15

SOAL JAWAB 15 Islam agama yang lengkap dan sempurna. apa yang dibolehkan oleh alQuran dan anggotanya yang ternampak menurut tapak qaul tangan yang yang diberatkan, iaitu wajah dan kedua sahaj a. Pakaian itu bukan dari jenis yang jarang, sehingga dapat menampakkan apa yang dibelakangnya kerana Nabi SAW bersabda mafhumnya: Maksudnya: “Dua golongan termasuk ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian separuh bogel (kerana memakai pakaian yang nipis atau yang menampakkan susuk badan), yang berjalan dengan berlenggang lenggok (sepert i perjalanan seorang pelacur), yang kepalanya terhuyunghayang laksana kelana unta yang wanita-wanita bergoyang-goyang, tidak itu akan memasuki syurga, sedangkan bau syurga itu akan tercium dalam jarak sekian dan sekian.” 9) Apakah pandangan Islam mengenai wanita yang menutup aurat tetapi hakikatnya masih mendedahkan aurat? Menutup aurat adalah wajib dan mendedahkannya adalah haram. Jelas di dalam alQuran pada surah an-Nur ayat 31 larangan mendedahkan aurat kecuali muka dan tapak tangan (tafsiran Saidatuna Aishah dan Ibn Abbas radiyallahu anhuma). 10) Adakah mengangkat tangan ketika berdoa itu salah satu sebab makbulnya doa? Sebatas mana keperluan kita mengangkat tangan ketika berdoa? Ya, ia antara sebab cepat makbulnya doa. Sabda Nabi S.A.W, Allah malu apabila ada seseorang menadah tangan memohon kepada-Nya, namun dikembalikan dalam keadaan kosong tidak mendapat apa-apa. (Mafhum hadis) Riwayat Imam Tirmidzi. Di angkat kedua tangan separas dada, dengan keadaan tangan dirapatkan. 11) Benarkah kalau seseorang itu berada dalam keadaan hadas besar (ketika haid) ia tidak boleh memotong kuku? Dan benarkah rambut yang telah gugur itu perlu dibawa ketika mandi wajib? Hanya pendapat mazhab Syafie memakruhkan, tidak di sisi mazhab yang lain. Alasan ulama Syafie kerana kita akan dibangkitkan dengan semua anggota badan. Tidak mahu nanti ada anggota yang tidak suci. 12)Adakah dibolehkan menyapu muka dengan tangan kanan selepas kita memberi salam? Harus dan tidak sampai kepada haram. Sesetengan ulama’ mengatakan sebagai mengambil berkat kerana dalam solat ada doa. Nama BIODATA : Mohd Aizuddin bin Abdul Aziz Tarikh lahir : 6 Jun 1985 Pekerjaan : Guru Bahasa Kelulusan : BA Syariah (USIM), DIJAP (USIM) dan MA Syariah (USIM) Emel : aizuddin@usim.edu.my

16 Publizr Home


You need flash player to view this online publication