18

10 MAJLIS PERASMIAN PEST KITAR SEMULA USIM BIOSIS Disediakan oleh: Noor Hamizah Ahmad Almansuri NILAI, 19 November 2017:Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen dan Pelancaran Recycle@USIM telah diadakan di Pentas Utama, Kompleks Sukan Tuanku Najihah bermula pada pukul 4 petang yang disempurnakan oleh ProCanselor Usim, YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz. Majlis ini diurusetia oleh mantan barisan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) sesi 2016/2017 meneruskan tradisi sebagai penganjur Pesta Konvokesyen USIM bersempena Majlis Konvokesyen USIM ke-15 yang berlansung pada 21 sehingga 23 November 2017. Penganjuran Pesta Konvokesyen USIM 2017 dengan tema “Menginsankan Teknologi Ke Arah Pembangunan Ummah” dan dijangka lebih 35,000 pengunjung bakal menghadiri Pesta Konvokesyen sepanjang 6 hari penganjurannya Pesta konvokesyen ini dianjurkan sempena Majlis Konvokesyen USIM ke-15 selama 3 haridan Pelancaran Recycle@USIM ini bersempena dengan pembinaan sebuah unit pusat sehenti pengumpulan kitar semula di sekitar USIM. Berkata Ybhg. Prof Dato’ Dr Musa Ahmad dalam ucapannya, “Usim merupakan antara Universiti yang terpilih untuk bersama-sama pihak Coca-Cola Malaysia dan Universiti Putra Malaysia untuk menjalankan beberapa aktiviti kelestarian alam sekitar di sekitar kampus”. “Jadi Pelancaran Program Kitar Semula USIM BIOSIS 2.0 merupakan kesinambungan USIM BIOSIS 1.0 yang dijalankan sejak tahun 2015 membabitkan 100 mahasiswa universiti yang menubuhkan persatuan sukarelawan. Iaber matlamatkan untuk menggerakkkan budaya kitar semula 3R bersama komuniti berhampiran USIM di samping mengurangkan penghasilan karbon dioksida yang memberi kesan buruk kepada masyarakat dan persekitaran”. Pro Canselor USIM, Tunku Ali RedhauddinTuanku Muhriz(tiga dari kiri) meleta perasmian Pesta Konvokesyen USIM ke-15 dan Recycle@USIM. Sedia Tong Sampah 3R Katanya, program ini menyediakan kemudahan kitar semula seperti tong sampah 3R (Reuse, Reduce and Recycle) di sekitar USIM dan larangan penggunaan polistrina, proses penghijauan kampus menerusi penanaman pokok buah dan usaha menjimatkan tenaga elektrik. Majlis turut dihadiri pentadbiran tertinggi USIM yang terdiri daripada Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Timbalan Naib Cancelor(Hal Ehwal Pelajardan Alumni) USIM, Prof. Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antabangsa) USIM, Prof Dato’ Dr Zulkiple Abd Ghani, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM, Prof. DrRoshada Hashim dan CEO Syarikat Coca Cola, En. Ahmad Yehia. Sempena penganjuran CFEST 2017 ini, pelbagai acara dan pengisian disediakan aspek riadah, keagamaan, intelektual, meliputi forum pembangunan diri dan keusahawanan. Lebih 20 gerai jualan disediakan yang menjual pelbagai produk seperti makanan, pakaian, bahan bacaan dan aksesori ditawarkan untuk memenuhi serta memberi pilihan citarasa kepada pengunjung. Antara disediakan ialah sukan dan rekreasi. 2,564 Bakal Terima Skrol Mulai 21 November 2017, seramai 2,564 graduan, iaitu (86) graduan peringkat ijazah (PHD), sarjana, (149), diploma (64) dan sarjana muda, (2,263) bakal menerima secara berperingkat tuanku Canselor. Dijangkakan lebih 35,000 acara yang pertandingan, program ilmiah, jualan, pameran, konsert dan persembahan serta orang akan hadir CFEST ke-15 dan majlis konvokesyen ini. menghadiri doctor falsafah skrol masing-masing di Dewan Tunku Ali RdhauddinTuankuM diperhatikan, Prof. Dato’ Dr. M Konvokesyen USIM ke-15 danRe

19 Publizr Home


You need flash player to view this online publication