3

BERITA SEMASA 3 Kompleks Islam Mercu Tanda Baharu Oleh : Siti Aminah Binti Sautar NILAI, 4 OKTOBER 2017Kompleks Islam Tuanku Muhriz kini menjadi tumpuan utama sebagai mercu tanda Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), selepas bangunan canselori yang memulakan operasi pada bulan Oktober yang lalu. Kompleks Islam ini menjadi mercu tanda baru bagi warga USIM setelah mengambil masa selama tiga tahun untuk dibina dengan peruntukkan sebanyak RM 20.186 juta dan kompleks Islam ini juga boleh memuatkan seramai jemaah. Pengarah pusat Islam, Dr. Khairul Anuar bin Mohamad berkata “Dengan adanya kompleks Islam ini, pelbagai aktiviti keagamaan dapat dijalankan sepanjang minggu seperti pengajian kitab turath dan talaqqi kitab,”. Tambah Dr. Khairul Anuar lagi, beliau berharap agar dengan adanya program tadabbur AlQuran yang diadakan setiap hari selasa selepas solat Asar. 4000 Kompleks Islam USIM yang siap dibina pada tahun 2016 ini menjadi mercu tanda baru buat warga USIM. Beliau berucap semasa merasmikan majlis pengimarahan Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Karnival pengimarahan Kompleks Islam Tuanku Muhriz berlangsung selama 3 hari bermula 3 Oktober hingga 4 Oktober 2017 yang bertujuan memperkenal - kan kompleks Islam kepada pelajar USIM dan penduduk sekitarnya. Minggu Kesedaran Mental pertama kali di USIM >> Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan cakna isu kesihatan Oleh: Siti Amirah Binti Safar NILAI, 23 OKTOBER 2017Telah berlangsungnya program Mental Minggu Kesihatan Mental yang telah dianjurkan buat pertama kalinya selama lima hari, iaitu pada 23 hingga 27 Oktober, bertempat di Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan (FKP) dibawah anjuran Mahasiswa Kaunseling Tahun 4 dengan membawa tema “Let’s talk about Mental Health Issue”. Pengarah program, Muhammad Azri bin Abdul Aziz berkata,” Kami sedar masalah kesihatan mental semakin serius sejak kebelakangan ini di Malaysia, jadi kesedaran untuk menjaga kesihatan mental kurang dan masyarakat tidak mengambil berat tentang penjagaan kesihatan mental walhal pentingnya jaga dengan pentingnya jaga kesihatan fizikal”. Sebab itulah dianjurkan buat kali pertama di USIM. Tambahnya lagi, program ini adalah untuk tingkatkan pengetahuan serta menyangkal stigma negatif terhadap penyakit-penyakit mental yang boleh mempengaruhi tahap fungsi diri. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mahasiswa tentang kesihatan mental dan kesejahteraan diri. “Program ini amat penting kepada pelajar kerana dalam konteks universiti, mereka sentiasa berhadapan dengan tekanan. Jadi para pelajar seharusnya mengetahui cara “coping skill” yang betul untuk mengelakkan mereka sentiasa berada dalam emosi yang negatif seterusnya boleh menyumbang kepada berlakunya simptom-simptom tekanan”. Katanya lagi. “Pelajar terdedah kepada stress yang mana bentuk pendidikan di universiti memerlukan kekuatan fizikal dan mental demi melaksanakan tugasan sebagai pelajar walaupun stress dipandang remeh dan biasa tetapi jika dibiarkan akan membentuk masalah mental seperti kemurungan”, kata Muhammad Azri, pengarah program. Turut diadakan forum yang membawa tajuk “Religiosity VS Depression” yang disampaikan oleh panel pakar muslim dan bukan muslim di Dewan Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang dua persepsi yang berlainan antara dua agama. Manakala, menurut Nurul Lyana binti Rahmat, 21, Fakulti Pengajian Bahasa Utama sebagai pengujung program ini menyokong sepenuhnya usaha yang telah dilaksanakan oleh Mahasiswa Tahun 4 Kauseling kerana memberi pendedahan kepada mahasiswa lain tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan mental. Program dirasmikan oleh oleh Dr Ku Suhaila, Majlis Tertinggi Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). Pelbagai acara menarik yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti forum Perdana, sukan memanah, bicara fiqh wanita, tadabbur juzu’ amma dan bacaan al-quran berqiraat. kepada stress“ Pelajar terdedah yang mana bentuk pendidikan di universiti memerlukan kekuatan fizikal dan mental demi melaksanakan tugasan sebagai pelajar walaupun stress dipandang remeh dan biasa tetapi jika dibiarkan akan membentuk masalah mental seperti kemurungan” MUHAMMAD AZRI BIN ABDUL AZIZ Pengarah Program Minggu Kesedaran Mental

4 Publizr Home


You need flash player to view this online publication