RENCANA Ketua Siti Azimah Binti Yunus Penulis Nursyakila Binti Gadimin Syazana Binti Abd Rahman Nurshahidah Binti Sajah Nur Fatihah Binti Johari SEKSYEN SUKAN Ketua Nur Syahirah Binti Yazid Wartawan Nurulhuda Binti Che Soh PENYUNTING NASKHAH Ketua Nur Izzati Binti Yusoff Penyunting Ainul Lyana Binti Mahtar Noraini Binti Azmi Ahmad Fansury Bin Ramlee SEKSYEN FOTO & GRAFIK Penasihat Al Imran Azmi Ketua Nurul Huda Binti Zainudin Jurugambar Siti Nur Ain Binti Ishak Hani Aishah Binti Wasman Artis Grafik Nor Amirah Binti Ibrahim Nurul Lyana Binti Rahmat USIM Today adalah hasil penerbitan pelajar tahun 3 Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan serta pelajar tahun 3 Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Ia diterbitkan dua kali setahun iaitu bagi semester 1 dan 2 pada setiap tahun pengajian. NORZAIDAH BINTI ZAINUDIN Editor Usim Today LESTARI ALAM DEMI UMMAH Dalam mencapai Kampus Barakah, persekitaran dan sekeliling juga adalah penting demi menjaga kebersihan bersama. Pepatah arab ada mengatakan “Kebersihan itu separuh daripada iman”. Hal ini bertepatan dengan pelancaran program kitar semula USIMBIOSIS 2.0, sempena perasmian Pesta Konvokesyen USIM Ke-15 (C’fest 15) pada 20 November lalu. Pelancaran Program Kitar Semula USIMBIOSIS 2.0 merupakan kesinambungan USIMBIOSIS 1.0 yang dijalankan sejak tahun 2015 membabitkan 100 pelajar universiti yang menubuhkan persatuan sukarelawan. Program kelestarian alam itu menyediakan kemudahan kitar semula seperti tong sampah 3R (Reuse, Reduce and Recycle) di kampus, larangan penggunaan polisterina, proses penghijauan kampus menerusi penanaman pokok buah dan usaha menjimatkan tenaga elektrik. USIMBIOSIS 2.0 pula bermatlamat menggerakkan budaya kitar semula 3R bersama komuniti berhampiran USIM dalam usaha mengurangkan penghasilan karbon dioksida yang boleh memberi kesan buruk kepada persekitaran dan masyarakat. USIM adalah antara universiti yang terpilih untuk menjayakan program ini kerana telah menjalankan beberapa aktiviti kelestarian alam sekitar melalui program USIMBIOSIS 1.0 sebelum ini. Pusat Kutipan dan Kitaran Semula akan dibina di Universiti Islam Malaysia (USIM) di sini melalui program Recycle@ USIM, dalam usaha membudayakan kelestarian alam sekitar. Pusat itu akan dibina dengan kerjasama Coca Cola Malaysia selaku penaja yang telah menyumbangkan sebanyak RM50,00 bagi tujuan kelestarian alam sekitar. Moga ia akan dapat dimanfaatkan warga kampus dan masyarakat sekitar. Dengan adanya tong sampah 3R, sememangnya melatih mahasiswa untuk terus menyokong penggunaan tong tersebut dengan sebaiknya. Selain fokus pada matlamat menggerakkan budaya kitar semula bersama komuniti, cara ini juga merupakan salah satu medium untuk mengeratkan ukhuwah antara penduduk di sekitar USIM, terutama komuniti di Acacia Park, Desa Jati dan Taman Desa Anggerik. USIM bukan sekadar tempat pembelajaran, malah melahirkan mahasiswa yang sentiasa cakna dalam pelbagai perkara. Dan yang paling utama ia merupakan tanggungjawab setiap warganya dalam mentransformasi dan menghasilkan nilai kepada ne ga r a , ummah dan manusia sejagat.
7 Publizr Home