9

AKTIVITI PELAJAR 8 I-CEPS Platform Usahawan Muda OLEH: NOR FARAHHAIDA BINTI ABD RASHID Nilai, 6 Oktober 2017 - Seramai 353 pelajar telah terlibat dalam menjayakan program yang dianjurkan oleh pelajar tahun 4 Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) yang merupakan Program Konvensyen Keusahawanan Islam (I-CEPS) kali ke-13 bertempat di perkarangan Dewan Tunku Canselor (DTC), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai. Program I-CEPS pada kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang dunia usahawan sebenar serta menerapkan nilainilai positif yang dapat meningkatkan jati diri pelajar. Aktiviti yang berlangsung selama 4 hari ini bermula dari 5 hingga 8 Oktober telah mensasarkan seramai 10 ribu kunjungan khususnya penduduk sekitar Nilai dan penduduk di sekitar Lembah Klang secara amnya. “Dengan program seperti ini, diharapkan pelajar FEM dapat membuka mata dan memberi pengalaman serta pendedahan kepada semua pelajar FEM tahun akhir khususnya untuk sama sama bersatu tenaga bagi merealisasikan program yang berkonsepkan keusahawanan” menurut kata Arif Mohsin bin Mohd Yaakob selaku pengarah Persembahan oleh Daie Syed pada konsert Malam Amal. program. Sehubungan dengan itu , banyak program menarik yang disajikan antaranya ialah Malam Amal Keberkatan Hijrah, Bicara Siswi , Demonstrasi Pencegah Jenayah , Konvensyen Kepimpinan Pelajar Nasional TN50 dan lain-lain. Karnival 3K juga telah telah diketengahkan pada Konvensyen Keusahawanan kali ini pada . Antara elemen 3K yang diterapkan ialah Kerjaya ,Keusahawanan dan Kesukarelawan. Seminar Kerjaya dan Keusahawanan juga telah berjaya memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cabaran dan halangan dalam perniagaan yang pernah dialami serta turut dikongsikan seperti kerugian dan masalah dalaman dalam perniagaan. Perkongsian tentang cara memulakan perniagaan dari zaman belajar juga turut dikongsikan bersama para pengunjung. Penampilan istimewa daripada artis tempatan juga telah memeriahkan lagi program ini antaranya ialah Prof Dr Muhaya Mohamad , ahli kumpulan UNIC , Ustazah Fatimah Syarha , Yatt Hamzah , Daie Hakim , Daie Syed dan lain-lain. Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi membuka peluang yang lebih luas kepada para pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan ini. DAIE MILENIA: INSPIRASI MAHASISWA OLEH : DARIN HUSNIAH BT MAT ZAINAL Nilai, 18 November 2017telah berlangsung Pentas Daie Usim pada Pesta Konvo Kali ke 15 bertemakan “Menuju Kampus Barakah, #ILOVEUSIM” yang bertempat di Pentas Utama Tapak Konvokesyen Usim di bawah anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Tujuan diadakan Pentas Daie Usim adalah untuk memperkenalkan daiedaie Usim yang terlibat dalam rancangan program televisyen TV3 iaitu Daie Nusantara kepada mahasiswa Usim dan mengenali para daie dengan lebih rapat. Antara penampilan daie yang telah mewarnai pentas pada kali ini ialah Daie Hakim sebagai Juara Daie TV3 Musim ke 5 , Daie Afiqah selaku Naib Juara dan Daie Adneen. Menurut Siti Nur Amalina Binti Yahya pelajar Tahun 3 Fakulti Sains dan Teknologi selaku pengarah program, beliau berharap agar pelajar Usim dapat menghargai daie-daie Usim sendiri dan dapat menjadi contoh teladan yang baik kepada diri pada masa akan datang. Para mahasiswa memberi tumpuan sepenuhnya terhadap ceramah yang disampaikan oleh para penceramah. Antara program yang diadakan.

10 Publizr Home


You need flash player to view this online publication