10 LENSA WAJAH-WAJAH kegembiraan peserta terserlah semasa larian berlangsung. Oleh: Paradila Zulpizar paradila@usimtoday.com Foto: Nurain Azamat SEPANG: Seramai 40,000 mahasiswa menyertai larian Malaysians United Run 2017 dan sekaligus menunjukkan peningkatan bagi penyertaan kali ini berbeza daripada sebelum ini. Sebelum ini, larian hanya melibatkan seramai 17,000 peserta sahaja tetapi pada kali ini penyertaannya meningkat kepada 40,000 peserta yang datang daripada pelbagai Institut Pengajian Tinggi(IPT). Penaung Institut Onn Jaafar (IOJ), Dato’ Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau amat berpuas hati dan teruja melihat penyertaan ribuan belia dalam larian berkenaan. “Saya juga amat berbangga dengan penganjuran MUR 2017 kerana bukan sahaja berjaya mengumpulkan seramai 40,000 peserta daripada 60 buah kolej dan universiti, tetapi turut diiktiraf oleh Brand Laureate,” katanya. Hishammuddin berkata lagi, dana yang diperolehi antaranya daripada penaja seperti Syarikat Sapura, Techtrend, West Star dan diuruskan sepenuhnya oleh ahli jawatankuasa yang dilantik. “Ahli jawatankuasa yang dilantik ini pula terdiri daripada wakil IPT termasuk UKM dan KDU University College. “Setiap jawatankuasa akan menguruskan sekurangkurangnya satu kes dan dana bagi setiap penaja akan digunakan untuk menampung perbelanjaan pendidikan baik,” katanya. Seterusnya, duta kanak-kanak yang kurang bernasib ahli jawatankuasa MUR selaku Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nurul Izzah Mohd Khir berkata, terdapat beberapa perbezaan antara MUR kali ini dengan penganjuran yang lalu. “MUR kali ini boleh dikatakan besar kerana menerima banyak penajaan daripada pelbagai pihak organisasi badan kebajikan yang lain. “Dan yang pasti, badan-badan kebajikan yang memberi penajaan itu adalah untuk membantu kanak-kanak yang berpenyakit, menghidapi kanser dan yang kurang berkemampuan. “MUR ini sangat wajar dilaksanakan kerana memberi banyak faedah kepada semua pihak. “Kanak-kanak yang kurang berkemampuan ini akan rasa bersemangat kerana larian ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan dana bagi keg mereka sendiri. “Mereka juga menyedari bahawa masy sekeliling sangat mengambil berat terhadap m dan program ini merupakan salah satu bukt ujarnya. Disamping itu, peserta MUR 2017, Nur A Mohd Azmi berkata, MUR ini sangat wajar dia kerana program sebegini yang akan membuka semua pihak bahawa terdapat ramai lagi k kanak yang kurang berkemampuan di Malays “Saya juga berharap program MUR ini memberi kesedaran kepada remaja, mahasisw masyarakat Malaysia. Pen da o
11 Publizr Home