14

USIM TODAY 14 Kampus Barakah Seiring Integrasi Naqli & Aqli Oleh: Noriffah Al Ain Aidul Bahrein Foto: Nur Lieyana Mu’afah Mohamad Aziz aru – baru ini, USIM telah melancarkan Kampus Barakah sebagai satu lagi agenda untuk mengetengahkan USIM sebagai pusat pengajian yang holistik yang berteraskan ilmu naqli dan aqli. Bagi mendapatkan gambaran lebih lanjut nmengenai Kampus Barakah ini, wartawan Noriffah Al Ain Binti Aidul Bahrein bersama jurugambar, Nur Lieyana Mu’afah Binti Mohamad Aziz telah berpeluang menemubual Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr Musa Ahmad. B USIM Today: Apakah yang dimaksudkan dengan Kampus Barakah secara ringkas? Naib Canselor: Setiap program yang dianjurkan di USIM itu sendiri yang melahirkan kampus yang barakah disusuri dengan konsep integrasi ilmu naqli dan aqli. Sebuah kampus yang barakah juga akan terbentuk daripada individu yang mendapat barakah daripada Allah S.W.T. Malahan, konsep Kampus Barakah ini bukan satu idea yang baharu, tetapi merupakan satu output daripada apa yang kita sedang lakukan sekarang. USIM Today: Bagaimana gambaran Kampus Barakah itu sendiri di mata Profesor? Naib Canselor: Jika pada masa hadapan kampus ini telah barakah, saya membayangkan USIM itu menjadi suatu model kampus yang dibangunkan secara waqaf. sebagai biaya untuk mereka meneruskan pengajian di USIM. USIM Today: Apakah pendekatan yang dibuat dalam menuju ke arah Kampus Barakah? Naib Canselor: Seiring menuju Kampus Barakah, banyak aktiviti yang dianjurkan seperti program – program yang menyokong orang kelainan upaya (OKU) antaranya pendekatan khutbah Jumaat dalam bahasa isyarat dan juga penyediaan buku – buku dalam tulisan Braille. Hal ini bagi melaksanakan sebuah Kampus Barakah yang juga mesra golongan OKU. USIM menekankan konsep patuh syariah dalam setiap aspek, USIM menjadi universiti awam pertama yang mempunyai pensijilan ISO 1900:2014 bagi aspek kualiti patuh syariah. USIM Today: Apakah pendekatan yang boleh dibuat agar para mahasiswa dan mahasiswi dapat merasai USIM itu sebagai sebuah Kampus Barakah? Naib Canselor: Kebersamaan semua siswa siswi tidak kira apa jawatan yang disandang memainkan peranan penting dalam menjadikan USIM sebagai sebuah kampus yang barakah dengan mengadakan program atau aktiviti yang boleh menjurus kepada barakah daripada Allah S.W.T. USIM Today: USIM membuat satu inovasi baharu dalam pengajian Al - Quran dengan memperkenalkan pengajian Quran Braille. Bolehkah Profesor terangkan lebih terperinci tentang perkara ini? Naib Canselor: Quran Braille ini bukan suatu perkara baharu, USIM sendiri menyediakan peluang kepada graduannya khusus kepada penuntut Pengajian Quran dan Sunnah. Mereka bukan sahaja menjadi pendidik kepada orang normal tetapi juga kepada golongan OKU menggunakan bahasa isyarat dan tulisan Braille. SOAL JAWAB Waqaf ini juga Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad ketika ditemubual. Graduan yang lahir juga bukan sahaja perlu tahu berbahasa Arab dan Inggeris tetapi juga perlu tahu Braille dan bahasa isyarat di samping berkebolehan menulis buku – buku yang berkaitan Al – Quran dalam tulisan Braille. USIM Today: Adakah modul pembelajaran Quran Braille dan bahasa isyarat ini diwajibkan kepada pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah? Naib Canselor: Ya, untuk siswa siswi Pengajian Quran dan Sunnah ini, mereka ada subjek khusus berkaitan tulisan Braille ini. Bahasa isyarat ini mempunyai 4 tahap akan tetapi sudah memadai untuk mereka melepasi 2 tahap sahaja untuk berkomunikasi menggunakan bahasa ini. USIM Today: Model GIINA dan SIANA ada dinyatakan dalam buku Merintis Kampus Barkah. Apakah yang dimaksudkan dengan model GIINA dan SIANA? Naib Canselor: GIINA didefinisikan sebagai Graduan Integrasi Ilmu Aqli Naqli yang menjadi amalan dan pegangan USIM lantas dapat melahirkan individu yang menarik barakah Allah. Agenda ilmu Naqli dan Aqli diaplikasikan juga pada staf USIM melalui model SIANA (Staf Integrasi Amal Naqli Aqli) di mana sumber rujukan yang digunakan oleh semua adalah berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Model GIINA dan SIANA ini sangat membantu USIM untuk mencapai Kampus Barakah kerana integrasi itu sendiri bermakna gabungan dua elemen menjadi kesatuan yang utuh dan berpandukan Al - Quran dan Al - Sunnah.

15 Publizr Home


You need flash player to view this online publication