20

SUKAN 19 “THE TIGERS” SAPU BERSIH PINGAT OLEH: ASHMERA AUNE BT MOHD SABRI Nilai, 22 Oktober 2017 – Kontinjen dari Fakulti Sains dan Teknologi atau lebih dikenali sebagai ‘The Tigers’ beraksi garang dengan merangkul kesemua pingat di Kejohanan Olahraga Interfakulti USIM 2017 dengan menjuarai kesemua acara yang dipertandingkan. Kejohanan ini merupakan kejohanan kali kedua yang dianjurkan oleh Pusat Sukan USIM dimana pada awal penganjurannya pada tahun 2015 yang mendapat kesan positif daripada semua pihak dan diteruskan lagi pada tahun ini. Antara acara yang dipertandingkan ialah 4x100m, 4x200m, 100m, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru melibatkan kategori lelaki dan perempuan terbuka. Program ini dibangunkan atas usaha pihak Pusat Sukan USIM bagi mencari dan mengetengahkan serta melahirkan pelapis baru program olahraga dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi USIM. Menurut kata Nurul Zahida Binti Miskun salah seorang atlet dari Fakulti Sains dan teknologi yang mendapat anugerah Olahragawati USIM buat kali pertama setelah dua kali mencuba nasib dalam acara 4x100m kategori perempuan A. “Saya berasa amat gembira dan bersyukur pada tahun ini kerana saya telah menyertai kejohanan ini untuk kali yang kedua namun pada tahun ini rezeki menyebelahi saya setelah berjaya menyumbangkan pingat emas kepada pasukan FST. Kejayaan ini adalah hasil usaha dan dorongan semangat dari keluarga, kawan-kawan serta senior yang sentiasa memberi aura positif pada diri saya. Saya berharap FST dapat menjadi kuasa besar untuk mengekalkan kejayaan olahraga pada sukan akan datang”, ujarnya. “Fakulti Sains dan teknologi mempunyai senior yang terlalu mengambil berat terhadap atlet-atletnya bagi memastikan setiap daripada mereka mempunyai persediaan secukupnya,” katanya lagi. Emas terakhir dalam kejohanan ini telah disumbangkan dari pasukan wanita dalam acara 4x400m wanita. “The Tigers” bergambar setelah berjaya mengekalkan kejuaraan.

21 Publizr Home


You need flash player to view this online publication