7

AKTIVITI PELAJAR 6 DAKFEST KEMBALI LAGI ! Oleh: Nurul Atikah Binti Abdul Manaf Nilai, 22 Oktober 2017 - Dakwah Festival (DAKFEST) merupakan program tahunan anjuran pelajar tahun 4, Dakwah dan Pengurusan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selama enam hari bermula pada 22 hingga 27 Oktober 2017 yang telah dirasmikan sendiri oleh dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Radhi bin Ibrahim yang berpusat di Dewan Kuliah Pusat 3 dan Foyer FKP. Sasaran utama program ini adalah khusus kepada semua pelajar USIM dan institut yang berhampiran seperti Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) serta Universiti Kebangsaan Malaysia. Matlamat dan objektif program adalah untuk menganjurkan pelbagai aktiviti menarik yang berbentuk ilmiah serta membuka ruang dan peluang kepada mahasiswa memberi sumbangan yang berkesan ke arah memajukan masyarakat Islam. “Saya mewakili barisan kepimpinan pihak penganjur berharap agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang”, kata Mumtaz Ahmad Najhi bin Mohamed selaku ketua pengarah program dan juga “Dengan Dakwah Kita Ubah” merupakan tema DAKFEST berlangsung, aktiviti DAKFEST 3.0: LAGU-LAGU DAKWAH DAPAT SAMBUTAN HANGAT pada kali ini. Sepanjang program ini pelbagai menarik yang telah disediakan antaranya ialah Program Talk Hijabista, Forum Halaqah, Chef Hero dan Heroin, Pertandingan Khat, Jom Ngaji, Lawatan ke Hospital Seremban, Fit Muslimah, Futsal Tournament, Pertandingan Nasyid dan banyak lagi. Secara keseluruhannya, program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya sekaligus telah meraih Anugerah Program Terbaik dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) 2016 baru-baru ini. Pihak penganjur sangat berharap agar semua mahasiswa dapat mengambil manfaat dan input-input positif yang telah disampaikan oleh panel jemputan serta dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Oleh : MUHAMMAD FAIZAL BIN MOHD ZUBIR NILAI, 6 November – Pelajar tahun 4, Dakwah Islam (USIM) telah dan Pengurusan Islam, Universiti Sains Malaysia mengadakan pertandingan nasyid sempena Dakwah Festival 2017(DAKFEST) pada 6 November 2017 bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3 USIM. Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk menarik minat pelajar USIM mendengar lagu dakwah yang berunsurkan Islam dan ia juga dilaksanakan dengan bantuan gabungan pelajarpelajar tahun 4 Dakwah dan bermula Pengurusan pada Islam. Pertandingan ini 8.00 jam malam. Pertandingan ini juga diadakan untuk memberi dakwah kepada pelajar USIM melalui lagu. Pertandingan ini telah Poster Program Dakwah Festival mulai 22-27 Oktober 2017. disertai oleh 9 kumpulan peserta yang sangat berbakat. Setiap penyertaan akan dikenakan yuran sebanyak RM10 untuk satu kumpulan dan penyertaan kali ini adalah paling ramai dalam sejarah penganjurannya. Dari segi penonton pula, kehadiran sangat ramai hingga memenuhi ruang kosong yang berada di tangga. Pertandingan ini juri diadili oleh 4 orang yang berpengalaman untuk memberikan markah yang terbaik untuk setiap peserta. Setiap peserta hanya diberikan masa selama 10 minit sahaja untuk membuat persembahan dan jika lebih dari masa yang ditetapkan, maka markah mereka akan dipotong. Antara kumpulan yang mencuri tumpuan penonton ialah kumpulan Dimensi, yang mana mereka menyanyikan lagu dengan menggunakan muzik beatbox dan mendapat tepukan yang paling gemuruh dari penonton. Dari segi pengurusan, program ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang besar berlaku semasa pertandingan berlangsung dan pihak penganjur juga mempunyai banyak pengalaman dalam menganjurkan program-program sebegini. Program nasyid ini mendapat respon yang positif dari penonton yang hadir pada malam itu. “Pertandingan seperti ini patut dianjurkan setiap tahun untuk memastikan para pelajar USIM mempunyai bakat nyanyian yang bagus”. Kata Muhd Afiq bin Muaz, salah seorang penonton yang hadir. Sejurus selepas kesemua sembilan kumpulan me mp ersemba h ka n nyanyian nasyid mereka, terdapat persembahan khas pula dari seorang individu yang berbakat. Berdasarkan keputusan para juri, kumpulan Dimensi dinobatkan sebagai juara, The Voice ditempat kedua, manakala Interacksee pula ditempat Pertandingan ini ketiga. berakhir pada jam 11.00 malam. Kumpulan Dimensi sedang membuat persembahan nyanyian mereka di atas pentas.

8 Publizr Home


You need flash player to view this online publication