4

BERITA SEMASA 4 Mahkamah Olok-Olok Cungkil Bakat Peguam Muda Oleh : Nur Shuhada binti Zamri Nilai, 12 Nov- Telah berlangsung Pertandingan Perbicaraan Mahkamah Olok-Olok (PPMOO) Peringkat Kebangsaan 2017 yang bertujuan untuk muda mencungkil bakat peguam yang bertempat di Dewan Kuliah Pusat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini. Program yang berlangsung selama 2 hari itu melibatkan enam buah Institut Pengajian Tinggi khususnya para pelajar daripada jurusan Syariah Undang-Undang, Fakulti Syariah Undang-Undang (FSU) serta disertai enam pasukan lain daripada pelatih dalam kamar dan peguam muda yang mewakili setiap negeri. Yang Dipertua Persatuan Mahkamah Malaysia PAM, YB George Varugey dalam majlis gemilang itu berucap, pertandingan ini merupakan tahun kedua diadakan dimana tahun sebelumnya bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta yang terdiri mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universiti Sains Islam Malaysia USIM kerana telah sudi menjadi tuan rumah pada anjuran kali ini. “Saya kira pada kali ini cukup bersejarah kerana buat julung kali nya piala pusingan Presiden BA Malaysia diperkenalkan dan ini merupakan tanda sokongan padu saya dan BA Malaysia bagi PPMOO 2017. “Dengan adanya piala pusingan ini ia dapat menyuntik semangat para pelajar pelatih dalam kamar, peguam muda untuk menyertai pertandingan ini pada masa hadapan,” katanya. George berkata, dia menaruh harapan yang tinggi agar peguam muda, pelatih dalam kamar dan pelajar undangundang universiti awam dan swasta dapat menimba pengalaman dalam pertandingan ini. “Tahniah kepada pemenang dan menjadi harapan saya pertandingan seumpama ini perlu diteruskan pada masa akan datang dan terus menjadi Pelajar Luar Kampus Wajib Bayar Yuran RM 10.00 Oleh: Norizati Binti Abd Hamid NILAI- Sekretariat pelajar luar kampus telah mewajibkan semua pelajar luar kampus membayar yuran sebanyak RM10 bermula semester 1 sesi 2017/2018 yang mana telah menjadi isu dalam kalangan pelajar luar kampus tersebut. Perkara itu dibincangkan di dalam program, Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Perwakilan Pelajar 2016/2017 yang telah diadakan di Dewan Kuliah Pusat 2 (DKP2). Salah seorang pelajar luar kamus meminta untuk menjelaskan tujuan yuran tersebut dikenakan. Aimi Zuhrina Binti Razalee selaku Naib yang Dipertua 2, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berkata, yuran yang dikenakan adalah bertujuan untuk tabung persediaan sekiranya berlaku sebarang musibah seperti rompakan atau kes kecurian. “Yuran sebanyak RM 10.00 ini bukan untuk membebankan pelajar malah yuran ini adalah untuk membantu pelajar yang ditimpa katanya. musibah,” “Hal ini telah dibincangkan bersama Naib Canselor (NC) Profesor Dato Dr Musa Ahmad, beliau bersetuju untuk mengenakan yuran itu kepada pelajar di luar kampus untuk kebaikan semua,” ujarnya. Nazrul Hakim Bin Mohd Nazir selaku Exco Akademik Pembangunan Intelektual (MPP) berkata, jika ada di antara pelajar yang tidak mahu membayar yuran RM 10.00, maka mereka perlu memberi butiran peribadi kepada beliau untuk tidak melibatkan pelajar tersebut daripada aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Selain itu, Mohd Irfan Bin Abdullah, salah seorang mahasiswa daripada Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) yang hadir sama pada majlis malam itu berkata, kini beliau sudah jelas dengan penjelasan yang diberikan oleh MPP, berkenaan dengan isu yuran itu. “Sekirannya dengan kutipan yuran itu bertujuan untuk menolong mahasiswa dan mahasiswi USIM, saya sanggup untuk membayar yuran tersebut demi kepentingan semua,” katanya. Oleh: Siti Amirah Safar & Nur Syuhada Zamri NILAI, 8 NOVEMBER 2017 – Telah berlangsungnya Program Grand Opening Biah Solehah buat julung kalinya selepas pelantikan tapuk kepimpinan yang baharu dalam Sekretariat Fakulti Sains Dan Teknologi (SEKREFAST) dengan membawakan satu forum yang bertemakan “Reclaim Your Heart”, bertempat di Fakulti Ekonomi dan Muamalat(FEM). Berlangsungnya program ini selama lima hari, iaitu pada 6 sehingga 10 November 2017, susulan daripada forum tersebut turut diadakan kempen 4S yang membawa maksud Senyum, Salam, Sapa dan Santun. Kempen ini akan dilaksanakn pada setiap minggu di Fakulti Sains Dan Teknologi (FST). Timbalan Dekan FST, En Ahmad Nazrul Bin Rosli dalam ucapannya, Wajah ceria Johan yang dirangkul oleh K2220 dari UKM yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 2500 beserta piala pusingan, piala iringan, plak dan sijil pemenang sambil disaksikan oleh Naib Canselor Usim. pentas utama dalam mencungkil kebolehan dan kemahiran peguam muda, pelatih dalam kamar dan pelajar undang-undang,” katanya. Tambahnya lagi, pertandingan ini akan didedahkan pada pelajar undang-undang tentang prosedur mahkamah dan pra persediaan bagi mereka untuk terjun ke bidang kehakiman dan kepeguaman apabila tamat pengajian kelak. Dalam pada itu, Muhammad Akmar bin Muhammad Daus dari Negeri Pulau Pinang kategori B pelatih dalam kamar dan peguam muda ketika diwawancara berkata dia gembira walaupun persediaan yang dibuat bersama ahli pasukannya dilakukan di saat-saat akhir seterusnya tidak menyangka pada hari pertama pertandingan telah diumumkan berjaya memasuki peringkat akhir. “Kami berasa terkejut dan kemudian hari ini pula diumumkan mendapat tempat kedua syukur alhamdulillah,” katanya. “Sambutan yang diadakan sangat baik dan persaingan juga sengit insya Allah untuk pertandingan seterusnya pada tahun hadapan akan diserahkan kepada junior pula. SEKREFAST Anjur Program Biah Solehah Julung Kali “Walaupun program 4S ini nampak kecil tetapi inilah yang selalu diingatkan kepada mahasiswa untuk mewujudkan suasana biah solehah di fakulti. Tambahnya lagi,“Program ini akan berjaya jika kita sebagai individu memulakan dahulu amalan 4S, barulah ia akan menjadi ikutan dan tabiat kepada pelajar lain,”. Siti Hajar Mislan, Timbalan Pengarah program berkata, “Apabila biah dijaga di setiap fakulti, maka sahsiah akan terbentuk di dalam diri mahasiswa itu sendiri. Tambahnya lagi,”Saya berharap agar program ini dapat memberi impak yang besar kepada mahasiswa sehinggakan mereka dapat membuat perubahan dengan membaca Al-Quran sebelum perkuliahan bermula,”.

5 Publizr Home


You need flash player to view this online publication