19

SUKAN 18 Spectrum Bubble Run Mendapat Sambutan Hangat OLEH : MUHAMAD KHAIRUL AZRIN BIN AZHAR Nilai, 9 Oktober – Pelajar tahun akhir Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan program ‘Spectrum Bubble Run 2017’ bersempena Konvensyen Keusahawanan Islam (I-CEPS) kali ke-13 yang bertemakan ‘Empowering Community, Enchancing Charity’, di perkarangan Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM, semalam. Larian ini telah melibatkan lebih daripada 500 penyertaan terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar universiti dan kolej serta orang awam. Para peserta berkumpul di Dewan Tuanku Canselor seawal 7.30 pagi dan dilepaskan secara rasmi oleh Profesor Madya Dr. Amir Shaharuddin, Dekan Fakulti Ekonomi Dan Muamalat USIM pada jam 7.45 pagi. “Saya amat berpuas hati dengan penganjuran acara larian ini kerana acara ini merupakan larian yang julung kalinya diadakan di USIM serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai warga USIM dan juga sendiri. Program ini diinspirasikan dari luar negara tetapi masih mengekalkan batasan dalam kawalan “syariah compliance”, ujar Nurain binti Zahidin selaku pengarah program Spectrum Bubble Run. Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan dalam Spectrum Bubble Run iaitu kategori pelajar sekolah, mahasiswa dan mahasiswi USIM, alumni USIM dan kategori terbuka. Trek larian meliputi jalan di sekeliling kampus USIM dengan jarak larian 5 kilometer. “Bagi saya, acara larian ini sangat menarik dan saya berasa sungguh gembira kerana menyertainya. Jadi, saya berharap agar acara seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang”, kata Mohammad Firdaus bin NOCTURNAL RUN 2.0: MENDAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA OLEH : NUR FARHANAH BINTI AHMAD FUAT Nilai, 19 November - Seramai 1,100 peserta tidak melepaskan peluang untuk menyertai program yang mempromosikan amalan gaya hidup sihat, Nocturnal Run 2.0 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), malam tadi. Program ini bertujuan untuk mempromosikan Pesta Konvokosyen USIM kali ke-15 yang membuka tirai semalam sehingga khamis ini. Pelepasan peserta Nocturnal Run 2.0 disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan di Kompleks Sukan Tunku Najihah (KSTN), USIM, kira-kira jam 9 malam tadi. Larian sejauh lima kilometer itu bermula di KSTN USIM dan sekitar kawasan kampus. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr Musa Ahmad turut hadir untuk sama-sama menyertai larian tersebut. Menurut kata Pengarah Program Nocturnal Run 2.0, Saudara Muhammad Humaidi Mansur (Gambar kecil), larian yang dianjurkan bermula tahun lepas itu kini memasuki edisi kedua dan penyertaan kali ini meningkat dua kali ganda berbanding edisi Peserta Spectrum Bubble Run berjaya menamatkan larian 5 kilometer dengan jayanya. Mohammad Fauzi, 18, salah seorang peserta larian yang merupakan pelajar Tamhidi dari Fakulti Sains dan Teknologi USIM ketika ditemui selepas menamatkan larian beliau. Majlis penyampaian pingat kepada pemenang tempat pertama hingga tempat terakhir bagi setiap kategori telah disempurnakan oleh Ahli JawatanKuasa Spectrum Bubble Run. pertama dan ia memberikan satu petanda yang positif. “Penyertaan ini dibuka kepada dua kategori iaitu kakitangan, pelajar dan alumni manakala kategori kedua ialah kategori orang awam. Kedua-dua kategori ini mendapat sambutan di luar jangkaan kami.” “Penyertaan dari warga USIM juga bertambah dan saya melihat ini adalah satu petanda positif peningkatan kesedaran dan sokongan warga kampus terhadap agenda FitUSIM yang telah dilaksanakan hampir dua tahun,” katanya di sini, malam tadi Peserta yang berjaya menamatkan larian program dengan tema ‘Get Fit, Don’t Quit’ itu, menerima medal khas dan sijil penghargaan. Salah seorang peserta dari USIM, Fatin Nor Hadhirah, 21, berkata ini penyertaan keduanya selepas yang pertama pada tahun lalu dan sekali lagi berjaya menamatkan larian. Dia berharap, program seperti ini terus diadakan setiap tahun dengan memperkenalkan laluan atau cabaran baharu kepada peserta. Semua ini membuktikan yang Islam juga mengharuskan kita untuk bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’. Justeru, amalan riadah atau bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal.

20 Publizr Home


You need flash player to view this online publication