14

SOAL JAWAB 14 SOAL JAWAB AGAMA FIQH UMUM Oleh : Syazana Abd Rahman & Nur Syakila Gadimin 1) Apakah hukum bertaklid atau mengikut mazhab lain sedangkan di Malaysia hanya berpegang kepada mazhab syafie? Hukum asal bertaklid kepada mana-mana mazhab sanad, maka yang pasti dapat dinisbahkan kepada pengasasnya seperti jalur talaqqi dan hukumnya adalah dibolehkan. Tetapi perlu dibezakan antara beramal sendiri dan memberi fatwa. Individu bebas beramal dengan apa sahaja mazhab yang dipelajarinya, tetapi fatwa tidak. Ini kerana fatwa atau mufti di Malaysia telah diikat dengan undang-undang yang menghendaki mereka berfatwa dalam konteks Mazhab Syafie terutamanya sebelum berpindah kepada tiga mazhab yang lain iaitu Hanafi, Maliki dan Hambali. 2) Puasa nazar tidak dapat dilaksanakan kerana meninggal dunia. Sekiranya ditinggal . “Barangsiapa mati padahal dia mempunyai puasa (ada qada’ puasa) akan menggantikan puasa ersebut oleh warisnya.” Riwayat Bukhari & Muslim. Rujukan (Hasyiah Baijuri) itu wajib diganti oleh waris. 3) Hukum mengqada’kan solat fardhu yang tertinggal samada sedar atau tidak? Solat fardu yang ditinggalkan secara sengaja ataupun tidak adalah wajib menqada’kannya. Sabda Nabi s.a.w. “Barangsiapa yang terlupa mendirikan solat, ataupun tertidur daripada melaksanakannya, maka kaffarahnya adalah melakukannya apabila dia mengingatinya.” (Riwayat Imam Muslim). Istinbat ulama’ fiqh mewajibkan qada’ solat berdasarkan hadis di atas adalah secara qias aulawiyy. Jika tidak sengaja pun wajib qada’ apatah lagi dengan sengaja meninggalkan, terlebih utamalah mengqada’kan. 4) Apakah hukum pelajar melanggar peraturan dari sudut masa kerana tidak menunaikan hak pelajar kepada guru? Sebarang tindakan pelajar universiti menyalahi etika pengajiannya,seperti tidak datang ke kelas, tidak belajar bersungguh-sungguh dan lainlain yang berkaitan dengan adab seorang pelajar. Hukum syar’ie berkaitannya adalah dengan melihat kepada akad yang dibuat. Sekiranya terdapat akad tertentu dengan pihak universiti ataupun pihak penaja pengajiannya supaya belajar bersungguh-sungguh dan tidak mengabaikan kuliah, maka tindakannya mengambil sambil lewa dalam urusan pengajiannya adalah haram dan berdosa kerana dikira mengkhianati akad atau perjanjian tersebut. 5) Azan berkumandang ketika sedang solat. Apakah hukumnya? Sekiranya solat tersebut didirikan di dalam waktunya, maka solat tersebut sah. Azan adalah suatu syiar dan iklan menunjukkan telah masuk waktu bagi mereka yang tidak mengetahui tentang masuk atau tidak waktu solat. Cumanya, mereka yang mengambil pendekatan terus mendirikan solat sebaik mendengar kumandang azan akan menyebabkan luput fadhilat yang besar,iaitu mendapat syafaat Nabi pada hari khiamat (Riwayat Bukhari). Ini antara pandangan yang disebutkan oleh guru kami al-muhaddis Syeikh Ibrahim Al-Qattani. 6) Apakah hukum solat yang dilakukan sekiranya tidak khusyuk dan adakah ia dikira berdosa ? Pendapat yang dikemukakan oleh Imam Al-Nawawi dan juga jumhur ulama bahawa solat yang dilakukan dengan tidak khusyuk tidak membatalkan solat. Manakala jika seseorang melakukan perkara-perkara yang boleh menghalang kekhusyukan seperti banyak bergerak, berfikir perkaraperkara yang tiada kaitan dengan solat, banyak beralih ke kiri dan kanan, maka perbuatan tersebut adalah dimakruhkan. Walaupun begitu, tidak khusyuk di dalam solat akan mengurangkan pahala solat dan menjadikan solat seseorang itu tidak sempurna. Kami juga tidak menafikan bahawa pandangan yang mewajibkan untuk khusyuk di dalam solat mempunyai asas yang kukuh. Imam Ibn alQayyim pernah mengatakan: Solat orang-orang munafiq adalah solat anggota badan, bukannya solat jantung hat i . Lihat Madaar ij Al-Saalikin, Ibn al-Qayyim (1/354). Lakukanlah solat dengan penuh kekhusyukan serta hayat i lah int ipati bacaan yang dibaca di dalam solat, supaya solat kita tidaklah sekadar pergerakan anggota badan akan tetapi solat yang terzahir dar ipada kekhusyukan jiwa, kerendahan hat i, tunduk, serta patuh menghadapkan diri di hadapan Al lah. Kami berdoa supaya Al lah S.W.T memberikan kepada kita semua kekhusyukan di dalam solat dan semoga Al lah menerima segala amalan soleh yang kita lakukan. 7) perempuan Apakah batasan aurat muslimah hadapan perempuan kafir? Pandangan muktamad dalam mazhab Syafie, batasan aurat muslimah dan bukan muslimah ialah sama seperti auratnya dengan lelaki ajnabi. Namun, di sisi Imam Ghazali alashah, di sisi beliau ialah sama sahaja auratnya seperti dengan muslimah. (Raudah Nawawiyy) Talibin 8) Apakah hukumnya di sisi Islam bagi orang perempuan berpakaian menampakkan bentuk tubuh dan apakah hukumnya bagi orang yang sengaja melihat aurat orang? Dalam seperti menjawap persoalan ini, saya Menampakkan tubuh dengan berpakaian itu tidak dibolehkan dalam Islam kerana melanggar adab berpakaian yang yang sepatutunya longgar bagi perempuan. Melihat aurat orang lain secara sengaja hukumnya adalah berdosa dengan nas al-Quran dan hadis. Mengikut pendapat yang rajah dan sahih suara perempuan bukanlah aurat. Ia hanya dikira sebagai aurat jika suara berkenaan digunakan untuk perkara yang boleh menarik perhatian kaum lelaki. Kami menukilkan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal Wa al-Haram Fi al-Islam berkenaan dengan ciri pakaian yang sepatutnya dipakai oleh wanita, antara lain katanya: Pakaian wanita muslimah hendaklah bersopan sebagaimana yang diajarkan oleh Islam. Manakala pakaian ala Islam ialah kesemua pakaian yang terkumpul padanya sifat-sifat ini: Pakaian itu hendaklah menutup aurat semua badan wanita kecuali di

15 Publizr Home


You need flash player to view this online publication